Total Pageviews

Friday, May 27, 2011

...Muzik Untuk Semua...



...Aku suka dengar muzik..biar apa pun pilihan lain yang diberi pada minat aku ..tetap aku akan katakan muzik yang jadi pilihan..Pernah belajar secara formal di Yamaha..tapi sayang dengan commitment lain yang perlu aku beri tumpuan lebih..so aku back off..Uhuhuuu...Whuaaa!!

...Taste muzik aku juga pelbagai dari R.Azmi,SM Salim hingga lah kepada Morbid Angel Burzum,Opeth,Behemoth dan yang sewaktu dengannya...Underground,mainstream semua masuk...Tak terkecuali Jazz,Blues,Reggae,Ska,Classical,Rock dan suku sakat yang lainnya..dari slow rock,black metal,death metal,progressive kepada extreme...Huarghh!!Rengkung terkeluaq..Metal keringgg...!!!

...Banyak yang beranggapan bahawa Mat Metal atau mereka yang mendengar muzik extreme ini adalah mereka yang bersikap liar,ganas atau brutal..seiring dengan muzik yang didengar oleh mereka...Ada jugak yang berkata...untuk menilai akan diri sesaorang itu kita boleh lihat dengan mengetahui jenis muzik apakah yang menjadi santapan orang berkenaan..Tapi bagi aku itu tidak seratus peratus...Kerana muzik sama jugalah dengan makanan...Ianya lebih kepada citarasa,terpulang pada orang itu apa selera makannya...Aku munkin minat popia kamu pulak suka apom balik...Begitu juga,kita tak perlu heran jika ada Mat Saleh yang tolak burger ketepi bila lentuk setelah merasa roti canai + air peluh mamak...juga tidak hilang akan jati diri individu Melayu itu jika tak mahu lagi makan cekodok apa bila merasa betapa sedapnya akan nugget..Edeiii citt...Peeirahhh..

...Bila disebut sebagai citarasa,aku tidak mempunyai batas dalam mendengar..pokoknya semua jenis muzik aku akan dengar selagi ianya menarik hati dan mampu untuk membuat kita berfikir dan tenang mendengarnya..Samaada slow atau heavy..Humm kenapa korang kata tak boleh tenang kalo dengar muzik keras?! Sebenarnya bukan dengan hanya mendengar muzik sentimental je kita boleh release tension!!

...In fact muzik merupakan salah satu dari bahan escapism..sama jugak lah bagi sesetengah orang yang kata boleh lepas stress dengan memikat burung,pancing ikan,main snooker dan macam macam lagilah..So kita tak leh marah atau kondem dorang..dan ini lebih baik dari membawa diri kehaluan yang salah seperti contohnya dengan minum arak,amik dadah atau main pompuan Indon atau Vietnam...hehehehe..Konon nak buang masaalah sudahnya banyak lagi masaaalah yang datang...huhuuu..Mendengar muzik juga sebenarnya merupakan hobi yang tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak..Ok munkin nak kena beli cd,dvd atau keset band atau artis mana yang kita suka..Tapi tak perlu berulang2 membelinya kecuali dengan album yang lain pula..nak dengar pun boleh sambil lepak2 kat umah atau dalam kereta..Tak perlu selalu habiskan duit beli umpan contohnya kalo bagi yang gile memancing...(Jangan marah beb ini cuma contoh yang aku bagi)

...Seperkara lagi muzik ini kira satu terapi gak..klu di negara2 maju muzik juga dijadikan salah satu module atau program bagi pusat psycatric..dan salah satu jenis muzik yang digunakan adalah muzik thrash!!.Tak semestinya untuk terapi kita kena dengar lagu slow je...aku masa muda dulu kalo liat nak bangun pagi just turn on Black Sabbath – Falling Of The Edge Of The World!?..he he..sure segar..yearhh,this is my day..Sebenarnya aku ada jugak saja saja tak nak dengar muzik kononnya,tapi tak lama dua ari je..pulak rasa macam ada yang tak kena jee..cam makan nasi ikut hidung plak..he hee...tapi aku percaya ada jugak orang yang tak boleh langsung layan muzik..heran gak aku kenapa..tapi takan le lagu macam Kitaro,Kenny G,Paul Mauriat,Anthony Ventura dan James Last contohnya atau setidak tidak nya S.M Salim,Raihan,Maher Zain,Rabbani ngan Sanisah Huri pun tak leh dengar gak? Klu dah macam tu tak tau le aku nak kata apa lagi kan?...Yang jelas kamu telah membazirkan salah satu dari nikmat Tuhan...BlinkBlink..

...Jadi bagi aku...macam makanan juga lah..perlu ada setiap hari...sama juga dengan mendengar muzik..Tak baca paper seminggu takpe lagi...dengar muzik tidak letih berbanding dengan membaca surat khabar sekarang yang cepat mebuatkan aku jadi bosan..letih dengan cerita2 yang memualkan...lesu dengan cerita ganas yang tak berpenghujung...getik dengan politik...sedih dengan aksi bunuh diri Mat Rempit Sayur di jalan jalan raya...Uhukkk...So lebeh baik duduk kat dining layan Mayumi Itsuwa sambil menghirup kopi susu kambing...Masyukkk...

P/S:- ..Maka tidak lah perlu nak heran jika dah tua pun masih lagi nak layan muzik extreme..Ehem macam aku laaa...hehee..