...Cuti Tahun Baru China yang lalu saya mengambil peluang untuk bersantai bersama keluarga...Ini pun setelah sekian lama tidak dapat melakukannya dek kekangan masa dan tugas...
...Pertama kali kesini seingat saya munkin dalam 20 tahun lepas atau munkin lebih dari itu...Tak sampai pun seminggu sebelumnya tempat ini telah dirasmikan oleh YB Menteri Besar Perak...Maka dengan itu ianya bermakna telah dinaik taraf sebagai tempat berkelah keluarga.Cuma agak hairan mengapa setelah sekian lama baru kini ianya dinaik taraf… dalam erti kata lain diambil peduli...
...Terletak
lebih kurang satu setengah kilometre dari jalan besar menuju ke Cameron Highland...Jika dari Plaza Tol Simpang Pulai kira kira 8 kilometer...Asalnya
adalah bekas lombong bijih walaupun tidak nampak langsung pun akan kesan kesan
tinggalannya...Seperti lain lain
tempat...Kini mempunyai pelbagai kemudahan seperti tandas, surau chalet serta
pondok untuk berteduh yang boleh disewa dengan murah...Yuran masuk Rm 3 bagi
dewasa dan Rm 1.50 untuk kanak kanak...Saya perhatikan tiada tong atau pun
bekas sampah yang disediakan...Namun itu bukan lah satu alasan untuk kita tidak
boleh menjaga kebersihan tempat ini..Inisiatif atau kesedaran dari pengunjung
perlu ada, jika pelbagai makanan serta minuman boleh kita bawa dari rumah
mengapa tidak dengan plastik sampah nya sekali...
...Walaupun
ketika musim panas sebegini saya perhatikan airnya mengalir deras (saya tidak
turun ke air kerana lebih suka bersantai di bawah pondok) Pernah juga berlaku
kes pengunjung yang mati lemas seprti yang dilapurkan dalam akhbar
dulu...Terdapat juga kolam air panas (suam) yang tak seberapa besarnya namun
padat dengan pengunjung di dalamnya...Melayu, China, India, Sikh, Bangla semua
ada…1Msia kata kao! Ok untuk itu layan aje lah gambar yang ada nih...