...Malam sebelumnya tidur awal sebagai energy preparation untuk kayuhan esok pagi...Berbanding tahun lepas yang diadakan pada waktu malam, dan aku terlewat lima minit kerana ketika sampai peserta semua dah bergerak, tanya dengan mereka yang ada di situ "Baru jer lima minit mereka berlepas" Jadinya malam tu aku cuma tunggu acara cabutan bertuah setelah semua peserta sampai di garisan permulaan haha...Sebenarnya aku lebih suka program ride yang diadakan sebelah siang, pagi semestinya...Jadi tahun ini ia diadakan di tempat sama ia itu perkarangan Stadium Perak...
..Aku tiba awal pukul 6.30 tepat dah ada di depan Kolam Renang Tuanku Zara, dah siap setting basikal aku kayuh ke Pasar Tani Stadium ushar apa yang patut, peniaga ramai yang baru bersiap dan ada juga yang lebih awal telah sedia berniaga...
...Mengikut jadual sepatutnya peserta dilepaskan pada pukul tujuh setengah pagi yang berkesudahan pukul lapan baru kami semua mula berkayuh...Itulah masaalah orang kita yang panctual hanya pada waktu berbuka di bulan puasa...Hummm...
Sepertimana biasa jarak FunRide tidak akan lebih dari 35km.& kali ini mengikut program 31km. saja
...Okey, ready to roll!...
...Kami 2 kerat jer wakil Ipoh 80's Headbangers..Jadi laaa...Better than nothing..
(Sek Keb Chepor, Meru)
..Bila dok kat depan nih baru perasan ramainya penyertaan..Haah!!.
(Depan Hospital Raja Permaisuri Bainun)
...Ye, kami ride tanpa kasta..Yang ada hanya 'custom'..IronMan berkaki besi ini
akan muncul di mana mana event ride sejak lama dulu..Respect!
...Brader nih lebih awal sampainya dari aku..Pukul 6am dah ready, dari Cameron Highland katanya...Semangat!...
...Dare to be different dude!...
...Dah macam berlumba pun ada...
.,..Aisey ada roadblock dari Polis plak kat depan tu...Lama gak kena sidai (Jalan Tasek -Chemor)
...Alhamdulillah dengan cuaca yang cantek, tak redup, tak panas dan dengan kerjasama semua rider, Marshall, Polis, JPJ, ambulan, dan lain lain semuanya berjalan lancar dan selamat sampai...Nampak wajah puashati dan happy pada semua rider dah nama pun FunRide! Aku tak buang masa lepas warm down terus buka tayar dan masukkan basikal ke dalam kereta sebelum balik ke rumah untuk bersama keluarga pula ke jeram di Kampung Jahang,Gopeng untuk berkelah...Yelah, aktiviti dan masa bersama keluarga kena juga diberi walau sibuk macam mana pun kita...Kerana dalam hidup ini bukankah kita saling memerlukan......Cewahhh!
P/S: Gambar dari koleksi sendiri dan group FB