...Teori berniaga...Bila permintaan melebihi barang dagangan...harga akan meningkat naik...Hummm bunga2 harga barang meningkat naik telah lama kelihatan..bagi sesetengah barang seperti keperluan dapur bukan lagi berbunga tapi dah lama ranumnya...namun betulkah seperti mana kata teori tadi?? Permintaan melebehi pengeluaran..atau ianya hanya konspirasi...sorok barang (Oppsss!!)maka harga akan meletup!!...
...Sebuah syarikat sarung tangan getah multinasional telah menyatakan kebimbangan bahawa dengan kenaikan gaji asas hanya akan menjurus kepada kenaikan kos dan seterusnya nya akan menyaksikan penyusutan dari segi keuntungan...Tapi bagi aku itu hanya untuk jangka masa pendek...Sebagai sebuah syarikat professional semestinya mereka telah menyusun strategi untuk menangani situasi ini...salah satunya dengan meningkat kan lagi pengeluaran serta memastikan peningkatan jualan...walau pun sedikit tapi pada ramai pelanggan dengan cara ini volume jualan serta margin keuntungan dapat diimbang kembali...
...Kaedah ini boleh dilaksanakan lebih2 lagi jika ianya barang 'amat perlu'..contohnya macam nasi..kalo takde beras tak kan nak ikut cakap satu Pak Menteri tu yang suruh kita tukar makanan ruji kepada kentang jee..Humm suruh dia try seminggu tengok...boleh le kalo nak merasa perut kembung dengan angin aje...Nak tak nak pembekal kena cari dan pengguna kena gak beli...
...Maka jika dikatakan pihak majikan akan rugi hingga ada yang mengugut akan menutup operasi...Aku katakan itu hanya gelembong dema saja...Nak tutup kilang tutup laa...Abih hutang bank kamu ingat sapa nak bayo?!! Usah le nak ugut sana ugut sini...sedangkan keuntungan berlemban masih dipihak kamu...
...Dan apa yang kita tahu kenaikan gaji belum tentu menjamin sesuatu yang menggembirakan bagi sesetengah orang...kerana impak dari kenaikan gaji itu sendiri...Ahahh?!?!?
..Sesuatu harus dilakukan bagi memberi kebaikan kepada semua pihak..ini bagi mengujudkan situasi menang menang terhadap pengilang,pemborong,penjual seterusnya pengguna...tapi mampukah terlaksana di zaman dunia yang manusianya hanya mementingkan diri sendiri dan materialstik ini???
P/s:- Sembang kosong dengan India penjual kacang puteh di Pasar Malam Desa Pakatan...Dia cakap...Semua barang naik tarak turun..aku jawab...Hujan juga turun aneii tapi jarang jarang..Kami sama2 gelak...