..Yo, asking for support is not a sign of weakness,it is actually a sign of intelligence..it gets you out of a hole and it gives other people an opporturnity and experience to help...WanBeruas
Total Pageviews
Thursday, August 7, 2025
Hidup Perlu Terus...
Tuesday, October 1, 2024
Usah Tamak Jika Berniaga
...Di Perak sebenarnya terdapat beberapa taman tema baru serta lama dan Lost World Of Tambun serta Bukit Merah Laketown Water Park antaranya yang paling maju dan terbaik dari pelbagai sudut...Bukit Merah Laketown diawal operasinya juga mengenakan harga tiket yang agak tinggi, namun setelah menerima saingan dari Lost World Of Tambun (walaupun lokasi masing2 jauh - satu di utara dan satu lagi di selatan) ia menyelaraskan semula harga tiket di samping pelbagai lagi tawaran yang mampu menarik lebih ramai pengunjung...
...Lost World Of Tambun, sebuah taman tema yang telah lama beroperasi di Ipoh, dan 5 tahun pertama operasinya difahamkan tidak dikenakan cukai kerajaaan dan saya percaya MAPS juga mendapat insentif sebegitu malah munkin lebih memandangkan ia adalah join venture antara Perak Corporation Berhad (anak syarikat utama Perbadanan Kemajuan Negeri Perak) dan Sanderson Group...Namun dalam percaturan bisnes berkesudahan ditutup sepenuhnya setelah 3 tahun beroperasi...2017 - 2019...
..Saya teringat akan kata2 orang lama - Orang tamak selalu rugi dan biar genting asal tidak putus!
...Yang terbaru di Batu Gajah menghala ke Tanjung Tualang terdapat satu lagi taman tema berkonsepkan extreme park yang dibuka pada April 2024, secara peribadi saya sendiri belum sekalipun berkunjung ke situ dan terlalu awal untuk memperkatakan samada berbaloi atau tidak dengan harga tiket dan fasiliti yang disediakan..Samada ianya mampu bersaing, kita tunggu dan lihat saja dulu...
...Kesimpulannya, selain modal, kecekapan pengurusan dalam bisnes untuk terus bersaing antara perkara penting dan tunjak dalam meneruskan kelangsungan...
Tuesday, September 24, 2024
..Bunga Kemboja Aku...
....Suatu masa dulu kuntuman bunga kemboja puteh dan bunga tanjung yang gugur selalu jer aku dan mak kutip di laluan tepi laut pekan Lumut ketika berulang ke hospital dari Kg Bharu untuk menziarah abah...Ambik cium dan selitkan di telinga, bunga tanjung pula dibawa pulang dan mak akan masukkan dalam bekas bercampur dengan bedak sejuk, dengan bau wangi yang menusuk hidung memang best...tapi bagi sesetengah orang kononnya ia berkait dengan unsur mistikπ...
...Baru2 ni aku tanam betul2 atas hujung kepala Muhammad Firdaus dan mak walaupun masih kecil tapi telah berbunga ketika musimnya, dan aku pernah memarahi saorang budak sedang dia memetik bunga itu ketika aku datang menziarahi...Sebagaimana aku sayang Muhammad Firdaus begitu jugalah aku sayang pada pokok dan bunga yang aku tanam untuk dia, jangan ada siapa pun yang berani dan cuba mengganggunya...
..Sekarang bunga kemboja dah ada macam2 species dan pelbagai warna boleh kita jumpa, yang kata orang hasil dari kacukan dan dibawa dari Thai, Vietnam juga Kemboja mudah boleh kita lihat ditanam merata tempat bukan lagi seperti dulu hanya banyak di perkuburan...Cuma mushkilnya sekarang nih bunga Raya, ye bunga kebangsaan pulak yang payah sangat nak kita jumpa...Nape?
Thursday, May 30, 2024
Teringat Dulu Dulu...
...Sabtu semalam aku dua beranak 'main beskal' di hutan simpan Kledang Saiong yang terletak atas bukit sebuah bukit di Meru Raya, Ipoh...
