Total Pageviews

Wednesday, November 12, 2008

..Berkorban Apa Saja..

..pagi 11hb. Nov,semasa di Pejabat Pos aku dikejutkan dengan berita kes rompakan dan pembunuhan di kedai minyak Petronas berhampiran Gunung Lang,dan melalui sms sorang rakan aku difahamkan munkin mengenali mangsa..saorang 'ustaz' dada aku berdegup kencang kerana semasa di SPA aku mengenali beberapa orang ustaz yang berkerja berhampiran tempat aku bertugas..

...untuk kepastian aku terus menghubungi rakan tadi dan memang betul seperti yang disangka mangsa bukan saja ku kenali malah pernah mengimamkan kami ketika berjemaah di surau semasa tinggal berjiran di Sg Senam dulu..beliau berkerja part time pada sebelah malam untuk menyara keluarga dan anak yang seramai enam orang..

...berkerja part time pada sebelah malam ini sebenar nya aku dulu pernah melakukanya..bukan nya apa.. kerana tuntutan kehidupan yang mencengkam..dengan harga barang keperluan yang semakin naik dan tidak pernah turun turun..aku berkerja sebagai waiter di Pakeeza Restoran kemudian Grandy's,Deli Paris dan kadang kadang berkerja sebagai steward di Syuen Hotel..aku berpindah dari satu tempat ke tempat lain pun kerana mahu kan pendapatan yang lebih...masuk kerja petang selepas waktu pejabat dan balik rumah ketika anak anak aku pun dah tidur kesemuanya..

..aku sedih jugak sebab kadang kadang anak aku pun tau merungut ..ayang ni asyik keja keja keja aje..ye la masa untuk aku bersama mereka amat terhad...sebab mereka tak paham lagi apa erti tanggung jawab..walaupun letih dan penat namun aku tidak pernah pun merungut.. sebenarnya aku puas, puas yang amat sangat kerana telah dapat melunaskan tanggungjawab aku sebagai bapa,suami dan ketua keluarga...semuga usaha aku diberi keberkatan.. untuk mereka aku sanggup berkorban..