Total Pageviews

Tuesday, March 21, 2023

..Me Time...Tidur Sekejap pun OK Jer..

 


.
...Ada tikanya kita kena ada masa dan ruang untuk diri seniri, ya 'me time' kata orang sekarang...Untuk lari dari masaalah, lupa dari rasa sakit maupun lapar, sesetengah orang akan tidur dan ianya antara kaedah yang memang praktikal...Walaupun setelah terjaga semua itu akan kembali ke asal, ya kita tak boleh dengan mudah delete semua itu, tapi at least dapat lari, berehat atau lupa dari masaalah walaupun sekejap...


...Fakta, sebenarnya dengan tidur (walaupun sekejap) ia mampu membina semula semangat dan kekuatan dalaman diri individu, itu sebabnya dalam Islam ada menyarankan umat nya agar melakukan qailullah (tidur sekejap) yang mana orang Barat menyebutnya sebagai nap...


Imam As-Syirbini menyebut – “Tidur qailulah itu besar manfaatnya. Ia diibaratkan seperti orang yang bersahur untuk berpuasa.” (Al-Maqsu’ah al-Fikqhiyah, 34:130)


...Selain dari tidur 'me time' boleh juga kita describekan dengan memberi 'self reward' hehe..Sesekali tu munkin, ice cream, murtabak, kopi, TGV, PS4, beskal, buku, magazine, CD, vinyl, DVD atau kasut baru...Hummm apa2 pun mende nih subjective bagi tiap orang...Ajom layan kopi pahit duluuu...
🌻🌷🌹😎☕

Wednesday, March 8, 2023

...Kerja Giler Kata Demer!

 


...Macam biasa lani asal weekend jer aku lebih suka off dari buat kerja, buat walk in sales pun dah jarang lebih pada online jer, delivery pun pakai courier dan memang jauh lebih mudah...So dengan masa yang ada aku akan isi dengan passion sejak kecik...Kayuh beskal! Ahahh!

..Arini dan kali ini serious aku tak tau nak kemana, selalunya malam sebelum tu aku dah plan esok InSyaAllah nak kayuh atau pun hiking ke Bukit Kledang, ye lah kayuh beskal ni kalu asyik ikut laluan yang sama jer pun memang mengundang bosan...So aritu dengan sarapan sebijik kurma, satu tabung air kosong Cuckoo dan setting pada milage, heartrates device dan semestinya list lagu lagu dari Spotify, tak tinggal dengan doa aku mula mengayuh dan haluannya jika dari kediaman aku mengikut arah mata angin Tenggara iaitu ke Simpang Pulai...Dalam 2 kilometer tiba tiba muncul idea untuk mengayuh ke arah Cameron Highland...Yesss!..

...Singgah kejap ke Petronas, Kg Tanjung untuk beli air kotak..Tapi perasa yang biasa aku nak takde ...Kat sini nampak group superbike dalam 20 buah sedang bersarapan...Teruskan mengayuh tanpa membeli apa apa sambil layan lagu, tiba tiba sebijik Road Glide - Harley Davidson menghimpit aku dilaluan basikal dengan amat lajunya..Aku agak dia sedang berlumba dengan lain2 bikers yang ada, dan perasan dia memotong mereka dari sebelah kiri...Sesungguhnya motor besar dengan besar kepala dua perkara yang berbeza...Pfittt!! 

...Lebih kurang beberapa kilometer terasa jugak pelek kenapa laluan sunyi kenderaan lalu lalang hanya sekali sekala, mana semua orang pergi?..Owh munkin sebab cuti sekolah baru saja habis dan jugak  tragedi Batang Kali masih menghantui ramai orang yang 'berasa' risau untuk naik bercuti ke mana mana tanah tinggi, atau juga munkin ramai yang spare duit untuk cuti panjang Chinese New Year yang tak lama lagi akan menjengah....Ahhh, lantaklah itu orang punya pasal apa plak aku yang nak amik pot bagaiπŸ˜…...

...Tak berapa lama mengayuh aku pun tak perasan sebenarnya, tau tau dah sampai di simpang Lubuk Timah, dan terus saja membelok ke situ, jarak dari simpang ke situ adalah 800 meter maknanya tak sampai pun satu kilometer...Laluan nya jugak sunyi sepi takde pun kenderaan yang masuk atau keluar...Lubuk Timah ini adalah tapak 'hot spring bath' dan sebelum ini pun pernah dua kali ke sini dengan family...Dek tak puas hati aku bertanya dengan pengawal di pintu masuk, "Sunyi sebab tempat ni closed ke?..."Buka" katanya ringkas dalam loghat Indon, jadi aku buat kesimpulan apa yang aku sangka di awal kayuhan tadi benar belaka..😎...

...Lepas amik gambar serba sikit, aku keluar dari area situ dan teruskan kayuhan, terjumpa dengan kakitangan JKR yang sedang merepair jalan, kerja overtime ler tu pada hari orang lain semuanya bercuti...Masyukk😎...Sampai di satu gerai yang menjual kraftangan orang Asli aku bersembang dengan owner sambil bertanya itu ini...Jawapan diberi seolah dia sendiri tidak berapa tahu dengan persekitaran situ,atau pun malas nak layan aku yang munkin merupakan orang yang entah keberapa asyik bertanya kan soalan sama, mau tak burn out kawan tu..Huhu...πŸ˜„  

...Ok, tak lama lepas tu aku ternampak berbalam balam devider yang menjadi landmark permulaan laluan menongkah untuk ke Cameron Highland, asalnya di situ tiada dibina dengan devider oleh kerana kerap berlaku kemalangan dan yang paling tragis bilamana pada tahun 2010 sebuah bas double decker yang menuruni bukit berkenaan dari Cameron terbabas melanggar pembahagi jalan dan terseret ke dalam longkang di jalan bersebelahan yang berkesudahan seramai 24 orang pelancung Thailand dan 3 rakyat kita terbunuh...Aku lupa nak tengok signboard untuk tahu berapa darjah ketinggian laluan itu tapi dapat mengagak jaraknya lebih kurang 2 kilometer untuk sampai ke puncak bagi pengakhiran devider tersebut...



