Total Pageviews

Thursday, March 30, 2023

Solo Ride - Chemor Shuttle -22nd.Jan 2023

 

...Alhamdullilah, bangun pagi arini macam biasa syukur dipanjangkan lagi umur...Rancangan nak ride menghala ke arah Tambun, Tanjung Rambutan dan seterusnya ke Chemor...InSyaAllah... 



...Belakang tu Plaza Tol Ipoh Selatan...


...Selepas Pekan Tanjung Rambutan, kira kira 4.5kilometer akan sampai di sini...laluan menghala ke Pekan Chemor...
  



..Ok pada yang nak berinfaq/wakaf tu boleh jer contact nombor nih...Saham akhirat kata ko.. 








                       ...Tanah Hitam - Selekoh belakang tu terus saja akan ke Pekan Chemor...
                                            Ride X ni tak banyak berhenti untuk amik gambar...  


..Selesai SoloRide kali ini - Pinji Mewah, Botani, Gunung Rapat, Rapt Setia, Tambun, Tanjung Rambutan, Ckt Kinding, Tanah Hitam, Chemor, Klebang, Tasek, Ipoh, Sri Kinta, Pinji Mewah.
...Alhamdullilah, terima kasih Allah yang meminjamkan tenaga dan semangat...😎


Tuesday, March 21, 2023

..Me Time...Tidur Sekejap pun OK Jer..

 


.
...Ada tikanya kita kena ada masa dan ruang untuk diri seniri, ya 'me time' kata orang sekarang...Untuk lari dari masaalah, lupa dari rasa sakit maupun lapar, sesetengah orang akan tidur dan ianya antara kaedah yang memang praktikal...Walaupun setelah terjaga semua itu akan kembali ke asal, ya kita tak boleh dengan mudah delete semua itu, tapi at least dapat lari, berehat atau lupa dari masaalah walaupun sekejap...


...Fakta, sebenarnya dengan tidur (walaupun sekejap) ia mampu membina semula semangat dan kekuatan dalaman diri individu, itu sebabnya dalam Islam ada menyarankan umat nya agar melakukan qailullah (tidur sekejap) yang mana orang Barat menyebutnya sebagai nap...


Imam As-Syirbini menyebut – “Tidur qailulah itu besar manfaatnya. Ia diibaratkan seperti orang yang bersahur untuk berpuasa.” (Al-Maqsu’ah al-Fikqhiyah, 34:130)


...Selain dari tidur 'me time' boleh juga kita describekan dengan memberi 'self reward' hehe..Sesekali tu munkin, ice cream, murtabak, kopi, TGV, PS4, beskal, buku, magazine, CD, vinyl, DVD atau kasut baru...Hummm apa2 pun mende nih subjective bagi tiap orang...Ajom layan kopi pahit duluuu...
🌻🌷🌹😎☕

Wednesday, March 8, 2023

...Kerja Giler Kata Demer!

 


...Macam biasa lani asal weekend jer aku lebih suka off dari buat kerja, buat walk in sales pun dah jarang lebih pada online jer, delivery pun pakai courier dan memang jauh lebih mudah...So dengan masa yang ada aku akan isi dengan passion sejak kecik...Kayuh beskal! Ahahh!

..Arini dan kali ini serious aku tak tau nak kemana, selalunya malam sebelum tu aku dah plan esok InSyaAllah nak kayuh atau pun hiking ke Bukit Kledang, ye lah kayuh beskal ni kalu asyik ikut laluan yang sama jer pun memang mengundang bosan...So aritu dengan sarapan sebijik kurma, satu tabung air kosong Cuckoo dan setting pada milage, heartrates device dan semestinya list lagu lagu dari Spotify, tak tinggal dengan doa aku mula mengayuh dan haluannya jika dari kediaman aku mengikut arah mata angin Tenggara iaitu ke Simpang Pulai...Dalam 2 kilometer tiba tiba muncul idea untuk mengayuh ke arah Cameron Highland...Yesss!..

...Singgah kejap ke Petronas, Kg Tanjung untuk beli air kotak..Tapi perasa yang biasa aku nak takde ...Kat sini nampak group superbike dalam 20 buah sedang bersarapan...Teruskan mengayuh tanpa membeli apa apa sambil layan lagu, tiba tiba sebijik Road Glide - Harley Davidson menghimpit aku dilaluan basikal dengan amat lajunya..Aku agak dia sedang berlumba dengan lain2 bikers yang ada, dan perasan dia memotong mereka dari sebelah kiri...Sesungguhnya motor besar dengan besar kepala dua perkara yang berbeza...Pfittt!! 

