Total Pageviews

Monday, September 27, 2010

..Selamatkah Kita Di Tanah Air Sendiri?

Aku suka bertanyakan soalan ini pada diri aku sendiri,sebelum bertanya pada orang lain..Setiap hari dalam tv dalam surat khabar apa yang banyak dapat kita baca sekarang ialah kes bunuh,rompak,pukul,peras ugut,rogol dan bermacam lagi cerita jenayah yang membimbangkan..yang paling ringan pun aku rasa kes along simbah cat kat umah orang yang berhutang tapi tak mau bayar..ini pun satu hal..dah sedap2 meminjam buat2 lupa plak ..bukan ke cari penyakit namanya tu..sapa yang tak marah..

..Dengan cerita atau kisah2 yang sebegini memberi makna betapa masyarakat kita telah banyak sangat yang sakit..bukan sakit fizikal je.. tapi sakit dalaman..sakit jiwa dan perasaan ..manusia sudah tidak dapat lagi membezakan antara buruk atau baiknya pada satu2 tindakan yang diambil..

..Bayangkanlah nak hantar anak ke sekolah pun la ni risau,nak hantar pergi tution pun susah hati..duduk dalam rumah risau dok luar pun risau..pernah abang sedara aku yang jadi Polis kat IPK Ipoh tu pun bagitau..Wan tempat kome tu black area tuh..
..Saban minggu ada je kes kecurian yang diberitahukan kepada kami di situ..Dok dalam rumah pintu dan grill kena kunci..keluar rumah kejap nak kutip baju di ampaian..masuk..kena kunci balik …adoi cam penjara plak rasanya…

..Huh..sudahnya nak pegi mana? Nak duduk mana?Atas pokok?Pokok yang ada pun dah banyak yang kena tebang..eheemm..Ishhh ini dah lain kisahnyaa..

...Jika dilihat dari stastik yang diberi oleh pihak berkuasa..kebanyakan jenayah yang terjadi..60% dilakukan oleh warga asing..ini merupakan satu tamparan kepada pihak kerajaan yang selama ini mengamalkan dasar berbaik2 dengan negara luar apatah lagi negara jiran..dengan membawa masuk banyak rakyat mereka bagi tujuan menampung tenaga kerja...

..Orang asing..Ini belum diambil kira yang masuk dengan cara haram..atau dengan alas an melancong kemudian tak dapat dikesan..pasal apa? Pasalnye mereka dah melencong..

..Kes masuk secara haram ini antara sedar atau tidak telah berlaku lama dulu dah..Aku masa tinggal di Banting pada tahun 70an dulu pun dah terdedah akan hal2 seumpama ini..mereka masuk melalui Pantai Morib yang jaraknya dari Sumatera hanya 20 kilometer..dan terus ke kampong2 berdekatan yang kebanyakan penduduknya terdiri dari masyarakat Jawa..jadi masaalah perhubungan dan bahasa langsung tak jadi masaalah..Ini sebagai satu contoh dan pengalaman aku..

..Kalo dikaji buruk baiknya dasar itu tadi seperti di perenggan atas memang ada..tapi yang malang adalah lebih banyak buruk dari kebaikan..tak dinafikan bahawa kaum pendatang jugak memainkan peranan dalam pembangunan negara ini..namun kita terlupa jika berlebihan ia akan mengundang padah..ia umpama air yang jika dituang kan kedalam gelas kosong..apa akan jadi jika kita terus terusan menuangkannya tanpa henti..hummm..

Sayangnya mereka ini ada juga yang tidak tahu membalas budi...madu yang kita beri dibalas dengan tuba…sama juga lah dengan melepaskan anjing yang tersepit..kita balik yang digigit nya..

..Masa aku selalu ke gymnasium Kompleks Belia Dan Sukan Ipoh beberapa tahun lepas ..ada satu mamat ni yang selalu bersama berlatih..Zam namanya..Zam apa pun tah lee..zam zam al kazam kot sebabnya dia ni pandai mengayat..jadi aku dengan yang lain nya turut percaya je dengan apa yang dia cakap..tambahan dia ni pun peramah orangnya..senyum meleret memang tak lekang ..katanya dia army..sememangnya la kat gym tu ramai army ngan FRU yang dok exercise sama..punya la pandai dia ni mengayat orang sampaikan pengurusan gym tu pun dapat kat dia..dia pegang kunci dia jugak yang collect duit ahli tiap2 bulan..ahli baru yang nak register pun kena lalu dia dulu…fuuhh..

..Dipendekan cerita satu ari tu aku ke pejabat Pos dan bertembung dengan Pak Ya RISDA dia bagitau..
Pak Ya - Zam kantoi..la ni ada kat Pusat Tahanan Langkap..

WB - Hahh apa hal nye plak ditahan kat sana?..

Pak Ya - Kita je yang tak tau Wan,dia tu sebenarnya PATI..dia kena tahan masa nak buat MY Kad di Pejabat Pendaftaran ..yang tangkap pun member gym kita gak…budak pompuan yang dia selalu bawak kat gym tu bini no 2 dia budak Gopeng..
*p/s(Undang2 Imegresen ni aku memang fail)

Tiga hari lepas tu aku dapat berita Zam meninggal dalam tahanan akibat bergaduh…Innalillah…di antara kami Cuma Lan Fru dengan Man DBI je yang berpeluang menziarahi jenazah beliau yang dikebumikan di Kg Gunung Mesah,Gopeng..kampung isteri kedua beliau…dalam hal ini aku tak menyalahkan Zam seratus peratus..dah itu mahu nya dan dah itu ketentuan aturan hidup dia..api itulah dari kisah tadi banyak yang dapat kita renungkan dan jadikan iktibar..ntaranya betapa alpa dan lalainya kita hinggakan begitu senang orang luar menyusup masuk..jalan darat?jalan laut?Semua bolos..hinggakan tidak sedar yang di depan mata kita itu adakah musang yang berbulu ayam atau bukan..ini lah yang akan jadi bila undang2 dan hukuman hanya di atas kertas sahaja..Penguatkuasa & penguatkuasaan? Humm..hanyalah penguat tak kuasa..Habis nak salahkan siapa??

