Total Pageviews

Sunday, January 30, 2011

...Peace No War...

...Komuniti underground di sini kecil je..pakai baju itam pun dah dipandang serong...apa tah lagi..mendengar muzik yang hingar bingar...yang menyakitkan telinga orang lain(bagi yang tak suka le)..So usah la kita nak bertelingkah sesama sendiri...

...Tak dinafikan banyak artis atau pun band menjadikan muzik itu sebagai satu platform mereka mengembangkan dakyah atau pun ideoligi mereka...tak kira la samada yang songsang,satanism,athies,free thinker,homoseksual,bisexual dan pelbagai lagi...mereka gunakan muzik untuk menyatakan protes atau pendirian mereka...walau sebenarnya muzik itu satu dari cabang hiburan..namun disebabkan muzik itu sendiri mau pun penggiatnya yang mempunyai pengaruh yang kuat untuk menarik perhatian orang lain maka medium itu dipilih...Namun bukan semuanya berunsur negative...kena faham di situ..Sama jugalah dengan kumpulan2 nasyid yang berdakwah dan berjuang menegakkan Islam...semua disebabkan pengaruh yang kuat dari muzik...

..Dalam pada kononnya untuk membela agama kita Islam dari dihina dan dikutuk oleh orang lain yang kita tahu siapa asalnya beliau memang saorang Islam..ada pulak yang ingin menjadi wira memaki hamun orang sewenang2 dengan perkataan...Babi!! Perghh.. bagusnya bahasa...Aku nak tanya adakah dengan amarah dan memaki orang lain itu dapat meperbaiki keadaan?Semestinya tidak..apa yang pasti adalah mengeruhkan lagi keadaan yang sediada..Ia hanya melambangkan peribadi orang itu..Kalo ditanya memang aku sendiri pun tidak setuju samasekali dengan apa yang dilakukan oleh band 'itu'..Aku rasa pada sesiapa yang faham dan tahu siapa atau apa yang aku maksudkan yang baru baru ini hangat diperkatakan dalam FB,juga semestinya sependapat dengan aku...

..Kita punya pilihan untuk menegur dengan berhemah samada secara lisan atau lainnya,tapi adap tatasusila perlu kita jaga...jangan jauhi mereka tetapi cuba dekati..kalau tak mampu..paling cabuk pun jom kita doakan dari jauh..jangan hina mereka kerana kita tidak tahu macam mana matinya nanti munkin sekarang kita tengok mereka jauh menyimpang tetapi pada akhirnya pula berubah dan mampu untuk mengucap dua kalimah sahadah dipenghujung nyawa nanti...Bagaimana pula dengan diri sendiri?Mampukah kita untuk tidak menjadi seperti mereka hingga akhir hayat?...Kita patut bersyukur jika kita tidak seperti mereka...dalam masa yang sama simpati kepada mereka jugak perlu ada..

...Barangkali dah menjadi satu budaya agaknya,yang mana memaki,menyindir atau menyerang orang lain di wall FB.....Menang jadi arang kalah jadi abu..itulah yang sebenarnya..jangan diburukkan lagi pandangan masyarakat pada kita...Biarkan yang hitam itu hanya pada pakaian bukan pada hati kita...Mestinya kita tidak mahu orang lain yang selama ini memandang tiadanya yang positif dari kelompok underground ini,akan nanti berkata..Lihat lah Luncai terjun dengan labu labunya...Jadi elok lah berdamai saja...Peace No war...

Tuesday, January 25, 2011

..Makan untuk hidup...

...Tiap hari,tiap pagi aku akan mengalami masaalah tentang makan..ye la tak tau nak makan apa..punya lah mewahnya Malaysia ni boleh ada rakyat dia kata tak tau nak makan apa...