 





...Selepas mengambil gambar aku mula menuruni dengan berhati hati pada kelajuan yang sesuai dan brek belakang yang digunakan sesekali, secara peribadi bagi aku biar menaik atau memanjat bukit walaupun lebih tenaga untuk 'bergelut', kerana menuruni ni bahaya nya lebih dan pada sesetengah tempat terasa jugak gayatnya, tahun lepas seorang rider 'roadbike' jatuh ketika menuruni laluan ini dan  meninggal...Mujur jugak ler 'War Machine' aku beratnya lebih dari 12 kilogram so dari segi handling ia agak selesa dan lebih praktikal (untuk aku)...

...Sampai di Petronas, Taman Bersatu berhenti untuk dapatkan susu kotak brand favourite aku untuk recover energy dan protein sambil berehat sekejap dalam 5 minit, selepas itu meneruskan kayuhan untuk mencapai target milage aku hari itu...






Alhamdullilah, selamat sampai di rumah dengan total milage  52.50 km, dan baru perasan egg banjo malam sebelumnya yang dibeli ada bersama semasa mengayuh tapi terlupa untuk dimakan...Itulah yang selalunya berlaku bila ride tanpa rancang terlebih dulu hingga pump tayar dan lain lain alatan kecemasan pun aku tak bawak...dan ini memang Kerja Giler!😁      
                    





Done!..AlhamdullilahπŸ˜ŽπŸ™Œ






Monday, February 27, 2023

Teknologi Yang Diadaptasi Bukanlah Solusi...

 

...Sistem atau perisian komputer untuk kebanyakan organisasi/jabatan dicipta dan diadaptasi untuk ganti sistem konvesional sediada, malangnya setelah bertahun guna semakin banyak masaalah ujud dan hingga kini tidak mampu diatasi sedangkan ketika menggunakan kaedah manual ianya lebih teratur, kemas dan tiada langsung masalah...


...Tiap organisasi/jabatan tidak sama dari segi pengendalian operasi dan mempunyai tataurusnya tersendiri maka sesetengah sistem munkin hanya sesuai dari segi teori namun tidak pada praktikal begitu jugalah tidak semua sistem perisian elektronik yang kononnya berteknologi tinggi dicipta/guna mampu memperkemas urusan organisasi, malah kebanyakannya berakhir dengan saolah2 tikus cuba membaiki labu...makin terlalu banyak kelemahan yang perlu diperbaiki..


...Soalan - Maka apa faedah diujudkan sistem yang sepatutnya menyenangkan tapi berkesudahan hanya gah pada nama, dan berapakah kerugian yang perlu ditanggung dengan membayar sejumlah besar modal serta gaji kepada pencipta serta pengendalinya dan pembaziran ini akan berterusan sampai bila?!?!...


...Bottom line...Moden tidak menjanjikan kamu kedepan 'old skool' tidak bermakna kita mundur...

                                                                    🌹🌻🌷

Friday, February 17, 2023

Pecal Rulesz!🌹🌻🌷

 


...Masa tinggal di Banting saban minggu saya akan ikut mak ke Pasar Minggu pekan itu..Favourite dan kemestian yang mesti dibeli untuk saya ialah pecalnya yang dibungkus dalam daun pisang..Paling best kuah style Jawa dan tauge nya kontot2..krupkrupkrup bila dikunyah perghh...πŸ˜‹


...Dok di area Tebing Tinggi tahun 1989 dulu pulak ada satu gerai favourite yang menjual mende yang sama, pendek kata seminggu tu mau 2-3 kali gak ler membelinya...dan last ke situ tahun 2001 rasanya...Walaupun tiap ari masih lalu di depan gerai nih, hanya setelah 22 tahun iaitu arini saya tergerak hati untuk 'repeat' singgah dan makan pecal 'legend' nih...Walau ingredients nya dah kurang itu ini ia masih boleh dimaafkan kerana rasa still sama padu macam dulu2...😁


P/s: Usah ditanya kenapa lama sangat saya 'merajuk' dari berkunjung ke gerai nih..πŸ˜…

Wednesday, January 18, 2023

Carefree - Kebebasan II

 




...Ingat lagi beli cartridge Carefree ni dengan Boney M - Ocean Of Fantasy di sebuah kedai di depan panggung Lido, Klang tahun 78 - 79 kot, 1st.time dapat 'lesen' dari Mak dengan Abah, so macam biasa la menyolo jer naik bas express MARA Banting, Klang, KL masa tu...Lepas beli cartridge tu teruih beli tiket cerita James Bond - Moonraker, dok dalam panggung punya ler sejuk asyik ke toilet jer leceh tul...πŸ˜…


...Cerita sket pasal album nih, album kedua dari mereka di mana produksinya memang terbaik dari segala segi - musician, skill, music arrangement, lyrics etc...Selain JJ, Nana juga boleh menyanyi dan semestinya Simon Justin Leo yang underated, sayang saya tak pernah terbaca atau mendengar DJ Radio yang menyebut bahawa dia yang menyampaikan lagu Belaian Jiwa ini, hinggakan kebanyakan dari kita menyangka ia adalah suara JJ...


