...Saya, disebabkan tiada pilihan selalunya terpaksa masuk dan makan di sebuah kedai makan Melayu di tepi lombong berhampiran opis...Apa yang nak saya ceritakan kali ini perihal attitude peniaga orang kita, Melayu...In fact Malaysia ni dah lama merdekanya tapi sayang mentality masyarakatnya masih ditakuk lama, kita tak boleh menyalahkan orang lain..penjajah umpamanya, sedangkan kita sendiri yang tak mau berubah...
...Layan pelanggan dengan acuh tak acuh, muka tak pernah manis apalagi nak senyum..Pernah sekali tu masa nak bayar saya beritahu yang saya minum air suam, disahut "Owhh, air lombong"oleh cashier yang juga merangkap tokey juga imam masjid berdekatan...Saya masih boleh bersabar tapi ia bukannya alasan untuk saya datang makan lagi di situ...Saya masih ingat lama dulu seorang tokey yang juga MeLayu pernah bertanya kenapa saya selalunya hanya makan dan tidak minum di kantin beliau, satu soalan yang tak perlu dijawab dan tak sepatutnya ditanya ( sebenarnya sudah menjadi amalan yang saya hanya akan minum sejam selepas makan)
...So ini jugaklah antara sebab saya lebih memilih untuk mengisi perut di kedai mamak...Di kedai mamak hati tak sakit kecuali jika ada yang merokok dekat dengan meja saya...Masuk jer restoran belum sempat duduk pelayan dah tanya nak makan atau minum apa...Kita bukan nak orang tatang, tapi itu lah antara etika dalam berniaga..Ramah, mesra, cepat, cekap..mahal sikit takpe...asal kita sebagai pelanggan nih puas hati...
...Isu sombong dan tak menghargai pelanggan ini bukan hanya berlaku di kedai makan saja, di mana turut berlaku dalam perniagaan lain juga seperti gerai kuih, kedai runcit, klinik, bengkel kereta atau motor, dan begitu jugaklah pasar malam...Saya tak faham sebenarnya apakah dek kerana masaalah peribadi yang dibawa bersama atau sebab kurangnya pelanggan?! Tapi jika dah begitu cara melayannya memang sepatutnya lah pelanggan tak nak datang...Apa pun semua ini hanya mereka sendiri yang boleh jawab...