Total Pageviews

Monday, June 9, 2025

Tragedi Lagi!..

 

...Beberapa tahun lepas dua orang kawan saya kehilangan anak masing masing dalam kemalangan ketika balik dari IPTA untuk bercuti menyambut Idul Adha dan Deepavali...Semalam kita dikejutkan pula dengan tragedi kepada pelajar pelajar dalam perjalanan pulang ke UPSI setelah bercuti Idul Adha di kampung halaman bersama keluarga masing masing...Ye kita semua sudah 'letih' dengan berita menyayat hati sebegini saban hari...


...Antara sebab berlakunya kemalangan - keadaan laluan, keadaan kenderaan, keadaan/sikap pemandu/penunggang...La luan yang beralun, lopak dan berlubang, tiada lampu jalan, petunjuk atau amaran, kenderaan yang outdated dan tidak lagi sesuai untuk digunakan, pengguna jalanraya yang tidak sihat, terlalu berumur/muda, di bawah pengaruh dadah/arak, mengantuk, laju dan tidak berhemah yang fikir kemalangan hanya berlaku pada orang lain...tak ketinggalan penguatkuasaan undang undang yang lemah...


...Memang tak siapa minta ia berlaku, tapi kita boleh berusaha untuk mengelak, doa dan tawakkal...InSyaAllah...🌷🌻🌹πŸ˜₯

#Innalillahiwainnailaihirojiun #takziah #matiitupasti #UPSIMalaysia

Thursday, March 13, 2025

Tulus Ikhlas Cari Rezeki

 

..Influencer kat luar sana cukup2 la over claim dengan products yang korang review, kalu tak sedap jangan kata sedap walaupun kamu dibayar...Kita faham mulut dan citarasa memasing berbeza tapi review yang diberi kena tulus, ikhlas dan benar, jika tidak ia dikira menipu pelanggan (aku seniri dah banyak kali terkena)..Bila dah camtu bagaimana dengan rezeki tu? Bab cari rezeki ni halal haram kena diambil kira dan ianya tiada kompromi beb...


P/s: Tapi nasik campur ni memang best, tokey tak bayar aku, aku yang bayar dia..

                          πŸŒ·πŸŒ»πŸŒΉπŸ˜‹

Tuesday, February 18, 2025

FunRun Tuanku Nazrin November 2024

 


...Event November last year (2024) tapi baru ini berpeluang untuk up dalam blog aku nih...Hehehe...
 Awal2 lagi aku dah register sebenarnya dan mula dari April slow down ride beskal dan hanya tiap ari jogging di sekitar Taman Botani dekat area rumah...

...Malam sebelumnya aku semacam tak mau lena sebab risau terlajak walau alarm dah diset pukul 3 pagi, pada mulanya bercadang untuk menginap di chalet berhadapan Sungai Perak berdekatan dengan tempat event, tapi tak jadi. ..Lebih kurang pukul 4.15 pagi ari tu kami dua beranak dah berada atas highway Utara - Selatan menghala ke Bandar Di Raja Kuala Kangsar..Tak boleh nak bayangkan suasana event nih sebab last year di Taiping tak dapat join sebabnya aku attend majlis dan terima anugerah pingat dari YM Tuanku Nazrin di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar...

...Kak Yong,anak sulung drive aku dok sebelah dan tak amik masa yang lama dari Ipoh kami sampai di Kuala Kangsar dengan selamat..Setelah parking kami berjalan dalam 150 meter ke Masjid Ridzwaniah yang bersebelahan dengan Malay College Kuala Kangsar dan menunggu untuk solat Subuh...Peserta dari pelbagai bangsa dan peringkat umur dah ramai yang hadir, ruang masjid pun umpama waktu Jumaat dengan kehadiran Jemaah nya..Perghh, syahdu!...





...Para peserta jumlah keseluruhannya adalah 12,000 orang berbanding tahun lepas  (2023) hanya 9,000, yang lebih membanggakan ia hadir dari seluruh Malaysia dan juga luar negara...Tempat pelepasan sebenarnya di Padang Esplanade yang berhampiran dengan masjid tadi di mana semua kami berkumpul atas jalan di situ...Ada tiga kategori 7km, 10km dan 15km, dan aku join kategori 10km...

...Kategori 15km dilepaskan pukul 6.45am, dan dek kerana ramainya peserta hingga jem kategori 10km hanya dapat berlepas pukul 7.15am, lewat 15 minit dari jadual asal...Tuanku Nazrin dan Tuanku Zara yang amat sporting dan supportive membuat pelepasan kami para peserta...

...Suasana amat meriah dengan gelagat yang pelbagai ada yang tampil dengan costume anime, rockers 80an, pelbagai hantu, pakaian tradisional dan bermacam macam lagi lah...





