Total Pageviews

Tuesday, April 23, 2013

….Buku Mahathir….



…Buku ini sebenarnya dah lama aku dok ushar…sejak baru keluar lagi nak belinya…tapi disebabkan harganya yang berdentum membuatkan selama ini hanya pegang,angkat dan belek je sebelum letakan semula kat rak kedai…


…Aritu ini masa beli keperluan dapur di Tesco aku nampak buku ni dah dijual pada harga patut dibeli… dari Rm 100.00 sekarang dah tinggal 45.++ hahahaa…Sebenarnya harga yang mahal dulu pun sememangnya patut…memandangkan bukan senang nak menghasilkan sebuah biografi macam nih..cuma poket aku je yang kata tak patut huhuhuu…


…Tak kisah le lambat ke cepat mendapatkannya..kerana bagi aku biar ilmu meninggalkan kita asalkan kita tidak ketinggalan…


…Sememangnya sejak kecil aku suka membaca dan selalu berulang alik meminjam buku2 dari perpustakaan…tapi time tu tak sama dengan masa yang aku ada sekarang nih…Dulu masa banyak yang terluang jadinya peluang untuk menjadi pembaca tegar itu sememangnya terbuka…Sungguh pun masih bersekolah scope bacaan aku tak de barrier semua tajuk aku hayun dari perubataan, sains,sastera,novel,fiksyen,geografi,penyiasatan, sejarah dan paling aku suka ialah buku2 psikologi,adventure dan sikit2  pasal politik yang selalunya aku baca setakat satu bab aje...remeh dan rimas...


…Sesekali ada gak ke Perpustakaan kat Jalan Tambun tu…tapi sayang sekarang masa aku tersangat lah tight nak ke gym pun asyik kantoi sesaje...jadi selalunya ruang untuk aku membaca kini hanya ketika melakukan terapi di rumah…Sekarang ni aku suka bersulam dengan lain2 buku atau majalah ketika mahu menghabiskan satu2 tajuk itu… 

    
…Jadinya untuk buku ini aku kena amik masa entah berapa lama pulak le bagi menghabiskannya…Harap2 mood membaca aku sentiasa ok…sebabnya buku Ustaz Kazim – Tuhan Sedang Menguji Kita yang aku beli sendiri dari beliau pun belum habis aku baca…huhuuu..


P/s: - Masa sekolah menengah dulu aku suka meminjam buku karya Ian Fleming, Enid Blyton dari Perpustakaan Awam Negeri Selangor di tepi Sungai Langat.. :0)



Thursday, April 11, 2013

...Kisah Pak Tam...




…Suatu masa aku pernah ke RSK Taiping dan bermalam di situ..bersama sama dengan penghuni yang sebelumnya adalah pengemis,dan mereka yang geladangan…Lepas isyak aku amik masa berbual bual dengan saorang tua yang aku panggil Pak Cik Tam...Soal bagaimana boleh dia berada di situ,apa perasaannya setelah ditempatkan bersama sama penghuni lain…Maka ini kisahnya…


…Pak Tam semasa mudanya merupakan saorang yang degil dan keras hati..suka melawan cakap ibu dan bapa..Apa yang dilarang itu juga lah yang dibuat…Alasannya untuk mencuba dan kerana sikap egonya sendiri…Kawan2 terdiri dari mereka yang sama sikapnya dengan beliau…Kaki botol,dadah dan perempuan merupa kan aktiviti yang tetap dalam schedule hariannya…  


  ...Berkerja di sebuah kompeni pengangkutan sebagai driver... Bila sampai jodoh Pat Tam pun berkahwin...Ada anak ada isteri..namum kelakuannya tetap tidak berubah malah semakin menjadi2...



