Total Pageviews

Saturday, October 5, 2013

...Bersih Tidak Mestinya Suci...





...Bab suci bersih memang ditekan kan dalam agama Islam...jika suatu masa dulu saorang bekas Mufti  pernah menegur kebanyakan Masjid di utara tanahair banyak yang kotor...tempat bersolat,apalagi dengan tandas yang amat memualkan..Ini saya akui setelah sering kesana atas tugasan...boleh dikira dengan jari jikalau ada yang bersih...dan bagi yang bersih untuk berbaring didalam nya pun kita tidak akan berasa geli..seperti masjid di Taman Ria, Sg Petani...lihat saja tandas, tempat mengambil wuduk serta tempat untuk bersolat...semuanya bersih dan menampilkan suasana ceria...memang sesuai dengan nama tempat itu sendiri...

...Begitu juga dalam soal penyediaan makanan juga memang dituntut dalam Islam agar umatnya berkira kira...kerana apa yang dimasukkan kedalam perut akan menjadi darah daging seterusnya akan mempengaruhi jiwa si pemakan...jika datang dari sumber yang bersih serta halal, Alhamdullilah! Namun jika sebaliknya? Hahh sendiri boleh jawab...

...Masyarakat kita telah senonim dengan masakan yang disediakan oleh penjual di pasar pasar malam serta restoran2 atau gerai tepi jalan...senang cakap nya makan luar....Err bukan makan di verandah... memang itu pun kira makan luar jugaklah...Kebanyakan dari kita tidak amik kisah dengan cara penyediaan..asal sedap mata memandang, kecur liur je...terus mintak tapaw...atau makan kat situ saja...dari pengamatan serta pengalaman tidak dinafikan banyak amalan yang tidak sepatutnya berlaku...jika dilihat dari penampilan di ruang niaga atau makan semua perfect serta kemas dan cantek...namun sebaliknya jika kita melihat cara penyediaan... mual dibuatnya...satu contoh yang boleh saya ceritakan disini..Mak saya pernah cakap yang dia tidak akan makan atau beli lagi ayam goreng di pasar malam kerana pernah melihat saorang penjual yang terus saja memasukan daging  ayam dari dalam plastik  kedalam tepung sebelum digoreng tanpa ayam tadi di bersihkan terlebih dahulu (bersama dengan air serta darah ayam..Arghhh!) Ketika bekerja di Grandy's dulu daging ayam dari pengilang sememangnya dimasukan kedalam plastik besar sebelum ianya akan dihantar kepada kami serta lain lain pelanggan setelah itu kami akan membersihkannya sebelum di masak...

...Amat malang bilamana satu majlis di Sg petani baru baru ini yang sepatutnya meriah telah menjadi satu tragedi bilamana pengunjung nya mengalami keracunan makanan...semestinya lah tiada siapa pun yang mahu akan terjadinya kejadian yang seumpama itu...namun jika espek kebersihan serta rasa tanggung jawab  diambil kira oleh semua yang terlibat saya percaya perkara ini boleh dielakkan...tak kira lah dimana pun makanan itu disediakan..samaada di hotel lima bintang, restoran, mau pun gerai burger di tepi jalan...Perkara seumpama ini pernah berlaku kepada saya semasa melawat Indonesia lama dulu...Walaupun cukup menjaga perihal di mana untuk makan dan berhati hati dengan apa yang dimakan (kami cuma makan di Restoran yang nampak bersih? Huhuu) namun jelas itu belum cukup untuk menjamin terhindar dari keracunan!!..


...Saya juga pernah menulis tentang pekerjaan saya sebelum ini sebagai cook, kitchen helper serta waiter di beberapa buah restoran ....Alhamdullillah ketika bekerja di Deli Paris dan Grandy's serta Syuen Hotel dulu kami dibahagian dapur memang ditekan dengan kebersihan, prosedur serta kualiti secara menyeluruh dan tiada tolak ansur dalam hal ini semua...Bahan yang dimasak juga mempunyai tempoh yang tertentu breast,wing,thigh,nugget atau french fries..ini bagi memastikan semuanya 'Well Done" tidak mentah atau terlebih masak...suhu fryer juga senantiasa diawasi...beserta dengan pegawai QS yang tidak hanya  memerhati di dapur tapi turut serta di bahagian customer service...bukan saja dari staff sendiri didatangkan juga dari HQ yang menyamar sebagai pelanggan...Jadi jika kita lihat ada kakitangan yang melayan pelanggan secara berlebih2 tu..belum tentu mereka itu ikhlas..tapi disebabkan terpaksa beb haha ha...Kaedah QS  ini memang nya praktikal bagi tujuan untuk mendisiplin kan pekerja serta memantapkan lagi organisasi disamping menjamin kebersihan agar terjaga dan ianya  bertepatan dengan moto kami Quality Is A Must!...sungguh pun begitu bersih saja tidak memadai kerana suci adalah satu kemestian manakala halal adalah wajib...

....Jadinya kita tidak seharusnya tertipu dengan semua yang munkin nampak sedap dan menyelerakan kerana...bersih pun masih boleh dipertikai kan sucinya...