Total Pageviews

Thursday, January 8, 2009

Tak Tau Adap ...Biadap..


Baru baru ni aku membawa anak anak,anak sedara dan kawan mereka ke satu persembahan bangsawan di Dewan Budaya Ipoh..nak mengabihkan program ujung tahun..Satu persembahan yang bagus dan kemas bagi aku..ramai juga artis2 tanahair yang aku nampak kelibat mereka pada malam itu..Tapi itu bukanlah isu yang nak aku perkatakan di sini.

Cuma aku nak mengomel sikit tentang sikap sebilangan penontonnya yang berlaku gerek..kata orang Kedah 'gerek' maknanya basikal,tapi gerek yang ini bukan basikal ..langsung takde kena mengena pun..

Ya lah..sebelum mulanya persembahan itu pun dah diperingatkan oleh pengacara bahawa para penonton agar dapat menjaga tingkah laku..tapi apa yang berlaku amat menyakitkan hati dan mata..

aku tak tahu apakah orang kita masih lagi tidak tahu untuk menilai,menghayati atau menghargai seni,ataupun mereka ini ingat saja saja je datang untuk membuang masa dan berehat sambil menonton secara percuma,ataupun datang untuk cari pot tanpa perlu membayar bagi tujuan berdating..nak berjimat dan selamat.. heh! Dah le tu bercakap dengan nada yang tinggi berselang seli plak dengan bunyi hand phone..nyit..nyit..moonyet!!Aduss!!

Biar buta seni atau IT masih lagi boleh dipelajari..tapi kalu dah buta adat atau adap..bagi aku mereka ini selayaknya dikasi..agar tidak nanti melahirkan generasi yang juga tidak tau berbudi pekerti,tidak tahu menghayati dan tidak tau menghargai apa itu seni..jati diri..siapa yang rugi? Kita le sendiri..

p/s: Biar apa warna rambut ku,biar apa pun muzik yang ku dengar.adap dan adat Melayu tetap ku junjung..