...Walau banyak pengaruh Eagles itu dikira biasa, mana ada penyanyi atau pun band dalam.dunia nih yang takde influence dari lain2 artis...Ritchie Blackmore pun mengaku terpengaruh dengan Jimi Hendrix begitu jugak Yngwei J Malmsteen yang tanpa segan beritahu dia banyak dipengaruhi Blackmore sendiri...Alasan itu jugak lah agaknya Carefree cover lagu One Of These Night versi Melayu dengan tajuk Petang Sabtu, pada era 70an dulu membawa satu atau dua lagu cover dalam album mana2 artis telah menjadi seakan satu kemestian..Tapi serious aku cakap  yang bestnya 95% dari mereka remake jadi lebih baik dan sedap, contohnya banyak, antara yang aku ingat - Khayalan (Fantasy - Earth, Wind & Fire) Black Dog Bone, Shahrizad (Rasputin - Boney M) Alleycats, Mimpi (Call Me - Blondie) Alleycats, Bayang2 (Double Vision - Foriegner) Sweet Charity dan banyak lagi, itu belum dikira dari penyanyi solo seperti Rina Rahman, Julie Ramie, Elaine Kang, Sharifah Aini, Frankie Chia, Sakura - nama sekadar yang terlintas di fikiran aku ketika ini...


...Konklusinya boleh saja cover lagu orang lain tapi make sure kamu buat jadi lebih baik atau at least sama level dari segi kualiti dan lainya...Oh ya aku nak bagi double thumbs up untuk Innuendo dan Almarhumah Seha yang remake lagu Belaian Jiwa ni dengan amat baik mengikut versi mereka..πŸ‘πŸ‘


Wednesday, January 4, 2023

Bersih, Cekap Jangan Kasi Orang Marah...



...Niaga kulinari ni bukan saja setakat makanan kamu tu sedap, lebih dari itu kebersihan, kecekapan menjadi tajuk utama..Baru2 ni aku masuk satu restoran yang diviralkan netizen dengan pujian melambung...Tapi malang indah khabar dari rasa...

...Sate yang dihidang separuh rentung separuh lagi masak, lain dari itu aku mintak tapaw tiga nasi goreng satu makan di situ...Tengok keliling, pelanggannya cuma aku dengan family jer...Staff2 depa yang ada dok melangut dikaunter...So apa masaalahnya service korang slowmo teramat?!...Tak heran ler kenapa pelanggan tak ramai, dan ini 1st.time dan kali terakhir aku ke situ...

...Apa pun usah percaya bulat2 apa saja komen netizen tentang product mau pun service...Aku percaya yang komen elok jer tu kadang2 kaum kerabat dorang jugak...Aku dah banyak kali terkena di banyak tempat..antaranya kedai makan dan woksyop kereta...

P/S: Gambar2 ini dari restoran yang aku kunjungi..terbaik dari segi makanan, hiasan & layanan...  

Monday, December 12, 2022

Lempeng @ Pek Nga..

 


...Lempeng kelapa..Saya tahu ianya disebut Pek Nga bagi orang sebelah Utara apabila makan di sebuah kedai ketika bertugas ke Alor Setar lama dulu..Saya tanya kenapa Pek Nga? Sebab cara masaknya dengan ditempek (tampal) atas belanga..Simple jer kan?😁

...Menjadi sarapan favourite kami sekeluarga masa kecil dulu2, cepat dan mudah disediakan dengan bahan2 yang minimal...Sering juga dijadikan bekalan  ketika mengikut mak ke sawah...Abah pula selalunya hanya akan menyusul kemudian selepas habis kerja di Balai Polis Beruas...Lepak dan buka bekalan lempeng (di mana ketika itu perkataan Pizza tak pernah pun saya dengar apatah lagi melihatnya😁) atas dangau di tengah sawah cicah dengan kari bersulamkan kopi O panas dengan angin sepoi2 berserta kicauan burung2 dan alunan lagu dari corong radio transistor jenama Philips...Sesekali ketika itu kapalterbang Caribou dan Hercules TUDM akan melintas di ruang udara dan saya akan terjerit2 memanggilnya (macam ler pilot tu dengarπŸ˜…) Allahu, bagi kami golongan marhaen kampung, ini semua sudah cukup membahagiakan ketika itu...Alhamdullilah..Ya Allah...πŸ₯°πŸ˜‹

Wednesday, November 30, 2022

Lawan Untuk Hidup!

 



...air mata merupakan satu pernyataan akan perasaan dari dalam, samada marah, suka atau duka...terus berduka itu bukannya satu jalan keluar apatah lagi penyelesaian...namun bagi sesetengah orang ianya satu permulaan untuk bangkit dan terus melaksanakan tanggungjawab dalam melunaskan kelangsungan hidup...


...Lawan Untuk Hidup...😎πŸ’₯πŸ’ͺ

Wednesday, November 23, 2022

GIGI!..

 


...Masuk satu fizikal muzik strore kat KL baru2 ni...Berprasangka kan aku tidak mengenali so brader yang jaga tu introduce band nih dengan panjang lebar, aku dengar dan raikan jer cerita dia😁..Sebenarnya aku dah lama kenal dan layan band ini sama jugak dengan band Indon yang lainnya seperti Dewa, Slank, Element, Gong 2000..Kalu time sekolah dulu The Mercy's, Favourite Group, D' Lloyds, God Bless...

...GiGi band, aku paling suka pada suara Armand Maulana (vocalist) dan Dewa Budjana ( Guitarist) Dewa Budjana ni banyak menerbitkan album solo dan dalam album beliau banyak berkolobrasi dengan artis/musician 'mega' dunia antaranya seperti Jordan Rudess - Dream Theater (keyboardist) Marco Minneman - Aristocrats (Drummer) Mohini Dey - ( Bassist) kelahiran Mumbai, India...


...Tak kisah asal mana, apa genre kalu muzik kamu bagus aku tetap layan...


P/s: Tapi dorang datang sini bikin konsert serious aku tak tau...Pfitt!!😭πŸ₯΄

Wednesday, November 9, 2022

...Menongkah Arus Hidup...

 



...Orang yang hidupnya 'melawan arus' dengan mengamalkan falsafah hidup berbeza di samping memiliki sikap introvert sering dipandang serong dalam masyarakat kebanyakan...Takde masa depan, tak matured, tak beriman, pelek, tak keruan, sampah masyarakat ini semua label2 yang sering ditampalkan ke dahi mereka oleh orang yang berasakan sudah cukup sempurna walhal mereka itu sendiri yang sebenarnya mempunyai 'narrow minded'...


