..Yo, asking for support is not a sign of weakness,it is actually a sign of intelligence..it gets you out of a hole and it gives other people an opporturnity and experience to help...WanBeruas
Total Pageviews
Saturday, November 30, 2013
...Jalanraya Bukannya Tempat Berlumba...
...Dimana mana kini boleh kita lihat penunggang dengan motorsikal berkuasa tinggi..hatta di ceruk kampung sekali pun...dengan tahap ekonomi yang kukuh kebanyakan dari mereka terdiri dari para eksekutif, selebriti kakitangan awam mau pun pemilik kebun kelapa mampu melayan hobi yang mahal ini...Sering ke utara saya biasanya akan melihat mereka ini menunggang secara berkonvoi...Aktiviti/bergerak secara berkumpulan sememangnya bagus di mana jika seberang perkara yang tidak dijangka berlaku soal bantuan tidak menjadi masaalah...dan ini jugalah positifnya...semangat setia kawan...
...Cuma bila berada secara berkumpulan ini selalunya mereka lebih mementingkan diri serta kumpulan mereka sahaja tanpa memikirkan pengguna lain dengan menunggang secara berbahaya...Berkonvoi dengan suit mewah serta helmet yang berharga ribuan ringgit membuatkan sesiapa yang melihat teruja apalagi si penunggangnya...sering bersama Marshall yang akan 'membuka jalan' untuk mereka walaupun di traffik light yang mana mereka tidak perlu berhenti ketika lampu bernyala merah mau pun memperlahankan kenderaan masing masing...jika di lebuhraya akan menunggang di laluan paling kanan yang semestinya lorong untuk kenderaan dipandu laju...jika menyebut dipandu semestinyalah kenderaan tersebut mempunyai empat roda yang jika laju sekali pun peratusan selamatnya lebih, berbanding motor (2 tayar) ...yang mana saya kira lebih selamat jika menunggang di sebelah kiri...namun menunggang dengan berhemah tidak boleh diambil remeh...
...Pernah satu malam yang gelap dalam pukul 9 di highway Bukit Merah saya hampir melanggar (sempat mengelak) sebuah motor besar yang terbungkang di laluan kanan...Mengucap panjang saya ketika itu...Saya tidak pasti apa yang terjadi pada penunggangnya serta pengguna lebuhraya lain di belakang kenderaan saya...Frankly cakap laa...memang kecut perut melihatkannya...sekali lagi di Lebuhraya Juru yang sememangnya senantiasa sibuk sebuah motorsikal di hadapan kenderaan saya telah dibaling dengan 2 botol besar mineral berisi air setelah penunggangnya 'bermain main' saya melihatnya dengan perasaan gayat..Bayangkanlah jika penunggang itu jatuh dan pemandu BMW yang membaling itu pula terbabas...Pastinya kecelakaan besar akan berlaku kepada mereka juga kami pengguna lebuhraya lainnya...
...Tidak faham mengapa pengguna jalanraya ini kebanyakannya seolah hilang pertimbangan serta peradapan bila memulas thortle...jika dikatakan mereka bayar cukai jalan...pengguna lain juga melakukan perkara yang sama.....sedangkan mereka pula tidak perlu membayar tol...Tak rugi jika saling hormat menghormati hak pengguna lain...tiada satu pun alasan untuk kamu berbuat apa saja di atas jalanraya....setiap pengguna jalanraya mesti berhati2 tak kira jalan tu lurus atau bengkok..naik motor atau pun berjalan kaki...kerana jalanraya bukan nya taman permainan...
..Arwah kenalan saya dulu juga penunggang superbike di mana helmetnya cuma calar sikit saja namun nyawa beliau menjadi galang gantinya...Espek keselamatan munkin telah diambil kira lengkap dengan segala accesories protection namun itu bukan satu jaminan bagi sesiapa jua jika menunggang dengan berbahaya...Ayat klise dari kebanyakan kita pula..."Ahhh dah sampai ajal dia"...Tak dinafikan...ajal,jodoh serta rezeki Tuhan yang menentukan namun kita perlu berusaha untuk mengelak perkara yang buruk dari berlaku...setelah segala usaha dibuat jika malang juga yang menimpa itu baru boleh dikatakan takdir...
..Rasanya dah banyak kali cakap tentang penguatkuasaan dari pihak berkuasa...tapi rasanya perlu diulang lagi lagi dan lagi...Yaa penguatkuasaan serta hukuman yang lebih berat perlu dikenakan kepada pesalah traffiik ini...harapnya tiada lagi kompromi dengan segala macam diskaun serta pembatalan jika itu mampu untuk mendidik seterusnya menurunkan statistik kemalangan serta kesalahan...dalam masa sama mampu menambah income kerajaan hasil dari kompaun serta denda yang dikenakan...
...Tidak dinafikan bukan semua mereka yang tidak berhemah semasa menunggang...namun jumlahnya saya percaya amat sikit...(selama ini pun belum pernah saya jumpa )...Dengan segala macam kempen yang dijalankan oleh kerajaan semua itu tidak akan berkesan selagi pengguna jalanraya samaada yang menunggang, memandu atau pun mengayuh masih lagi leka atau sering menyangka kemalangan hanya berlaku pada orang lain...
P/s : - Sering ternampak Mat Bangla menunggang basikal dan melintas jalan yang sibuk tanpa melihat dulu kiri dan kanan....
Subscribe to:
Posts (Atom)