...Dipendekan cerita suatu hari anaknya telah mendapat demam panas yang teruk dan sepatutnya memerlukan rawatan segera di hospital namun disebabkan kelalaian beliau sendiri yang tidak pulang kerumah selama 5 hari kerana mengadap meja judi…maka akhirnya anaknya tadi telah meninggal…Ini adalah episode permulaan sisi muram dalam hidup beliau..selepas itu anak keempat beliau pula meninggal dalam satu kemalangan sewaktu pulang dari sekolah…ini pun diketahui beliau selepas beberapa hari…



...Sepatutnya dengan musibah yang menimpa Pak Tam sedar serta insaf namun beliau semakin hanyut...beliau akhirnya menjadi penagih tegar konon untuk melupakan kesedihan atas kehilangan anak anak….sudahnya Pak Tam ditinggalkan oleh isteri dan anak2..lalu kehidupan semakin kacau yang sudahnya beliau dibuang kerja…Untuk menyara kehidupan Pak Tam menjadi ulat tiket serta ulat parking… wang yang diperolehi lebih banyak digunakan untuk membeli dadah berbanding makanan untuk mengisi perut…



...Pak Tam semakin terseksa, kehidupan  semakin sempit dirasakannya…akhirnya pada satu bulan Ramadhan Pak Tam dan lain2 kutu jalanan telah diberkas oleh pihak berkuasa...setelah segala urusan dokumentasi selesai akhirnya beliau ditempatkan di sini…



…Kini antara saat yang paling perit untuk dilaluinya adalah setiap kali menyambut Hari Raya…bilamana setiap kali juga lah hatinya yang keras itu menjadi cair seperti bongkah ais dipanah terik matahari…Beliau akan menangis mengenangkan anak2 isteri yang telah diabaikan sebelum ini..setiap kali Raya jugalah segala kenangan itu menjelma serta menghantui diri dia…Bagaimana ketika isteri dan anak2 memerlukan kasih sayang dan belaian ketika itu jugalah beliau hanyut dalam pelukan perempuan kelab malam…wang gaji semuanya dihabiskan untuk dadah serta perempuan…Makan minum mereka di rumah tidak dipedulikannya…Tiada duit beliau akan berhutang dengan memberikan pelbagai alasan..dan antara alasan yang senonim digunakan ialah dengan mengatakan perlukan duit untuk mengubat anak nya yang sakit..walhal anak2 itu sihat walafiat...Ini sebenarnya umpama doa saorang ayah kepada anaknya…Malang sungguh...



...Pak Tam berkata dia telah bertaubat dan amat menyesali akan segala perbuatan lalu yang mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga…kini dia sedang menghabiskan sisa2 kehidupan yang mengikut Dr hanya tinggal 2 tahun saja lagi setelah disahkan mengidap AIDS…  




…Jadi jika kita mampu serta berkesempatan untuk mendekati insan geladangan seperti ini yang banyak di luar sana,ambil serta  gunakalah peluang yang ada itu sebaik munkin…Kerana banyak pelajaran yang boleh kita dapat serta tauladan yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan…Ilmu perlu dicari…pengalaman wajib kita alami…Walaupun tinggi terbang di langit,usah lupa rumput di bumi…



P/s: - Saya yang menulis kisah ini merasakan pengalaman ini adalah satu 'ubat hati'...bagaimana dengan kamu?            

Monday, April 1, 2013

...Ulat2 Yang Berjangkit...



…Jujur aku katakan aku sememangnya senantiasa menunggu projek terbaru dari band Malaysia yang pertama dalam genre Industrial Death/Grind Core ini…Infectious Maggots...Bermula dengan album DEEP WITHIN OUR GRIEF FACTORY MILK RUNS RED,Unknown  dan  Karat Besi Simfoni...album DWOGFMRR (panjang sangat nak taip) adalah lebih merupakan album experimentasi di mana banyak pengaruh muzik dari band Industrial Metal...Godflesh…

…Pertama kali melihat mereka beraksi pada Gig The Gathering di Dewan St John Ipoh..tak ingat tahun bila...Gig yang mengumpulkan banyak band2 underground ketika itu..antaranya Ruisgnal,Glottis dari ipoh serta Sil Khannaz…Kemudian ketika di Stadium Perak tahun 1988 bersama FTG dan sebuah band RapCore dari Ipoh Carbon 14 (tak pasti)…Ketika ini Fathul sudah pun mengumumkan yang beliau akan meninggalkan lain2 Maggots untuk bersama Spiral Kinetik Circus…



....Seperti  dalam entri terdahulu aku mengatakan amat meminati akan growl dari saudara Fathullah Lukman Yussof…yang juga saorang pelukis dari Alor Setar…Line up asal mereka terdiri dari Pie (Bass),Lan Bear (gitar),Lan Bye (Drum)












Album UnknownSekali lagi cuba berexperimentasi dengan muzik bawaan mereka namun agak jelas akan hala tujunya..Sayang Fathul tidak terlibat dalam album ini kerana telah bersama dengan Spiral Kinetik Circus dengan membawa panji grunge/alternatif yang sedang hangat ketika itu...Namun pengganti beliau saudara Ezan tidak boleh dinafikan kewibawaannya...Growl yang dasyat mampu menarik peminat baru serta mengekalkan peminat lama untuk terus menyokong muzik dari band ini...