...Tahun 80an dulu di tempat kerja lama, saya sering melihat saorang arkitek di mata kasar kita saorang yang lonely, anti sosial, selekeh, ganjil, warna dan pakaian dia tiap hari hanyalah 2, seluar hitam dan kemeja puteh...minum di kantin solo, datang kerja naik basikal racing (sekarang orang lebih faham roadbike), main pingpong sesorang dengan menjadikan dinding opis sebagai opponent nya, dan saya tak pernah mendengar suaranya apatah lagi melihat dia bercakap dengan sesiapa....Sungguh pun begitu dengan jawatan sebagai arkitek sudah cukup membuktikan akan kelebihan yang dimiliki beliau...




...Begitu juga dengan seorang Technical Assistant (tempat kerja yang sama) Suhaili...Berperwatakan Rocker di samping menjadi vocalist bagi band 'Block Accoustic' di Kampung Manjoi, Ipoh ketika itu, di tempat kerja ada yang melabel dia 'gila', ye lah datang kerja dengan jeans bell bottom lusuh, jaket jeans bersama capal, rambut panjang serabai...Roadtax kereta Volkswagon biru beliau tu cukup dengan hanya DIY (lukis sendiri)πŸ˜‚ walaupun masa tu kita masih kekurangan teknologi dengan ketiadaan komputer dan segala kemudahan printer apatah lagi internet, tapi hasilnya perfect!...Apa pun label diberikan orang, dia tetap dengan style bersama senyum memanjang setiap kali berhadapan dengan mereka...Lost contact bila dia sambung study di ITM (UITM) Last sekali terbaca 'personal technical' opinion dia dalam sebuah akhbar Inggeris tentang Highland Tower yang baru runtuh ketika itu, dah jadi arkitek dan mempunyai firma sendiri rupanya beliau...


...En Zainal saorang Jurutera Awam yang datang kerja naik beskal buruk dari Manjoi, pernah ditahan Polis kerana basikal tiada lampu di siang hari (agak2 la Polis punnπŸ™„)...Dia asalnya anak pasangan China diberikan kepada ibu bapa angkat Melayu semasa kecil kerana berwajah 'down syndrome', diketawakan oleh Polis yang menahannya setelah memberitahu beliau bekerja sebagai saorang Jurutera, bila ditunjukkan kad kerja terus Polis yang pudar wajahnya itu meminta maaf dan melepaskan beliau...(kisah ini diceritakan sendiri Encik Zainal kepada kami) Putus hubungan bila beliau bertukar ke tempat asalnya di Selatan tanah air... 


...Aku percaya 'label' negative pada perenggan awal di atas pernah dan ada yang masih lekat dengan kebanyakan dari kita...Bukan saja dari masyarakat keliling malah dari dalam keluarga sendiri pun ada...dan kita sebenarnya tak perlu amik pot akan semua tu, at least kita still di sini standing on our own, walau pun tidak 100% tapi 97% target dalam hidup telah pun tercapai...Just proud to be ourself, tak perlu jadi orang lain biarkan saja mereka berkata2 dan kita dalam diam tetap menjana pahala...Alhamdullilah😊🌻


...Last but not least, (reminder untuk diri sendiri jugak) jom kita lihat manusia keliling dengan mata lalat buah bukannya dengan mata lalat sampah...Perlu diingat berbeza munkin dari segi prinsip, ideology,warna kulit, pakaian sedangkan warna darah kita tetap sama beb...Langit dan matahari pun kita kongsi bersama.. πŸ™ŒπŸ’›πŸ™

...Begitu juga bukan permulaan tapi pengakhirannya...😊



P/s: Merepek sesorang atas katil sbb frust dah 4 ari takleh ride sbb fud poisoning...😫

Wednesday, November 2, 2022

Makan Makan Aritu...Kat Ipoh Jer...


..Nellis Cafe bertempat di sebuah rumah di Canning Garden, Ipoh, nak explain lebih lebih pun aku rasa bagi yang nak pergi tu lebih senang kalau korang Google atau Waze aje..

...Aku datang aritu sememangnya dengan perut kosong, dalam pukul sebelas pagi kot...So kira brunch lah...Order dan lepak kat meja luar, imej tempat ni klise style hipster macam yang banyak orang sekarang buat...Aku tak kisah semua itu, asal selesa, tak ramai, cepat dan sedap semestinya...

...Serious, portion bagi tiap menu nya banyak selambak..dan aku boleh cakap dorang buat camtu saolah olah tak kasi kita datang lagi, senang cakap "Hahh, korang makan le puas puas pasni takyah lagi datang kedai aku ni dah! Hahaa...🀣

...Berkesudahan dengan perut aku yang sengkak kekenyangan!..Alhamdullillah, so korang kalau datang ke Ipoh atau bagi warga Ipoh sendiri aku syorkan check it out dan enjoy your foods! 

...Bagi korang yang tak kuat makan disarankan supaya tak yah datang...πŸ˜‚     


Nasik Lemak


Mee Rebus



Nasik Goreng



                                                         

                                                                                                                           Cucur Udang 


Wednesday, October 19, 2022

Rezeki Masing2..So Usah Bising2..

 




...Kita boleh tengok bangsa asing berniaga mende yang sama, tapi elok jer takde gaduh2..Munkin depa faham akan konsep rezeki masing2...Contoh ye, mamak A jual roti canai, mamak B pun sama, kedai sebelah menyebelah tapi segala rencah, kari, chatnee, sudah pasti berbeza...Sama jugak dengan minuman serta layanan mereka pada pelanggan, tiada isu kau caras aku punya perniagaan atau aku curi kau punya pelanggan...

...Dalam isu sebegini kita sebenarnya perlu ada attitude yang sihat dalam berdepan dengan persaingan...

...Dunia berniaga ni aku sendiri biasa kena fitnah, kena tipu, kena tikam dari belakang malah secara berdepan lagik...Namun aku anggap semua ini pelajaran jugak pedoman yang perlu kita hadham dalam meniti kehidupan... 

