...Kebiasaannya bagi kita umat Islam bila menyambut bulan Muharram selain dari program ceramah yang membawa tajuk berkenaan ialah acara memasak Bubur Asyura iaitu pada 10 Muharam...Ini turut dilakukan oleh kaum hawa di tempat tinggal saya baru baru ini...Bahan asas nya terdiri dari - Kacang hijau, kacang kuda, kacang tanah, kacang merah, tepung, sagu, ubi kledek, sagu, santan kelapa, jagung, pisang, daun pandan, garam, gula putih dan gula merah dan lain lain lagi...Syaratnya dalam menyediakan ia mesti tidak lebih atau kurang dari sepuluh jenis rencah jika tidak ia tidak dianggap sebagai Bubur Asyura...
...Di sesetengah tempat pula bubur asyura ini berlainan cara penyedian serta bahan bahan nya...ada antaranya nya boleh kita lihat sperti bubur nasi biasa saja..ada juga turut dicampur dengan daging serta rempah ratus seperti yang biasa dibuat oleh masyarakat di sebelah Pantai Timur...namun kepelbagaiannya jugalah yang menambahkan keunikan Bubur Asyura ini...Paling saya suka bila ianya dimakan panas2...teringat ketika kecil di Masjid Kg Bharu kami kanak2 diarahkan beratur untuk mengambilnya setelah siap dimasak oleh orang kampung, dan diletakkan hanya atas daun pisang ketika itu...Bayangkanlah diletak atas daun pisang panas panas...Hehehehe...Tapi ianya tetap menggembirakan kami...Bagi orang dewasa pula untuk dibawa pulang kena sediakan bekas atau pinggan sendiri yang dibawa dari rumah...Sungguh meriah dan seronok ketika itu, masyarakat tak kira lapisan umur dan status semua bergotong royong menjayakan program berkenaan...Selepas semuanya selesai menjelang waktu Zohor kami sama sama pula berjemaah...
...Saya tidak tahu akan sejarah bilakah ujudnya tapi seingat saya sejak kecil saya telah didedahkan dengan program gotong royong memasak bubur ini di kalangan khariah Masjid yang berdekatan dengan tempat tinggal kami...Apa pun yang pasti hari 10 Muharram berkait rapat dengan peristiwa Nabi Musa dan ada beranggapan ia juga berkaitan dengan Nabi Nuh...
** Muafakat membawa berkat...Jelasnya program sebegini mampu menyatukan kita...dan itu jugalah apa yang dituntut dalam agama...Barokallah..Aamiin...