...Laa bukannya apa..bukan tak kena dengan selera bukannya cerewet..selera aku kalo nak di ikutkan memang semua yang halal nak aku bedal...Tapi munkin dah beralih umur ni kot...selera pun dah up side down..cam ada kawan aku tanya kenapa bila dah masuk 40an ni jiwa dia sensitive sangat...Hahaha tapi itu takde kena ngan soal makan..Balik pasal makan tadi...Cuba le tinggal kat negara yang mengalami kebuluran tuh..baru tau kulit pisang pun boleh dikunyah ngan penuh “feel”sambil bayangkan sedang menguyah pizza..Eh! tapi pisang rebus sedap ape..cicah pulak ngan kelapa campur garam pastu tolak dengan kopi O kaw..ha haa..layan plak waktu pagi..nak lebih feel jom duk atas dangau kat tengah bendang...masyukkk!!

...La ni, kira orang sekarang le..emmm maksud aku..budak2 lee..depa makan pun dah pandai memilih..pagi2 contohnye nak makan corn flakes,sausage ngan kentang goreng,nasi lemak,roti canai,paling tidak pun karipap..hehe..bole le banyak songeh,mereka reka nak makan ape..pagi makan itu,tengahari makan ini,petang kang lain malam plak kang lain jugak...kita di sini memang mewah..cam entri aku yang lepas ada sebut..apa nak sume ade..burger,kebab sebut je tak payah nak pergi ke tanah Arab..sediakan aje duit..Time aku kecik dulu tak tau nak memandai mandai nak makan apa..yang terhidang depan mata tu baham ajee...Itu pun bersyukur sangat dah daripada takde apa yang nak dimakan..

Hum apa kata sekali2 kita ubah selera dan menu..cuba plak hujung minggu ni..sarapan pagi kita layan je ngan sarapan cara tradisi...ubi atau pisang rebus cicah dengan kelapa + gula..atau idak pun dengan biskut lutut tu ditumbuk2 dibuat sagon (kata orang kampong aku)...perghhh..no doubt..memang best..Orang muda2 kena cuba,try,test..Aaa?Ade yang kata tak best..memang le kalo tekak dah terbiasa dengan makanan mewah..payah le sikit nak layan makanan yang sering dimakan oleh mak bapak aku masa zaman jepun dulu tu.. namun mewah tak mestinya berkhasiat..cam segala macam junk food omputeh tu haaa...Udah makan tu pun make sure jugak kena kasi exercise ..ini pun kena dibiasakan...Doktor pernah cakap paling kurang seminggu mesti exercise tiga kali dan bagi satu sessi dua puluh minit..tapi bagi aku itu dulu,zaman sekarang zaman orang pergi kerja naik kereta atau motor,naik opis di tingkat satu pun masih nak pakai lif,dengan corak pemakanan kebanyakan dari kita sekarang ni,memang tak cukup untuk schedule bersenam yang macam tu..kena buat lebih dari itu...

...Teringat plak aku satu masa bertugas di Jitra..bangun pagi tu aku dok melangut kat tepi tingkap hotel...sambil tu ushar orang ramai yang bersarapan kat gerai di bawah...aku tengok makanan yang disediakan lebih pada makanan utuk makan tengahari..perghh..Dan plak tu ramai yang makan nasi dengan lauk pauknya...Pagi beb bukan tengahari..Rupa2 nya kat sebelah utara ni depa faham (biasa) dengan sarapan yang heavy..Hum takpe lah sebab lepas tu kebanyakan dari mereka kerja membanting tulang di tengah sawah atau berladang..Ok le tu...

...Di Thailand plak masa aku pergi aritu tour guide bagitau depa walaupun berkerja keras tapi cukup dengan hanya bersarapan yang ringan ringan..macam sup,bubur nasi atau pun mee atau bihun sup...Humm patut le semasa 3 ari 2 malam di sana,aku tak nampak rakyat mereka yang gemuk...

...Pernah terbaca tak ingat bila dan di mana..lebih kurang camni laa...Berpantang dalam segala hal adalah ibu ubat..dan ibu segala penyakit itu adalah dari perut...tepuk perut tanya selera...Hahaaa...So makan aje la apa yang nak janji halal dan bersederhana..sebab Makan kita untuk hidup..Bukan hidup untuk makan...