...Apapun pokok pangkalnya usaha kita tu...Kau punya rezeki kau makan, aku punya rezeki aku makan..

                                                      ...Usaha, doa, tawakal...Simple enough!

Friday, October 7, 2022

..Jika Tiada Simpati Tampilkanlah Sedikit Empati...


...Semalam baru dapat tahu dari saorang kawan, salah saorang kenalan kami telah beberapa bulan kematian isteri, dulu jemaah tetap masjid, tapi tidak lagi sebab kawan jemaah  lainnya ada yang suka menyindir/push dia lekas2 cari ganti...Sedangkan sikap beliau telah jauh berubah dari saorang yang ceria, selalu bergurau menjadi murung...Besar sungguh dugaan yang perlu beliau hadapi ketika meniti usia senja (72 tahun) ini...


...Dalam hal ini kawan keliling sepatutnya menjadi tempat bersandar pada yang memerlukan bukan menjadikan kita bahan senda gurauan...Bab perasaan jangan dijadikan mainan...Bila macam nih kita boleh kenal siapa kawan siapa sahabat siapa musibat...


...Serious bagi yang tak faham semakin meningkat usia kita akan semakin cepat terasa...Tak caya? Komer yang belum, tunggu jerlah masanya...

Tuesday, September 6, 2022

....Jual Product Untuk Semua Bukan kita2 Jer...

 



...Apa pun barang yang nak kita jual tak boleh dipromote ianya sebagai mewakili satu2 bangsa sebab mende tu, kasut contohnya ia kan universal, semua orang pakai, semua orang guna tak kira bangsa, tua, muda...Dah nama pun niaga, camne nak boost market jika iklannya mempunyai sentimen racist, 


...Jika mengikut etika marketing kaedah kamu tu dah dikira tak betul, sales target dikira fail kerana dalam berniaga products wajib dipromote tanpa ada barrier dan kita tak boleh limitkan consumer pada products kita...dan tindakan sebegitu bukan jati diri, itu gali lobang diri sendiri...Kita tak akan kemana dengan hanya bersorak sambil menjulang keris dan bertanjak ke sana sini...
...Tanpa semua itu kamu tetap boleh maju dan kekal dikenali manusia Melayu... 


...In fact dalam dunia tanpa sempadan ni scope sales, market dan cara fikir kena jauh dan meluas....Eh,  cheongsam dengan kurta pun abih orang Melayu pakai, terompah asal dari China pun dah lama Opah/Atuk kita orang Melayu sarung untuk ke bilik air...sama ler jugak petai cecah sambal tempoyak pun ramai non Malay yang suka makan, minyak angin tradisi dan products gamat pun diguna pakai oleh non Malay...So business means business, simple jer kot sepatutnya mende takde jadi isu pun, no hal mehh...

                                               ...Make up your mind and let's move up dude...


P/s:...Apa objective sebenar BMF (yang sekarang sendu) jika sekadar kempen ajak membeli products Muslim sedangkan harga barang yang mereka jual sama mencanak naik macam non Muslim...
Mane kot win win situation...

...Jual murah dan untung sikit, tapi pada ramai pelanggan...
..Sikit2 lama2 membukit...

Monday, August 22, 2022

...Just another potong mood...



...Aritu aku ke outstation sekali lagi untuk membuat delivery kepada klinik yang maukan Weighing Scale & Height...Jam dah pukul sepuluh klinik dah lama buka tapi Doktor belum sampai lagi, begitu yang dimaklumkan oleh staff klinik kepada aku..Makanya aku buat keputusan ke food court berhampiran untuk sarapan...Masuk terus cari tempat duduk yang agak ok walau sebenarnya tak selesa langsung sebab dapat meja dikelilingi orang ramai...Tengok kiri kanan masing2 dengan hal sendiri termasuk pelayan kedai yang ala ala sibuk...Aku panggil untuk buat order dia plak panggil orang sebelah dan tunjuk ke arah kami...Lepas 10 minit baru dia datng bertanya nak apa...Aku dah takde mood wife saja yang order untuk makan dan minum...Tunggu lagi sepuluh minit hanya kopi O saja yang datang..Akhirnya wife aku pun kansel order tadi...Dek kasihan kan dia aku bawa saja dia ke Marry's Brown...Hanya dia yang order makanan, tidak bagi aku yang dah langsung putus selera dari tadi...


...Abis meneman wife aku makan terus ke klinik lain yang berhampiran dan jumpa Doktor sebelum collect outstanding payment...Alhamdullilah mujur Doktor ni bagus tak macam sesetengah yang liat untuk buat payment...Dipendekkan cerita tenghari abis keje terus kami ke majlis kenduri kahwin dan di situ baru selera aku terbuka semula...Haa apa lagik perut dah lapor kita layan jer lahh...

Saturday, August 13, 2022

...Kita Suka Kondem Products Local...

 




Dulu Proton ada kuarkan virtual model Tuah dan Jebat dan memang cantek, tapi tak jadi kenyataan..Sebab sememangnya begitulah product prototype di mana ia hanya untuk tontonan...Tapi jika jadi pun sebelum tu siap sedia laa dengan segala kondem sumpah seranah netizen...Walau pun iklan yang dikeluarkan hanya baru setakat teaser sahaja..Biasa la product local, orang kita kebiasaannya lebih appreciate barang luar walau pun mende tu kasut yang dibuat dari kulit babi..Walhal demer yang kaki kondem tu jerang beras pun belum tentu jadi nasik...😎





...Owh ye, menyentuh product luar...Ramai yang tak sedar negara maju banyak campak products 'lusuh' mereka ke negara2 membangun macam kita...Ye lah selepas segala RnD dan modal besar yang dilaburkan tapi hasil serta income tak seberapa, so negara ke tiga lah tempat 'pembuangannya' untuk cost recovery mereka...Lebih malang jika ianya melibatkan ubatan yang walau dah discontinued pun tapi masih diedarkan di pasaran kita...😒  



P/s: Credit kepada yang empunya gambar


Wednesday, August 3, 2022

...Merdeka 2022...Kita Dengan Chaos Politik Kini...