...Lebih kurang beberapa kilometer terasa jugak pelek kenapa laluan sunyi kenderaan lalu lalang hanya sekali sekala, mana semua orang pergi?..Owh munkin sebab cuti sekolah baru saja habis dan jugak  tragedi Batang Kali masih menghantui ramai orang yang 'berasa' risau untuk naik bercuti ke mana mana tanah tinggi, atau juga munkin ramai yang spare duit untuk cuti panjang Chinese New Year yang tak lama lagi akan menjengah....Ahhh, lantaklah itu orang punya pasal apa plak aku yang nak amik pot bagai😅...

...Tak berapa lama mengayuh aku pun tak perasan sebenarnya, tau tau dah sampai di simpang Lubuk Timah, dan terus saja membelok ke situ, jarak dari simpang ke situ adalah 800 meter maknanya tak sampai pun satu kilometer...Laluan nya jugak sunyi sepi takde pun kenderaan yang masuk atau keluar...Lubuk Timah ini adalah tapak 'hot spring bath' dan sebelum ini pun pernah dua kali ke sini dengan family...Dek tak puas hati aku bertanya dengan pengawal di pintu masuk, "Sunyi sebab tempat ni closed ke?..."Buka" katanya ringkas dalam loghat Indon, jadi aku buat kesimpulan apa yang aku sangka di awal kayuhan tadi benar belaka..😎...

...Lepas amik gambar serba sikit, aku keluar dari area situ dan teruskan kayuhan, terjumpa dengan kakitangan JKR yang sedang merepair jalan, kerja overtime ler tu pada hari orang lain semuanya bercuti...Masyukk😎...Sampai di satu gerai yang menjual kraftangan orang Asli aku bersembang dengan owner sambil bertanya itu ini...Jawapan diberi seolah dia sendiri tidak berapa tahu dengan persekitaran situ,atau pun malas nak layan aku yang munkin merupakan orang yang entah keberapa asyik bertanya kan soalan sama, mau tak burn out kawan tu..Huhu...😄  

...Ok, tak lama lepas tu aku ternampak berbalam balam devider yang menjadi landmark permulaan laluan menongkah untuk ke Cameron Highland, asalnya di situ tiada dibina dengan devider oleh kerana kerap berlaku kemalangan dan yang paling tragis bilamana pada tahun 2010 sebuah bas double decker yang menuruni bukit berkenaan dari Cameron terbabas melanggar pembahagi jalan dan terseret ke dalam longkang di jalan bersebelahan yang berkesudahan seramai 24 orang pelancung Thailand dan 3 rakyat kita terbunuh...Aku lupa nak tengok signboard untuk tahu berapa darjah ketinggian laluan itu tapi dapat mengagak jaraknya lebih kurang 2 kilometer untuk sampai ke puncak bagi pengakhiran devider tersebut...



 





...Selepas mengambil gambar aku mula menuruni dengan berhati hati pada kelajuan yang sesuai dan brek belakang yang digunakan sesekali, secara peribadi bagi aku biar menaik atau memanjat bukit walaupun lebih tenaga untuk 'bergelut', kerana menuruni ni bahaya nya lebih dan pada sesetengah tempat terasa jugak gayatnya, tahun lepas seorang rider 'roadbike' jatuh ketika menuruni laluan ini dan  meninggal...Mujur jugak ler 'War Machine' aku beratnya lebih dari 12 kilogram so dari segi handling ia agak selesa dan lebih praktikal (untuk aku)...

...Sampai di Petronas, Taman Bersatu berhenti untuk dapatkan susu kotak brand favourite aku untuk recover energy dan protein sambil berehat sekejap dalam 5 minit, selepas itu meneruskan kayuhan untuk mencapai target milage aku hari itu...






Alhamdullilah, selamat sampai di rumah dengan total milage  52.50 km, dan baru perasan egg banjo malam sebelumnya yang dibeli ada bersama semasa mengayuh tapi terlupa untuk dimakan...Itulah yang selalunya berlaku bila ride tanpa rancang terlebih dulu hingga pump tayar dan lain lain alatan kecemasan pun aku tak bawak...dan ini memang Kerja Giler!😁      
                    





Done!..Alhamdullilah😎🙌