Monday, January 17, 2011

...Isu Artis Luar..Isu Basi...

...Sebenarnya perkara ini sudah berlarutan sejak puluhan tahun dulu lagi..jadi boleh le dikatakan isu ini satu isu yang dah basi..Tapi walaupun dah basi macam nasi tu ianya berguna jugak untuk dicampur dalam adunan dan dijadikan tosei...Emmm sedap tu...hehehehe..Memang mamak rules tak boleh lekang dalam hidup aku..tapi itu bukan halnya di sini...

...Hehehee lama dulu negara kita telah diwarwarkan dengan isu artis dari negara seberang yang ligat cuba bertapak dinegara kita.Dalam kontek ini (chee meminjam bahasa wajib Ceramah Perdana TV 1)kita seharusnya melihat dari dua sudut yang berbeza,samaada positif mahupun negativenya.Jika kita melihatnya dari sudut yang positif ianya dapat memberikan satu saingan yang sengit kepada artis kita sendiri yang pada ketika ini apa yang kita lihat hanya lebih quantiti dari kualiti,ini sebenarnya tidak banyak menyumbang apa apa kebaikan kepada industri itu sendiri, selain dari hanya lah cerita cerita sensasi yang kadang kala kita lihat hanya mencemar diri mereka yang terbabit...

...Sepatutnya dengan kebanjiran artis luar ini artis kita perlu lebih lagi berdaya usaha dalam memajukan diri dengan cuba menghasilkan product yang lebih bermutu,baik, dari segi muzik,lirik dan juga penampilan mereka ini juga termasuk dengan cara mereka membawa diri dalam industri itu sendiri,justeru kita harus menjana lebih ramai lagi artis artis yang berpendidikan atau berilmu serta mempunyai jati diri yang kental dalam bidang yang mereka ceburi,di mana secara tak langsung kita mempunyai mereka dari kalangan yang beretika dan tahu hala tuju mereka dalam industri dan tak hanya tenggelam dalam mengejar glamour sahaja...

...Negative nya pula bila media kita yang saban hari berlumba lumba mempromosikan mereka ini dalam cubaan untuk memenangi hati pembeli,pendengar,pembaca dan juga penonton hingga mengabaikan artis tanah air kita sendiri.Fenomena ini telah berlaku sejak dari tahun 60an lagi dengan kebanjiran mereka ke negara kita...bagi saya adalah tidak adil dalam cubaan kita untuk memajukan industri kita hingga etika atau prinsip yang sebelum ini kita bela telah tergadai.Justeru sesuatu perlu dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab demi membela nasib artis kita sendiri,bukan untuk menyekat kemasukan artis asing ini tetapi bagi mengujudkan satu suasana persaingan yang sihat.Sistem kuota juga perlu diujudkan di mana setiap pusat hiburan yang menyajikan band live contohnya mesti lah turut memberi peluang kepada artis local.Bukan dengan hanya band band dari luar yang menyajikan amoi dengan pusat terdedah dan berseluar pendek..Soal kualiti sebenarnya tidak perlu di pertikaikan kerana negara kita tidak ketandusan akan bakat mereka mereka ini yang mahir dalam mengendalikan alat muzik mereka.Malahan ada di antara mereka ini yang sering bermain di luar negara...

...Kesimpulanya dalam kita ghairah untuk berhibur sebenarnya perlu kita mencari atau menambah lagi dan jika pun memperbaiki system yang ada demi untuk memajukan dan memertabatkan lagi industri seni di Malaysia ini.Pihak syarikat rakaman juga perlu berkerjasama dengan tidak hanya mementingkan keuntungan sahaja dengan memberi peluang kepada artis kita berkarya dengan format mereka sendiri ini banyak boleh kita lihat dari artis2 underground yang jauh lebih kreatif yang sememangnya bagus untuk di ketengahkan tidak lah kita asyik di sogok dengan hasil dari acuan yang sama saja kemudian bila tak laku di pasaran menyalahkan cetak rompak,muat turun dari internet dan ekonomi yang meleset...

