Total Pageviews

Tuesday, September 24, 2024

..Bunga Kemboja Aku...

 


....Suatu masa dulu kuntuman bunga kemboja puteh dan bunga tanjung yang gugur selalu jer aku dan mak kutip di laluan tepi laut pekan Lumut ketika berulang ke hospital dari Kg Bharu untuk menziarah abah...Ambik cium dan selitkan di telinga, bunga tanjung pula dibawa pulang dan mak akan masukkan dalam bekas bercampur dengan bedak sejuk, dengan bau wangi yang menusuk hidung memang best...tapi bagi sesetengah orang kononnya ia berkait dengan unsur mistik😁...


...Baru2 ni aku tanam betul2 atas hujung kepala Muhammad Firdaus dan mak walaupun masih kecil tapi telah berbunga ketika musimnya, dan aku pernah memarahi saorang budak sedang dia memetik bunga itu ketika aku datang menziarahi...Sebagaimana aku sayang Muhammad Firdaus begitu jugalah aku sayang pada pokok dan bunga yang aku tanam untuk dia, jangan ada siapa pun yang berani dan cuba mengganggunya...


..Sekarang bunga kemboja dah ada macam2 species dan pelbagai warna boleh kita jumpa, yang kata orang hasil dari kacukan dan dibawa dari Thai, Vietnam juga Kemboja mudah boleh kita lihat ditanam merata tempat bukan lagi seperti dulu hanya banyak di perkuburan...Cuma mushkilnya sekarang nih bunga Raya, ye bunga kebangsaan pulak yang payah sangat nak kita jumpa...Nape?