...Melayu makin berpecah...Ideology, pegangan, tafsiran..PRU makin dekat dan ramai kita yang kecewa dengan ekonomi dan politik yang dilemahkan oleh politician sendiri...tamak dan.gelojoh dengan kuasa ada pada mereka dan orang lain...Dengan ekonomi yang sedia lemah ditambah dengan kesan pendemik yang baru berlalu semua ini memberi peluang kepada sesetengah pihak untuk mengatur strategi berupa provokasi, dan mana mana negara sekali pun jika politik dan ekonominya lemah tunggu saja lah masa kejatuhan pemimpinnya...Rasuah, salah guna dan gila kuasa, back stabbing menjadi budaya anak bangsa kita dengan mengenepikan larangan dan suruhan agama...

...Pendapat yang mengatakan tukar tampuk pemerintahan akan menjanjikan corak pemerintahan yang lebih baik, sebenarnya itu hanyalah anganan kosong setelah sering dijanjikan dengan pelbagai ungkapan berupa rangsangan dari mereka yang berkepentingan...

...Saorang Timbalan Mufti pernah berkata, jika tiada pemimpin yang elok kita perlu memilih  pemimpin yang sedikit elok dari kalangan mereka...Merujuk kepada situasi yang ada di Malaysia sekarang...

...Dengan itu adakah saya akan keluar mengundi pada next coming PRU nanti?! Tiada jawaban buat masa ini...Namun saya perlu peka jika langsung tidak memilih, munkin hanya dengan ketiadaan satu undi dari saya sekalipun akan menyebabkan kemenangan berpihak kepada mereka yang paling tidak elok?!...

...Bagi generasi 'boomers II' atau veteran seperti kami tiada apa lagi yang dimahukan, cuma terpanggil untuk memikirkan nasib anak bangsa, cucu cicit yang akan mewarisi kehidupan mendatang...


...Tahun ini genap 65 tahun laungan Merdeka! Merdeka! Merdeka! Ye, kita telah bebas dari penjajahan...Soalannya benarkah kita sudah Merdeka sedangkan negara masih lagi berserabut dengan kemelut politik kini?!...






Wednesday, July 20, 2022

...Asal Faham Bahasa & Tujuan...




...Lama dulu semasa baru berhijrah ke Ipoh saya telah ke sebuah Masjid untuk mengerjakan solat Jumaat, Masjid yang terletak di sebelah Sekolah St Michael dan Padang Ipoh itu saya sangkakan adalah Masjid Negeri pada mulanya...Bila khutbah dibaca oleh khatib barulah saya sedar bahawasanya itu adalah Masjid India bilamana khutbah sepenuhnya dalam bahasa Tamil...Tapi itu bukanlah alasan untuk tidak boleh bersolat bersama sama dengan jemaah lainnya, walau berlainan mazhab, bangsa dan bahasa pertuturan...Ia kerana tujuan kita yang sama ia itu beribadat kepada Allah yang satu...


...Jati diri dan maruah bukan hanya pada bahasa...maka usahlah dijadikan satu isu besar tentang bahasa lain yang diguna pakai oleh saorang Menteri hari itu, sedangkan beliau juga tidak ketinggalan memberi ucapan dalam bahasa kebangsaan...Walhal banyak lagi isu lebih penting yang kita alpa atau sambil lewa menanganinya......Bagi saya apa yang perlu ialah utamakan bahasa Kebangsaan, pelihara bahasa daerah, belajar dan kuasai bahasa asing...kerana ia mampu memenangi hati orang keliling dan juga mempengaruhi mereka...

Wednesday, July 13, 2022

Mat Kilau Muncul Semula...Dalam versi baru...

 



...Buat kereta belum pun lagi meluncur atas jalan dah kena kecam kena bahan...Begitu jugalah halnya dengan pembikinan filem tanahair...Cerita sejarah Mahatma Gandhi dari pengeluar antarbangsa tu pun tidak perfect ada jer tokok tambahnya bagi menyedapkan jalan cerita malah turut dikecam, samalah jugak filem sejarah hasil air tangan orang kita sepertimana Bukit Kepong, Lt Adnan, Kanang Anak Langkau, Hang Tuah versi itam puteh dan warna, dan yang terbaru Mat Kilau...Apa pun Mat Kilau on screen ini bukanlah filem sejarah propaganda ala Amerika seperti The Killing Fields yang kononnya mereka juara perang Vietnam menentang VietCong walhal kalah teruk dengan mental askar mereka koyak dan trauma hingga kini walaupun setelah puluhan tahun perang tamat..Begitu jugalah dgn Black Hawk Down yang terang2 'menipu' penonton walhal kisah sebenarnya telah pun diketahui dari mulut bekas tentera MALBAT kita yang terlibat dan berkorban menyelamatkan mereka dari terbunuh di hujung senjata pemberontak Somalia...

...Berkenaan seni persilatan yang dikatakan bukan asli, pengarah serta pelakun kononya tidak terlebih dulu berjumpa dgn waris Mat Kilau utk 'memohon restu' saya rasa bukanlah satu isu besar yang perlu diperdebatkan...Bagi saya yang sebelum ini pernah berguru dulunya apa dilihat bunga tari silat yang diadaptasikan walau bercampur dengan unsur silat dari seberang seperti Pencak Silat Tenaga Dasar, Depowojo ia masih lagi mengekalkan unsur atau ciri nusantara...Jika ada pun kelibat jurus dari lain2 seni pertahanan diri saya berpendapat ia tak lebih dari pengaruh, sama juga seperti seni lagu/muzik, asalkan tidak meniru bulat2 jurus Kalaripayat atau Shaolin Wushu itu dan kemudian mengaku ianya buah pukul asal dari kita ok jer carry on...Seni tu universal...


