Total Pageviews

Monday, April 3, 2017

...Buskers Dulu Dan Masakini...




    ...antara generasi awal yang mempolopori aktiviti busking di Pasar Seni - Nik, ? , Meor...


...Muzik sekarang banyak yang recycled...bukan saja di sini tapi dimana mana pun...Filem filem Barat pun banyak yang menggunakan lagu lagu lama sebagai background music mereka...Tandus idea atau malas nak fikir untuk buat product baru...Tapi itu bukanlah isu yang mahu saya katakan kali ini, cuma ianya masih berkaitan dengan muzik...


...Jika dilihat buskers (generasi) sekarang pun attitude mereka tak sama dengan yang dulu dulu, jika orang lama mereka berkarya untuk survive hidup, dengan peralatan ala kadar cukup hanya dengan sebiji gitar tong...tapi sekarang buskers datang ke port dengan kereta, cukup dengan amp dan segala macam effects...Ok , ok saya faham yang kita tak boleh statik pada tahap yang sama sampai bila bila, zaman berubah begitu juga kita dan persekitaran, maka perlu ada peningkatan, dan ianya tak salah pun...Malang rasanya bila dulu aktiviti para buskers dilabel sebagai pengemis sama jugalah keadaannya dengan OKU yang menjual tisu sambil bernyanyi sedangkan mereka juga 'bekerja dengan menggunakan bakat anugerah Allah...



...Namun situasi telah berbeza, di mana buskers kini telah diberi peluang dan ruang untuk membuat persembahan, bermakna pihak berwajib turut mengiktiraf akan kehadiran mereka...munkin kini kerajaan telah sedar bahawa aktiviti busking bukanlah sesuatu yang abnormal, ia juga merupakan salah satu dari cabang seni yang wajar dihargai, sama juga dengan aktiviti seni lainnya...malah ia juga mampu menyeri selain memberi tarikan kepada lokasi tempat di mana aktiviti itu dilakukan...         



                                                             (gambar sekadar hiasan)

...Cuma apa yang saya agak terkilan ialah mengenai buskers generasi baru yang rasanya tak perlu saya ulas lebih di sini...makna kata kita boleh nampak siapa yang sebenarnya bergerak untuk mencari rezeki, siapa yang hanya suka suki dan siapa yang mengejar populariti!



** Apa pun yang kita lakukan perlu jujur dan ikhlas kerana dari situlah lahirnya jati diri...