....Jangkaan aku bahawa part drum dimainkan oleh machine sama sekali melesit...yang sebenarnya dimainkan sendiri oleh Wira (Athottorgh,Necrotic Chaos)...Mengapa aku katakan ianya terhasil dari machine? Ini kerana tempo permainan beliau pada sesetengah lagu yang amat laju serta tepat pukulannya...Perfect!! Sedangkan aku lebih suka pada sound dan 'kerja' yang ada terkucil disana sini...   




   

....Part gitar serta solo dari Lan Bear serta line up baru saudara kembar Rizal dan Reza amat menarik...kebanyakan lagu mampu membuatkan bulu roma kita yang mendengarnya meremang…Hebat!! Orang Malaysia juga sebenarnya mampu bersaing bersama orang luar…Track terakhir berjodol 'Rain Forest' yang hanya menampilkan plain vocal,plucking gitar serta keyboard...amat dalam mesej dalam lagu ini…mengenai nature yang seharusnya dikekalkan oleh kita bagi generasi akan datang….Double thumbs up untuk album ini…Sayang,disebabkan masaalah dalaman ini menjadikan Unknown adalah album terakhir dari mereka (ketika itu) 




Karat Besi Simfoni – Ini adalah projek yang menampilkan hanya Fathul sebagai line up asal..selain dari itu CD Khanzab - Gitar (Sil Khannaz) Bass - Mikko (The Fallen) dan drum machine…Sound drum machine dalam album ini mengingatkan aku pada album 'Pedita Gila' Sil Khannaz yang turut menggunakannya...Namun citarasa aku tidak berubah walau tanpa lain2 anggota asal Maggots…kerana mereka  yang ada di dalam album ini juga mampu menghasilkan yang terbaik…Bagi aku album ini lebih merupakan album projek solo Fathul dengan rencah asal Infectious Maggots yang masih kekal serta ditokok tambah di kebanyakan part…Nampak jelas akan pengaruh Dewa 19 yang turut menjadi pujaan Fathul…Seperti lain lain album mereka yang liriknya menceritakan tentang kehidupan,alam,perang,motivasi juga cinta...namun satu lagu cinta yang terdapat dalam Karat Besi Simfoni ini bukan memperkatakan kisah cinta tipikal seperti album Rock Melayu era 80an...Arwah BobKu2 yang juga sebagai rakan baik juga turut tidak ketinggalan memberikan sumbangan beliau di dalam album ini…






...I Thrash Therefore I Am…Jika tak silap dalam tahun 2004 di Dewan Chin Woo yang mengumpulkan band2 legenda underground Carburator Dung,Pilgrim, Punisher,Splatter,Nemesis,Naked Butterfly,Mistik juga semestinya Inffectious Maggots…Gig ini merupakan gig terakhir mereka yang aku dapat hadir...Walau hanya 2 – 3 lagu namun itu sudah cukup mengubat hati aku yang datang dari jauh…manakala gig terbaru mereka di Kapura Cave,Lost World Of Tambun aku kantoi disebabkan bertugas di Penang...Adoouuii!!



…Aku difahamkan yang Fathul sedang berusaha mengumpul dana untuk memiliki semula hakcipta album  DEEP WITHIN OUR GRIEF FACTORY MILK RUNS RED (1993) dari label Sonic Asylum…Tapi ini cerita lama yang kini tidak pasti pun akan hujung pangkalnya…Aku pun tak mau amik pot…Cuma yang jelas tetap menantikan buah tangan terbaru dari Ulat2 Yang Berjangkit ini



P/s: - ketika berkunjung ke Balai Seni Dan Visual Negara baru baru ini aku tak berpeluang bertemu Fathul kerana beliau sedang mengendalikan kelas lukisan...huhuuu...palat laa...