...Selain dari itu selepas road tour promosi filem ini pula nanti boleh saja diusahakan bukan hanya pelakun utama malah keseluruhan produksi untuk berjumpa dengan waris terdekat Mat Kilau jika itu yang mereka mahu, cuma mushkil jugak jika ada nanti yang mengaku waris2 kepada Dato Bahaman, Tok Janggut, Pawang Nong, Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali (Khatib), Awang (Imam) dan Mat Tahir menuntut perkara sama...Ate jenuh 'kaum' nak melayan nya wehh...πŸ˜…


...Apa yang signifikan ialah kebanyakan dialog serta scene sarkastiknya yang agak melampau bagi sesetengah kita dengan apa yang saya baca dari kebanyakan tulisan netizen...Namun itu yang saya suka 'tegas dan tepat'....Kita perlu akur ubat banyak yang pahit, telan saja jika kamu mahu 'sembuh'...πŸ˜’


...Berbalik pada isu filem terbaru arahan Syamsul Yusoff, new comers atau 'pendekar' yang hanya handal mengecam di papan kunci tu bukan saja lipat tanjak malah melipat napkin baby pun belum tentu mereka tahu, dan nanti mesti ada yang menjawab "Kalu dah ada diapers mengapa susahkan diri nak pakai napkin" Maka begitulah seterusnya so on so on komplen dan multi alasan yang dah jadi budaya orang kita sejak dulu...Scene Mat Kilau mandi embun tu pun deme faham ke idak...😏


...Ironinya ketika status ini ditulis, pagi beberapa hari yang lalu melalui Radio Klassik pendengar dimaklumkan bahawa sebelum menerbit filem ini lagi pelbagai kajian, rujukan telah dilakukan termasuklah berjumpa dengan waris terdekat Mat Kilau itu sendiri...Jadi pada mereka yang menuduh sebaliknya, korang patut malu dengan diri sendiri jika tak malu dengan khalayak lainnya....


P/S:-Tentang isu ini saya masih menunggu komentar dari seorang pengkritik filem yang lantang tapi masih belum pernah mengeluarkan sebarang filem...Ada kot sesiapa yang sama menunggu...😎


Saturday, July 9, 2022

Idul Adha 2022



...Pakai kurta dilabel Bangla, pakai jubah dikata nak jadi Arab...Pakai cheongsam pulak diperli macam dah tkde baju lain nak dipakai...

...Sedangkan influence dah memang senonim dengan masyarakat majmuk kita samada dalam hal berpakaian, muzik juga pemakanan... Sebenarnya ini semua soal citarasa dan selera kita yang berbeza...Apa kita suka munkin tidak bagi mereka...jadi terpulanglah masing2...

...Saya pakai kurta pun sejak zaman sekolah lagi dan bila2 masa tak payah tunggu hari Raya sama gak macam pakai jeans & tshirt hitam...Sebabnya ia selesa...Itu saja...Bagi saya nak pakai apa pun pakailah dan percaya ianya tak membuatkan kita hilang jati diri...

...Kalau Melayu kita tetap Melayu dan begitu jugalah yang lainnya...Itulah uniknya masyarakat Malaysia dengan 'multi influence'....So pagi Idul Adha nanti buka almari pakai saja apa yang korang rasa sesuai dan selesa pedulikan apa orang nak kata...Cuma jangan le komer ke masjid pun nak bertanjak, riso bila rukuk nanti nyucuk bontot orang di depan plak...πŸ˜…

...Ok arini saya ke outstation lagi bagi melunaskan tanggungjawab sebagai ketua keluarga..Esok dah nak Idul Adha ramai yang balik kampung...

...Moga semua yang memandu termasuk saya selamat sampai ke destinasi..Aamiinn...

                                                      ...Maaf zahir batin....πŸ˜‰

Tuesday, January 11, 2022

Kayuh Jemaah Al Hidayah...

 

...Secara peribadi seperti kebiasaannya saya yang introvert ini lebih suka melakukan 'xtvt' secara solo termasuklah menunggang basikal, bagi yang tak faham munkin merasakan kita sombong atau anti sosial, sedangkan tidak sebenarnya, jika perasan ramai jer rider yang kita lihat menunggang secara solo nih, dan semestinya mempunyai sebabnya masing masing...



...Suatu pagi tu ketika baru memulakan kayuhan saya terserempak dengan group jemaah Masjid Al Hidayah kampung saya yang bersiap siap untuk menunggang secara berjemaah, mereka pun sebenarnya sedia maklum yang saya selalu ride sesorang tak kira siang mau pun malam...Tapi kali ini bila dah terjumpa tu saya pun join saja lah mereka...Sesekali ye dak...Hehehe... 


...Hari ini kami mengambil jalan tepi Sungai Kinta yang kini telah banyak berubah di mana laluan nya dah lebih elok dan cantik, lori dan kereta boleh lalu dengan selesa...tapi ini hanya lah laluan untuk ke Batu Gajah sedangkan arah utara untuk ke Kampung Temiang, Ipoh masih lagi kecil dan tidak elok...Tepi sungai ke Batu Gajah ini dah beberapa tahun tidak saya lalui...



...Kami ride dengan selesa dan santai sambil ada yang bersembang sesama sendiri, ada yang hanya diam sambil menikmati pemandangan sekitar yang cantek...Kira kira suku perjalanan untuk sampai ke  destinasi laluan kami terputus dek kerana tanah yang rebak, di mana kami perlu mengangkat basikal masing masing, juga bermakna kenderaan seperti kereta hanya setakat ini saja dan tidak boleh untuk meneruskan perjalanan ke Batu Gajah...




