Total Pageviews

Monday, March 13, 2017

...Bantuan Zakat & Pengagihannya...






...Dengan situasi ekonomi dan politik yang tidak menentu hari ini ramai di kalangan rakyat yang terasa akan himpitannya...Kesannya lebih lagi pada rakyat miskin yang tidak mampu untuk berbelanja hatta pada perkara yang paling asas sekali pun...Saya menyentuh kepada keperluan belanja pengajian (makan minum tak perlu disebut keran asemua telah sedia maklum ia semestinya perlu) sama ada pelajar sekolah2 juga bagi pelajar pusat pengajian tinggi...begitu juga bagi mereka yang terlantar sakit...


...Kita dimaklumkan statistik kutipan zakat meningkat bagi setiap tahun...ini bermakna ramai dikalangan kita yang telah sedar akan tanggunjawab dalam melaksanakan zakat...Namun ini tidak boleh menjadi penanda aras bahawa pihak yang menguruskan zakat itu sendiri cekap menjalankan tugas mereka kerana diluar sana masih lagi ramai golongan asnaf yang layak mengikut takrifnya - Fakir, miskin , amil, muallaf, al - riqab, al - gharimin, fisabilllilah dan ibnu sabil yang belum terbela akan nasib mereka...


...Justeru dengan itu kita berharap agar Pihak Zakat dan Baitulmal dapat mengambil langkah yang pro aktif dan memberi 'perhatian yang lebih' kepada golongan ini...dan bagi pihak lainnya samada NGO tidak lagi hanya galak memandang dunia luar untuk menyalurkan bantuan kemaknusian dan yang seumpamanya...sedangkan kita wajar untuk memberi lebih perhatian terhadap rakyat sendiri kerana mereka lebih berhak untuk itu...UNITED WE STAND DEVIDED WE FALL!