...2km pertama kami berlari hingga menyeberangi jambatan Sg Perak/Saiong sebelum seterusnya menyusur jalan kampung dan terus memasuki kampung Saiong Hulu dan lain lainnya sehingga menyusur tepi Sungai Perak di Kg Saiong Lembah...






                               ...Terima kasih laa pada siapa yang tolong snap gambar aku hehe..








               ..Masjid Ubudiah, di Bukit Chandan..Gambar diambil dari Kg Saiong Lembah..

                                         
                                                                       ..Awwright!!..
                                                       




Pemandangan amat menarik dengan suasana kampung yang sejuk ditambah pula cuaca mendung pada hari itu...Best nya di sepanjang jalan ada saja orang kampung yang memeriahkan acara dengan menyediakan pelbagai juadah kueh mueh dan cucur untuk disedekahkan pada kami...Itu belum dikira setiap pit stop yang sememangnya menyediakan pelbagai makanan yang sungguh menyelerakan...



                                                            ..Hahaaa..Pakat serbu der... 







 ...Namun aku tidak berhenti untuk itu..Heheh, makan bila2 pun boleh ye tak..πŸ˜…Begitu juga aku tak banyak berhenti untuk mengambil gambar kerana setting dan target dalam kepala adalah untuk segera sampai ke garisan penamat, jika tidak sia sialah latihan setiap hari yang dibuat sejak April dulu lagi......πŸ˜…










...Alhamdullilah walau pun dengan tidur yang tak cukup malam sebelumnya kami dua beranak dan lain peserta berjaya menghabiskan acara dengan selamat...Penat, stress, sakit2 kaki dikira biasa dan itulah harga yang perlu dibayar..Namun kepuasaannya tak terungkap, hanya tuan punya diri yang merasakannya!..Sebenarnya ini adalah rekod peribadi aku sendiri...InSyaAllah, December nanti akan menyertai pula Fun Ride/Run yang akan diadakan di Manjung...


...Aku perasan sejak akhir2 nih larian dah umpama jadi trend di kalangan masyarakat dan diharap biarlah ianya berterusan dan tidak hanya sekadar trend seperti berbasikal yang dulu amat meriah tapi kini ramai yang menjual semula basikal dengan alasan tiada masa dan tiada kawan, sedangkan untuk exercise, solo atau berkumpulan kita tetap mesti melakukannya, ini semua berkait kuat dengan passion dan bukan fashion..Jika passion kamu kuat tiada apa atau alasan yang boleh menyekatnya...Tua, muda tak kira apa pun gender..

..Perfect is not exactly the first word that comes to mind when you deals with passion, as we born just to be true..🌹🌻🌷..

 ..Event nih masing2 join dengan tujuan dan asbab seniri - kau nak hepi, nak selfie, nak posing dengan costume, nak huhahuha, nak jumpa kawan, nak makan2, atau betul2 serious nak berlari..Its ok beb dah namanya pun Fun Run...Bagi saya this is best event ever! Keep it up! InSyaAllah next year ada rezeki umur dan kesihatan kita jumpa lagi...

                                                   Hadza min fadli rabbi..Syukran!..


P/s: Gambar2 adalah dari milik peribadi & perkongsian dari FB..



Friday, December 6, 2024

Orang Beragama Itu Beradap!

 


..Saya biasa menjual, menunggu 2-3 jam utk walk in bertemu pelanggan walau sales belum tentu dapat, tak dapat payment, kena tipu, back stabbing, itu semua biasa dan byk mengajar saya apa erti sabar dan redha, dan setakat ini belum pernah dimalukan di khalayak ramai..


..Dalam satu video yang tular mengenai penjual air diaibkan di khalayak oleh saorang ustaz di negara sebelah saya berasa si penjual tu jauh lebih mulia dari semua mereka yang mentertawa dan yang di atas pentas itu..


...Ustaz tu nampak 'kekurangan' si penjual tapi kelebihan beliau tiada siapa tau hanya yang kita nampk betapa tegar beliau berusaha untuk hidup,  apa yang dijunjung bukan sekedar air jualan malah lebih dari itu adalah tanggungjawab untuk diri & family...Selain dari itu yang tak kelihatan di mata kita amalan spiritual beliau, munkin jauh lebih banyak dan lebih ikhlas berbanding kita dan ustaz yang mengolok2kan beliau...


Jelas tinggi ilmu belum menjamin tingginya akhlak sesaorang...Sesungguhnya, Allah S.W.T tidak melihat kepada keturunan, pakaian, rupa paras, penampilan, perhiasan tetapi Allah S.W.T melihat kepada hati, akhlak dan amalan kita...