..Sekarang bukan masanya untuk menuding jari atau mencari salah sesiapa..sebenarnya semua dari kita perlu menjalankan peranan dan tanggungjawab sebagai warganegara yang cintakan negara dan kedamaian..ada masaalah mari sama2 cuba selesaikan..Sebab kalo bukan kita sendiri sebagai raakyat yang nak menjaga negara ini,siapa lagi?Anasir yang berniat jahat dari luar dan dalam hanya menunggu peluang saja...

Monday, September 20, 2010

...DIAM..

..dek kerana banyak cakap kadang kadang kita terlupa apa yang kita cakap munkin menyebabkan orang sakit hati..untuk itu ada lebih baik..DIAM..

...dan aku lagi suka buat keja dalam DIAM.

..tapi DIAM je pun..kekadang orang ingat kita sombong..pun payah gak tuu..

Monday, September 13, 2010

..Kertas Yang Bernama Wang..

..Berniaga..kira macam dalam politik juga lah..dalam dok berbaik baik..tepuk bahu tepuk punggung,boleh jadi gaduh,boleh bermusuh..munkin disebabkan tiada ketelusan munkin sebab tiada lagi kepercayaan munkin juga sebab tidak lagi sependapat.. atau munkin juga sebab ego masing2..kira biasa la tu..

..Ada juga yang sebelumnya bermusuh akhirnya menjadi rakan kongsi…boleh jilat menjilat..tidur sebantal pe lagii..pun kira biasa le jugak..

..Apa pun itu semua, matlamat dan tujuannya adalah kerana wang..wang..wangg..

..Namun,yang luar biasa bila mana jika tidak lagi sehaluan...ada di antara kita yang sanggup bertindak di luar lingkungan kewarasan akal dan perasaan manusia..ianya tak terkecuali,dan boleh berlaku pada sesiapa pun..tak kira le orang meniaga goreng pisang kat tepi jalan tu ke..mau pun usahawan tahap gaban..tolak menolak,dengki khianat,pijak memijak,tindas menindas...Kononnya aku je yang nak duduk atas..kau dok bawah..

..Antara sebabnya bila manusia telah dikaburi dan tamak dengan wang..wang yang boleh membeli dan memberi apa saja yang ada..kuasa,juga penghormatan..Tapi perlu kita ingat dengan wang juga boleh menyebabkan manusia hilang segala2nya..Malu,takut tiada lagi dalam diri bila akal telah dibalut dengan kertas yang bernilai itu..

..Betapa besarnya pengaruh wang di dalam kehidupan..Belajar pandai2 sampai ke universiti perlukan banyak wang..untuk apa belajar tinggi2?Untuk bila lulus nanti dapat kerja yang baik baik dan akan juga dibayar pula dengan wang..yang tentunya banyak..

...Tapi bila ada wang yang banyak..manusia juga akan banyak/panjang akalnya..
..Bila tiada..cari bagi ada..bila dah ada,tak cukup..cari lagi nak bagi cukup,bila dah cukup,tak cukup2 gak lagi..Tamak..haloba..itu lah kelemahan manusia..

..Dunia,dari dulu hingga sekarang semuanya berteraskan wang selangkah keluar rumah, kita dikatakan sudah membelanjakan wang.. masuk tandas awam perlu ada wang..idak kalo kau tahan le sampai balik umah kang..Nak masuk umah sendiri pun kena bayar jugak..Cukai pintu..Wang lagi..Tanpa wang manusia akan jadi baik dan tanpanya juga manusia akan sebaliknya..Jadi siapa lah kita jika tidak berduit..mertua pun barangkali getik!..

...Alfatihah buat Dato’ Sosilawati Lawiya dan yang lainnya...


P/s: Sori..Aku baru perasan banyak sangat perkataan.. wang..

Monday, September 6, 2010

Selamat Hari Raya



..Pejam celek pejam celek..dah nak sampai ke penghujung Ramadhan,cepat sungguh rasanya masa berlalu..pinggang aku pun tak sempat nak kempis lagi..hehee..Ye la dunia dah akhir zaman..memangnya begitu..kita tak punya kekuatan untuk mengawal semua itu siang,malam,bulan,bintang semuanya atas kuasa dan ketentuan Tuhan yang maha esa..Jadi kita makhluk yang menjadi hambanya terima aje laa..

..Tak lama lagi Syawal pula akan menjelma..jadi di sini aku nak amik peluang untuk ucapkan Selamat Hari Raya Idul Fitri..kepada kengkawan dan jugak followers blog ini sama ada yang add atau tidak, yang ikut secara diam diam dan yang selalu singgah di laman FB aku Rodzuan Zakaria Wan (Gua nampak beb) dan mereka yang sanggup beri komen pakai sms jee tuu (haha banyak duit kome?)..maaf zahir batin semuanya..salam..