...Tak dinafikan faktor itu tadi turut menyumbang,tapi kita harus sedar dengan perkara ini.Pihak berkenaan pula sepatutnya tidak terlalu mengongkong hingga menyekat kreativiti mereka ini...Dengan menggubal satu undang2 atau garis panduan yang perlu diikuti dan pantau mereka ini agar tidak lari dari matlamat dan tidak menyalahi etika ugama,bangsa dan negara.Dalam pada itu setiap dari kita peminat,pendengar,pembaca,penonton dan juga penggiat seni itu sendiri,tidak terhad hanya dalam bidang muzik...tapi dalam apa saja lapangan seni, perlulah turut serta bersama sama gembelingkan tenaga untuk memainkan peranan yang lebih agresif dalam usaha untuk memajukan Malaysia dari sudut perseptif yang berbeza...


P/S:-..Muzik yang merupakan salah satu escapism juga satu anugerah dari Tuhan..tidak merosakkan..hanya kita yang merosakkan anugerah itu sendiri...blink blink..

Wednesday, January 12, 2011

...Katakan Tidak Pada Rokok...

..Pagi Jumaat minggu lepas pergi BIMB..cam biasa laa...keluar ternampak satu mamat Cina tersenyum arah aku..aku tengok belakang takde orang ...sah dia senyum kat aku so aku balas balik..sambil berjalan ke arahnya dalam hati tertanya2 sape nih?..Hahh ini lah antara kelemahan aku..payah nak mengecam orang...untuk mematikan persoalan aku terus menyapa dengan nada selamat sambil bersalam..."Emmm kat mana kita biasa jumpa ek?"..Jawabnye..."Aiseyy lu tarak ingat sama saya kaa..Wong..sana F*****M kedai gambar"..."Ohhh yaa yaa Mr Wonggg..dulu saya ada beli 2 videocam dari you"... balas aku ...Haha sambil gelak untuk hilangkan rasa malu....Aku merasakan tak patut...memang tak patut..orang ingat kat aku tapi aku selalu sangat tak dapat mengecam akan orang..tapi ini bukan salah aku..Emm cuma kelemahan aku...Huhuu...

...Kami berbual kosong sambil bertanya itu ini termasuk hal kesihatan sesama sendiri..Aku ingat lagi antara kata2 dari Cina non Muslim ini.."Ye laa Wan kita mesti jaga dan hargai kesihatan yang Allah kasi sama kita"..Pandai apek ni bercakap..Aku mengiyakan saja apa yang dikatakanya..sebab memang betul le apa yang dikatakan tu...

...Yang membuatkan kami becerita soal kesihatan ini sebab kat sebelah kami ada dua orang budak muda ..aku kata budak sebab dari raut muka diaorang memang nampak muda sangat,makan minum pun tentunya masih diberi oleh mak bapak lagi...tapi dengan rangginye menghisap sambil menghembus asap rokok dengan lagak orang dewasa...harus juga duit beli rokok tu pun hasil dari belanja sekolah...Ahhh lantaklah bukan depa mintak duit aku pun...

...Bercakap pasal rokok ni aku dulu pun muda muda hisap jugak macam orang lain..konon nampak cool...Tapi bila nak kawin wife aku pernah cakap .."Wan you better quit!.."You better think twice about your money and your life"...So aku tekad untuk berhenti..Bertekad memang senang tapi nak melaksanakan memang payah..memang payah..Tapi payah itu lah yang aku suka..sebab aku suka pada challenge...banyak sangat dugaannya...masa jumpa kengkawan dan kenduri kendara contohnya...Masa tu laa ramai yang murah hati nak menghulur rokok..Sambil telinga menahan pedih dek kutukan dari mereka yang ingat aku hanya hangat hangat tahi ayam...