..Abis bermain perasan di depan Kaunter Tiket ada saorang penjual ais krim..So apa lagi, di tengah keletihan dan panas terik aritu kami pun 'layannnn'...
...Ini buat aku teringat masa kecil dulu ais krim ini datang nya dalam keadaan sebatang panjang dan ia akan dipotong2 kemudian dikepitkan dengan roti bun dan itulah alasannya kenapa kami menyebutnya sebagai ais krim potong...Perisa yang pelbagai keladi, durian, coklat, jagung dan favourite aku semestinya durian dan jagung...Harga cuma 50 sen berbanding aku aku beli semalam empat ringgit dengan size yang kecil...Rasa macam nak merungut (dalam ati) tapi memang tak sampai hati bila sendiri faham mengenangkan harga semua barang seumpama geraf cuaca yang makin (panas) tinggi...So layan jer laaa..
Monday, April 29, 2024
Lawan Kita Untuk Hidup!
...Aku pernah keje jadi waiter, jadi cook, jadi steward kitchen hotel, pernah niaga kueh, jual muruku, mercun, bundle bagai, tebas rumput, trading & supply..Ada part dan masa peak ada jugak masa mendap...Travel utara selatan buat walk in sales, delivery, collect utang kekadang dapat kekadang kena kencing, back stabing dari orang terdekat..Drive dalam ribut dan ujan lebat beberapa kali di North - South highway waktu tengah malam...Panic attack..adakalanya terasa amat payah semua tu..tapi bila kita tengok ada yang lebih struggle, timbul rasa syukur yang kita tak kesaorangan dan tak seteruk mereka...Syukur, yang mana semua kita mesti ada...Konklusinya kita kena selalu pndang orang di bawah dan terapkan rasa qanaah..InSyaAllah...Semua akan mudah...
P/s: Tiada excuses dalam melaksanakan tanggungjawab yang kita galas untuk family, family, family dan diri sendiri...Hidup mesti terus!
π·π»πΉπ₯
Monday, March 11, 2024
...Peneman Misteri...
...Kucing nih akan selalu ada bila aku datang ziarah Muhammad Firdaus tiap hari selepas Subuh, selalu buat aku terkejut sebab ia akan muncul tetiba jer sambil gesel2 kat kaki aku, tak lama pun dalam 5 minit camtu ia akan hilang di celah2 nisan yang ada...Mane mari?? Entah Wallahu a'alam...
Friday, September 29, 2023
..Parlimen Kini Dah Ramai Panglima...
With the threat of imprisonment they are building their way.
If you escape, if you resist,
you don't have solutions,
you will be killed.
Tuesday, April 25, 2023
Kapcai Honda - 70 Petak...
P/s: Kita idup nih susah buat cara susah, ukur baju ke badan seniri (myself reminder)
Tuesday, March 21, 2023
..Me Time...Tidur Sekejap pun OK Jer..
Wednesday, November 23, 2022
GIGI!..
...Masuk satu fizikal muzik strore kat KL baru2 ni...Berprasangka kan aku tidak mengenali so brader yang jaga tu introduce band nih dengan panjang lebar, aku dengar dan raikan jer cerita diaπ..Sebenarnya aku dah lama kenal dan layan band ini sama jugak dengan band Indon yang lainnya seperti Dewa, Slank, Element, Gong 2000..Kalu time sekolah dulu The Mercy's, Favourite Group, D' Lloyds, God Bless...
...GiGi band, aku paling suka pada suara Armand Maulana (vocalist) dan Dewa Budjana ( Guitarist) Dewa Budjana ni banyak menerbitkan album solo dan dalam album beliau banyak berkolobrasi dengan artis/musician 'mega' dunia antaranya seperti Jordan Rudess - Dream Theater (keyboardist) Marco Minneman - Aristocrats (Drummer) Mohini Dey - ( Bassist) kelahiran Mumbai, India...
...Tak kisah asal mana, apa genre kalu muzik kamu bagus aku tetap layan...
P/s: Tapi dorang datang sini bikin konsert serious aku tak tau...Pfitt!!ππ₯΄

.jpg)










