Total Pageviews

Monday, October 25, 2010

...Pencegahan & Pengesanan Awal Kanser..

..Sabtu lepas aku ke out station Kamunting,Selama,Bagan Serai...sepatutnya jika ikut schedule aku dah kesana minggu dulu lagi,dari Lenggong cross aje...tapi nak jadi cerita hanya sempat selepas dua kilometer dari pekan Lenggong sahaja sebelum aku bertembung dengan satu kemalangan maut..yang melibatkan tiga mangsa dari satu keluarga..

...Dipendekkan cerita sebab aku tak mahu ingat peristiwa ngeri itu..aku balik je ke Ipoh tanpa melangsaikan tugas aku...sebabnye macam2 yang aku rasa masa tu sedih,kesian,takut,loya,nak muntah,menggeletar semua ada...

..Jadinya 23hb.Oktober aritu kena le jugak aku buat kerja yang tertunggak dari minggu lepas itu,tapi kali ini aku skip tanpa pergi ke Lenggong dan Gerik...rasa trauma lagi...so terus je ke Selama selepas Kamunting...dari situ aku shoot pulak ke Bagan Serai..Disini aku dimaklumkan saorang Doktor kenalan aku telah meninggal disebabkan liver cancer..stage empat..dan dapat dikesan hanya dua minggu sebelum beliau meninggal..Walaupun beliau saorang Doktor itu bukan satu jaminan untuk dapat lari atau mengelak dari qada dan qadar Tuhan (sakit/mati)...jika sudah itu ketentuannya...

...Namun begitu dipercayai bahawa 2/3 daripada semua jenis kanser sebenarnya boleh dicegah dengan mengamalkan cara hidup yang sihat.Untuk jenis kanser yang boleh dikesan awal,terdapat 80% peluang untuk terus hidup.Kanser yang dikesan lebih awal boleh menyelamatkan nyawa.Insyaallah..

Gaya Hidup Sihat : Bermaksud :-
1. Jangan merokok
2. aktif setiap hari
3. Kekalkan berat badan unggul
4. Makan banyak sayuran,buah buahan dan bijirin
5. Makan makanan yang kurang jumlah lemak,gula dan garam

10 Tanda Tanda Amaran Kanser

1. Perubahan dalam corak pembuangan air kecil/besar dalam jangkamasa 2 – 3 bulan
2. Luka atau bisul yang tidak sembuh,bertukar warna,berdarah atau ulser.
3. Perdarahan luar biasa dari hidung,pekak atau bunyi deringan di dalam telinga.
4. Terdapat ketulan yang tumbuh secar a tiba2 dan tidak hilang diikuti dengan sakit
5. Perdarahan atau lelehan daripada mana2 bahagian badan
6. Sakit yang berterusan dan tidak selesa pada bahagian abdomen
7. Perubahan pada tompok kulit,ketuat atau tahi lalat
8. Suara menjadi serak atau batuk melebihi 2 minggu terutama mereka yang tidak merokok.Batuk penghisap rokok yang bertambah teruk.
9. Senak atau sukar untuk menelan.
10. Rasa letih sentiasa dan/atau kehilangan berat badan yang mendadak (10%) dalam masa 3 – 6 bulan.


P/s: - Kita hanya mampu berusaha..namun yang menentukan hanya Allah..