...Semua itu dugaan dan cabaran...ada yang boleh menyahut pelbagai cabaran dan mampu mengatasinya seperti memanjat gunung,trekking,scuba dan pelbagai lagi rintangan yang hebat hebat dalam hidup yang membabitkan tenaga juga perasaan...Namun mereka tewas berjuang untuk diri sendiri,untuk kebaikan dan kesihatan...ada yang pernah berhenti tapi sambung balik selepas beberapa lama..ada jugak yang terus mengaku kalah sebelum berjuang...Kuat dalam satu perkara tapi lemah pulak dalam hal yang lainnya...Lemah dalam mengawal nafsu..Ada yang kata menghisap rokok ini hukumnya makruh,ada yang kata haram,ada jugak yang kata ianya meniru perilaku jin..sebab jin makan asap..Ha haaa...Entah lah...

...Tanpa heran atau takut dengan larangan serta kempen dari pihak kerajaan penagih rokok terus terusan membeli serta menghisap tak kira dari mana sumbernya sama ada ianya rokok seludup atau sebaliknya...Apa yang jelas rokok berjenama sekarang merupa kan keperluan mewah bagi yang mampu...bagi yang kureng sikit tu mampu juga laa membeli tapi hanya jenama yang murah yang banyak terdapat dipasaran sekarang nih...Mereka tak peduli semua itu...Apa yang penting muncung mesti berasap...Melados tetap pasti!

..Aku berhenti merokok dulu pun bila melihat lebih banyak buruk dari baiknya..tapi yang jelas tak ada apa pun yang baik dari perbuatan itu...Mulut boleh berbau busuk,gigi kuning,nafas semput dan antara lain lagi..darah menjadi pekat,peratusan untuk mati cepat berpunca dari amalan merokok dengan mengidap pelbagai penyakit memang tinggi.Bagi vitamin pulak,vitamin C tak akan lekat dalam body penghisap rokok,sedangkan vitamin itu antara yang terpenting seiring dengan vitamin B Complex,vitamin E,CoQ10,Omega 3,dan lain lain yang perlu ada pada tubuh kita setiap hari...ini cerita betul..bukan lawak bodo..


...Sekarang ni dah jadi semacam satu trend bilamana kita boleh lihat merata2 bebudak muda yang melepak sambil menghisap shisa atau hogah yang mana tembakaunya mempunyai pelbagai perisa..kebiasannya mereka menghisap secara berkumpulan dengan hanya menggunakan satu alatan dan dihisap bergilir2..ini sebenarnya mendedahkan mereka dengan penyakit hepatitis pula selain lain2 penyakit yang berkaitan dengan amalan menghisap asap rokok...Kerajaan mengatakan rokok seludup lebih tinggi bahaya nya berbanding dengan yang 'halal'.Tapi bagi aku kalu dah namanya rokok tak kira le apa pun labelnya,bahaya tetap bahaya...


...Di hospital kerajaan sekarang pun sudah ada klinik 'Quit' untuk mereka yang mahu berhenti merokok..atau alternatifnya bagi yang lemah semangat pelbagai ubat boleh dibeli dari farmasi2 untuk tujuan itu...Jadi tak kira lah apa cara atau kaedah sekali pun,samaada cara moden atau traditional..mau pun yang hanya berbekalkan 'Will Power' macam yang aku praktikkan dulu...pokok pangkalnya mesti cuba..Jom kata Tidak Pada Rokok...Jom sama sama...




P/s:- Alhamdulillah berkat usaha dan sabar aku berjaya..hingga sekarang dah lebih dua puluh tahun aku berhenti dari menjadi penagih rokok...

P/s :-Di kebanyakan gig yang aku pergi sekarang..kurang sangat aku
lihat mereka yang merokok berbanding dulu...Ini satu petanda baik ...munkin?