...Tak lama lepas itu kami pun sampai di Batu Gajah, cuma mengambil masa sepuluh minit untuk berehat dan bergambar sebelum meneruskan perjalanan ke Changkat Larang pula, sebenarnya berpatah balik ke Ipoh cuma guna laluan yang berbeza dengan melalui jalan raya dan ladang kelapa sawit...Di ladang ini juga kami cuma berhenti untuk mengambil gambar dan seterusnya berkayuh untuk balik, sampai di Bandar Botani, Ipoh rakan rakan lainnya terus ke mamak manakala saya terus pulang ke rumah...Ok cukup untuk itu...Keseluruhan kayuhan saya hari ini hanya dua puluh lapan kilometer (Jika solo ride biasanya saya akan ambil dalam 40++ km)...Alhamdullilah, kerana tiada masaalah besar yang kami hadapi...  



Monday, December 20, 2021

...Sakit Mental Di Mana2!?..

 


...Rasanya semua kita perasan dan berpendapat yang sebenarnya manusia berperawatakan seperti 'joker' ada ramai sekeliling kita, berselindung di sebalik topeng yang senantiasa menampilkan wajah senyum ceria namun terselindung lain2 watak sadis yang pelbagai...Ketika saya menghadiri satu sessi 'talk' sebelum PKP 1.0 dulu seorang ahli panel menjelaskan terdapat sebanyak 297 jenis penyakit mental/jiwa di kalangan manusia, maka adakah sikap suka mempersenda akan individu dan membuli ini salah satu darinya?!


 
...Siapa pun kita OKU atau normal berhak untuk hidup tenang, selesa dan dilayan dengan adil saksama...Siapa kita untuk memperolok makhluk Allah?! Sebagai insan paling 'sempurna' yang membezakan kita hanyalah amalan serta attitude... 

Wallahu A'llam...

Tuesday, November 30, 2021

...Hidup Mati...Itu Pasti...



...Pada suatu pagi baru baru ni saya terima panggilan dari ipar yang tinggal di Batu Gajah...Ye, berita tentang kematian saudara sebelah isteri saya...Pak Lang telah lama sakit dan 'bed ridden' tapi sangkaan saya melesit sebab bukan Pak Lang tapi Pak Ngah yang meninggal...Pak Ngah dan Pak Lang dua beradik yang tinggal sekampung dan tidak jauh dari rumah masing2..Pak Ngah asalnya bekerja dengan kapal korek bijih timah dan Pak Lang pula bekas tukang kebun sekolah berhampiran...

...Saya dan isteri bergegas ke Kampung Baru, Changkat Tin dua belas kilometer dari Pekan Tanjung Tualang, sampai di rumah keadaan agak sepi hanya satu, dua kelibat yang kelihatan...saya bertanya kepada saorang muda yang sedang duduk di bawah rumah Pak Ngah, kata nya jenazah dah dibawa ke Masjid untuk solat jenazah...Rupanya di masjid pun tiada kerana telah dibawa ke perkuburan yang tak jauh dari situ di atas sebuah bukit yang curam, dalam lima minit kami pun sampai ketika Imam sedang membaca Talqin...

...Selesai di perkuburan kami terus ke rumah Pak Lang pula yang tak jauh dari situ untuk menziarah beliau dan ahli keluarga lainnya yang dah lama tak jumpa sejak sebelum PKP tahun 2020 lagi...Keadaan beliau nampak pada mata kasar ok jer...Saya terus keluar rumah dan lepak di halaman bila makin ramai yang berkunjung, sedangkan SOP masih ada yang ke laut...Tak lama pun di situ lebih kurang 30 minit saya mengajak isteri untuk terus pulang...



...Beberapa ketika setelah sampai di rumah dan berehat kami terima berita melalui group wassap keluarga yang memaklumkan Pak Lang pula menyusul setelah Pak Ngah...Ironinya mereka berdua lahir pada tahun yang sama, 1939 dan beza umur mereka pula hanya lah beberapa bulan saja...Pak Ngah Rasit lahir pada bulan Januari manakala Pak Lang Arip pula pada bulan 8 tahun 1939...Namun ketetapan Allah tak siapa yang tahu dan tarikh lahir juga mati bukan kita menetukan...secara kebetulan dalam hal dua beradik ini mereka seakan berjanji sehidup dan semati....Innalillahiwainailaihirojiun...

...Wallahu a'lam... 

 

Tuesday, November 16, 2021

..Cinta Alam Allah...



...Semasa kecil tinggal di Kg Bharu, Lumut, dalam daerah Dinding kini Manjung meredah hutan merupakan kebiasaan/keperluan bagi kami juga bagi keluarga lainnya...Pengalaman mengikut mak dan abah bersama orang kampung menebang pokok bakau utk dibuat kayu api, atau ke ladang getah berhampiran yg jika harimau menyorok pun tak kami nampak dek semak dan tak berjaga, semata2 untuk mencari pucuk paku dan 'kulat' di tunggul2 kayu...




...Jika musim lokan, kepah atau remis kami akan ke pinggir Sungai Dinding pula untuk mendapatkannya...Selut yg dipijak dalam hingga ke pangkal peha, jatuh terseradong akar bakau, gatal2 setelah berperang dengan agas dah jadi alah bisa tegal biasa...Ketika itu ketam batu, ikan belacak, biawak air, ular kapak, monyet, lotong cukup banyak dan mudah dijumpai sementelah dah memangnya habitat mereka...Semua itu pengalaman yg amat berharga dan manis untuk dikenang dan diceritakan kepada anak cucu...Kini dunia makhluk berkenaan semakin sempit dan populasinya pun makin sikit setelah banyak habitat mereka dimusnahkan oleh kita manusia yg kononnya bertamadun...Jika dulu tidak tapi sekarang babi hutan dan monyet banyak berkeliaran di penempatan kami...Mereka tiada pilihan dan terpaksa keluar untuk mencari makan bagi meneruskan kelangsungan hidup, sedang kita dengan rakus terus terusan memusnahkan eko sistem tanpa mempedulikan hari esok yg masih tersisa...


* Gambar dirakamkan di Resort Intan Suraya, Lenggong. Perak Darul Ridzuan.