Total Pageviews

Thursday, January 30, 2020

Corona Virus (tentera Tuhan)





...Sedia maklum bahawa penyakit bawaan seperti TB (tuberkulosis) jangkitan dari bakteria yang menyerang paru paru telah lama pupus dari negara kita hinggakan satu masa wad untuk pesakit berkenaan telah pun ditutup di Hospital Ipoh...Namun sejak sepuluh tahun kebelakangan ini penyakit itu menular semula...Ini berpunca dari pekerja, pelajar dan pelancung2 asing yang dibawa masuk di mana secara langsung turut membawa bersama pelbagai penyakit yang dihidapi mereka...



...Setelah 17 tahun dilanda SARS kini Coronavirus pula menyerang bermula dr Wuhan, China yg mana seperti dimaklumkan kedua2nya mempunyai kesan yg sama terhadap manusia...Pendapat dhaif dari saya; di negara kita usaha mencegah perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum kaedah mengawal dipraktikan setelah terdapat kes2 baru atau yang munkin meningkat...Justeru menyekat kemasukan pelancung dr China perlu dilakukan sehingga keadaan kembali pulih seperti asal...
...Dengan memberi alasan tidak popular bahawa situasi masih terkawal dan jangan panik; sedangkan ayat itulah sebenarnya yang membuatkan ada di antara kita berada dalam keadaan panik!

...Alasan kononnya pihak WHO (World Health Organisation) belum mengistiharkan 'Public Health Emergency Of International Concern' menyebabkan tiada tindakan dari kita untuk menyekat kemasukan warga China ke sini; sedangkan jika di pentas PBB kita dengan lantang bersuara tentang kemanusiaan terhadap isu Palestine, Rohingya, Syria, Uyghur termasuk mendesak PBB supaya bertindak; kini mengapa pula isu keselamatan terhadap rakyat sendiri dipandang sambil lewa tanpa desakan terhadap WHO (World Health Organisation) berkenaan...atau munkin kita boleh saja laksanakan tanpa perlu declaration dari mana2...Apa yang jelas kita selalu bias dalam melaksanakan apa saja SOP....Lebih malang lagi tidak mengambil iktibar dari pengalaman dalam menangani isu orang asing...😢

...Secara peribadi saya amat simpati terhadap mereka yang bertugas di pintu2 masuk negara serta hospital yang mana risikonya amat tinggi untuk mereka hadapi...Penutup muka keselamatan atau face mask yang dibekalkan hanyalah dari jenis yang paling murah dan tidak selamat berbanding sepatutnya ia mestilah dari jenis N95 9010V atau 8210...Musuh yang boleh dilihat sekalipun payah untuk dikawal ini kan pula yang tidak mampu dikesan dengan mata kasar...


...Kita munkin kemaruk atau pun sebenarnya terdesak untuk menjana pendapatan dengan berusaha menarik lebih ramai pelancung berkunjung tanpa mengambil kira kesan jangka panjang dari sudut sosial dan kesihatan...Dari satu segi ia munkin dilihat berjaya namun sebenarnya kita juga perlu berbelanja besar dlm usaha utk menangani pelbagai isu yg ujud berpunca dari kehadiran mereka (tidak hanya pelancung China jika melibatkan orang asing) Plus & minus; sudahnya untung tak setara mana rugi pula yang mesti kita hadapi dari segi ekonomi, sosial dan psycology! Wallahuaklam😎😤