..Jika dilihat dari satu sudut lain pula betapa Allah menegur semua kita secara berhemah dengan cara Nya yang tersendiri, yang buruk jadikan sempadan...Make up your mind...Yang faham akan faham...🌷🌻🌹

Monday, November 25, 2024

FunRide & FunRun HSN 2024


...FunRide sempena Hari Sukan Negara kali diadakan seperti tahun2 sebelumnya, dan di Ipoh pada 12hb. Oktober 2024.. 

..Aku ready awal dari rumah selepas Subuh dan kali ini terasa sedikit pelik sebabnya timing pelepasan peserta oleh MB tepat pada waktu haha..Tak seperti selalu yang senonim dengan phrasa 'janji Melayu' kalu melibatkan masa...Hahaa..πŸ˜€ 

..Jam 7.30am,cargas! Semua bergerak mengikut laluan kali ini yang bagi aku best tak macam selalu,  tapi itu pun masih terdengar suara yang tak setuju...Alahh biasa laa... 








..Jumlah milage kayuhan kami sekitar Bandar Ipoh adalah 35km. dengan hanya sekali berhenti di area Ampang untuk rehat dan mengumpulkan semula kesemua peserta kayuhan...Di sini aku terpaksa menjarakkan diri dari group dan mereka yang mengambil peluang bukan saja berehat dan minum tapi merokok...Satu aktiviti yang tak sesuai diamalkan walau apa pun alasannya...Ye, attitude palat camnih mane2 pun boleh kita jumpa...😫

...Setelah berehat dalam sepuluh minit di situ, seterusnya kami menghala ke Polo Ground melalui Politeknik Ungku Omar, RTM, Tiger Lane dan terus ke Stadium Perak bagi menghabiskan event pada hari itu...Abis berkayuh aku tak amik masa lama untuk berkemas, masukkan basikal dalam kereta dan terus bergegas pulang...

...Esoknya pula di Politeknik Ungku Omar aku dan anak sulung sampai agak lambat bagi menyertai event di mana peserta Rakan Muda FunRun sejauh 5km dah pun bermula tapi still ok laa sebab kami lambat 2 - 3 minit jer pun hehe...

...Laluannya dari POU melalui jalan Dairy,  RTM seterusnya ke Taman Cempaka dan berpatah balik ke POU..Sekejap jer terasa, alaa 5km jer pun...Baru nak panas tau tau dah sampai...Hehee..



                         ..Program Rakan Muda tapi kita yang vateran boleh jer kalu nak join..


..Pada tarikh 27hb. Oktober 2024 pula  bertempat di perkarangan Hospital Bahagia Ulu Kinta, sempena Hari Kesihatan Mental kami berdua sekali lagi join bersama kawan kawan...Laluan kali ini adalah di sekitar hospital itu sendiri dan untuk pertama kali explore baru aku tahu betapa besarnya kawasan ini yang berkeluasan sekitar 544 ekar...lebih kurang 300 ekar digunakan untuk pelbagai bangunan dan selebihnya untuk aktiviti pemulihan pesakit seperti pertanian, perikanan dan penternakan...Sedikit info berkenaan HBUK ini... 







...Pemandangan sekitar amat cantek dan tenang, kami melalui wad2 pesakit, penjara bagi banduan akhir yang bermasaalah mental dan tanah perkuburan bagi para pesakit yang tak mempunyai waris, sayu rasanya bila melalui kawasan yang redup dan sunyi sebegitu...Aku decide untuk tidak mengambil gambar bagi menghormati kesemua mereka yang berbilang bangsa dan agama yang dikebumikan di situ...

...Seterusnya kami melalui belakang Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah yang sebenarnya turut berada dalam kawasan Hospital Bahagia ini juga namun pada tahun 2007 sebanyak 41 ekar telah diserah untuk pembinaan kolej tersebut yang beroperasi hingga sekarang...Ok dah hampir sampai di sini ada 'brief stop' dan kami diberi minum air mineral walau aku sendiri ada membawa bekal air kosong bercampur sedikit garam sepertimana kebiasaan...Akhirnya kami sampai ke garisan penamat dengan jumlah milage keseluruhan adalah 5.72km...Syukur semua selamat sampai walau ada yang ketinggalan, tapi lambat atau cepat itu bukan ukuran atau tujuan sebenar event ini diadakan...

...Rehat sekejap sementara menunggu kesemua peserta sampai sebelum cabutan tiket bertuah pula diadakan, ada seratus hadiah yang tersedia,banyakkan?😍...Walau tak semua bernasib baik termasuk aku, Alhamdullilah kami semua happy moga lain kali jumpa lagi...😁