Total Pageviews

Thursday, June 28, 2018

...Cameron 2018...





...Sekian lama tak menongkah bukit untuk ke Cameron Highland.. baru baru ini, itu pun setelah beberapa kali dipujuk oleh anak sulung maka saya dan keluarga ke sana..dan kali ini rasa teramat lega bilamana KakYong jadi driver manakala saya hanya duduk di sebelah...
Muhamad Ashraf dan Muhammad Hafiz tidak ikut kerana mempunyai comitment mereka masing2...





...Apa yang saya perasan sekarang Cameron Highland telah mempunyai banyak hotel2 yang baru dibina dan ia tentu merupakan satu kelebihan bagi pengunjung untuk membuat pilihan dan pasti nya saingan dari segi harga turut berlaku...



...Sepertimana biasa jika kami kesana akan terus menuju ke Pekan Tanah Rata untuk lepak2 di taman yang ada di situ sambil melayan bekalan yang dibawa dari rumah...Waktu pagi tak mengambil sarapan jadinya ini dikira sebagai 'brunch' untuk kami..Tidak lama di situ setelah azan Zohor berkumandang di Masjid Abu Bakar yang berada di atas bukit berdekatan kami terus saja kesana untuk menunaikan tanggungjawab... 

...Selepas solat kami menuju pula ke Boh Plantation yang mengambil masa lebih kurang setengah jam perjalanan dari Tanah Rata...Cuaca amat cantek terang dengan cahaya matahari tapi tetap terasa sejuknya berbanding sebelum ini kami kesana walau cuaca mendung masih juga terasa bahangnya...Hummm, dunia makin tua cuaca pun dah tak menentu sekarang ini...Luangkan masa dengan mendaki bukit yang hampir keseluruhannya ditanam dengan teh, kemuncaknya adalah 8,737 kaki dari paras laut....Terasa tak nak turun pulak...Hujan mula rintik sebelum kami ambil keputusan untuk turun dan minum di Tea Centre bersebelahan dengan kilang Tea Boh. Sayang, kali ini tiada petugas yang boleh membawa/membenarkan kami melawat ke dalam kilang sepertimana sebelum ini...

...Hari makin petang kami turun dari sini lebih kurang pukul 4.45 petang dan terus menghala ke arah Brinchang...Singgah dengan membeli sayur, strawberi dan ubi kledek yang tentunya segar...Seterusnya ke kompleks  Nova Higlands Resort and Residence  untuk makan malam pula.... Saya memang merancang untuk balik pada sebelah malam ini bagi tujuan untuk memberi pengalaman memandu ketika malam di tanah tinggi kepada anak perempuan sulung saya yang belum biasa dengan semua ini...Habis makan kami pun ke kereta dan terus dari sini pulang semula ke Ipoh dan sampai di rumah lebih kurang pukul sepuluh malam dengan rasa letih namun puas setelah seharian berada di tanah tinggi Cameron Highland...🙋