..Yo, asking for support is not a sign of weakness,it is actually a sign of intelligence..it gets you out of a hole and it gives other people an opporturnity and experience to help...WanBeruas
Total Pageviews
Saturday, May 21, 2011
...Naked Butterfly...
..Band yang menampilkan genre muzik Funk Rock ala Red Hot Chili Peppers,Rap Rock dan Funk Metal ini dimulakan dari cetusan idea Ozz Yussof..Aku tak mahu mencari perbezaan di antara mereka dan band yang mempengaruhi muzik mereka kerana bagi aku Naked Butterfly lain dari yang lain dan mempunyai keistimewaan mereka yang tersendiri...Apa yang terhasil dari apa yang mereka dengar itu adalah merupakan pengaruh sahaja..bukan untuk meniru..kerana pada kebiasaannya band band underground memang committed dengan apa yang diperjuangkan dan mereka memang ‘pure and true’ so no doubt dengan yang lainnya...Suka boleh dengar tak suka pekup aje telinga!!...Buzz off!!..
...Walau hanya satu sahaja product yang dirakamkan tapi bagi aku itu sudah cukup untuk memberikan satu impak yang kuat dalam industri underground tempatan..atau munkin juga diluar negara di mana aku percaya keset2 mereka turut tersebar melalui link UG itu sendiri seperti semua peminat tau...
...Dengan keseluruhan sepuluh buah lagu..Diterbitkan oleh saudara Bullet...Dalam debut album ini terdapat dua lagu yang sama...Victim Of Situation..tapi melalui proses rakaman yang berbeza.. satu secara demo version dan satu lagi secara studio..Kalu mengikut taste aku lagi suka akan versi demo...sebab mood dan feelnya lebih dan terasa lebih ‘tight’..Ketukan drum dari Che Mat bekas drummer Society yang meletup2 serta petikan bass dari Mamal yang konsisten dan laju...disulam pula dengan solo yang menggigit dari Ozz...Design bagi logo kumpulan ini juga adalah hasil kerja Ozz...Keseluruhannya memang menunjukan pemuzik bagi band ini sememangnya professional dalam menghasilkan product mereka..Double thumbs up!!
...Tak ingat..Kalu tak silap aku dalam tahun 97 – 98...mereka pernah tampil melakukan persembahan di Stadium Perak bersama lain2 band...Namun ketika itu kelibat Ozz tiada..dan telah digantikan dengan Eddrie Hashim di posisi lead gitar...Dengan kemasukan Eddrie nama Butterfly Kiss telah diguna pakai bagi band ini...
...Memang memukau akan permainan dan skill dari keseluruhan anggota band ini..ditambah pula dengan sound system yang baik pada malam itu maka hasilnya memang gempakk!!Antara lagu cover yang dimainkan malam itu adalah Paranoid (Black Sabbath) Suara vocalistnya...Adrin sememang pun ada iras Ozzy Osbourne..selebihnya tentulah lagu2 dari album mereka dengan tajuk yang sama juga...
...2004 sekali lagi aku berpeluang menonton mereka membuat reunion pada gig ‘I Thrash Therefore I Am’..Semua line up asal mengambil bahagian.Pada masa ini banyak band2 otai yang turut serta – Inffectious Maggots,Punisher,Slap Death,Nemesis,Carburetor Dung,Mistik dan beberapa band lainnya yang aku dah lupa...Aku rasa ini adalah gig terakhir bagi arwah Boy gitaris mereka dalam membuat persembahan sebelum beliau meninggal dunia pada 2006...(Boy meninggal akibat kejutan elektrik)
...Selepas gig reunion itu mereka terus hilang dan ahlinya membawa haluan masing2....Hingga lah pada July tahun 2010..Ozz telah dimasukkan ke Hospital Sg Buluh kerana mengalami komplikasi pada paru2..Dan setelah beberapa lama bertarung dengan nyawa pada 4hb.Ogos 2010 pukul 3.20 petang,Stone dari Silent Death yang sering menziarahinya memaklumkan kepada aku...Ozz telah meninggal dunia...Arwah telah dikuburkan di Bkt Gantang Taiping...dan dengan kematian dua dari anggota asalnya maka Naked Butterfly turut sama berkubur namun telah meninggalkan satu lagi product classic yang boleh dianggap sebagai cult kepada industri underground tanah air...Sayang ini lah yag selalunya berlaku kepada band band underground tanahair..muncul hanya dengan satu atau dua product kemudian terus senyap...Dan ada juga yang langsung tidak mengeluarkan apa apa material pun untuk dijadikan rujukan bagi generasi yang terkemudian...Tapi Naked Butterfly punya reason yang boleh diterima..Bagaimana pula dengan yang lainnye?..
...Kemana menghilangnya Happy Nightmare,Punisher,Koffin Kanser,Slap Death,Saxo,Modar,Nacromanicide,Hidden,Bazzah,Mistik,Pilgrims,Senseless,Sputum...??
Sekadar menyebut beberapa nama...
P/S: - Ada yang minta untuk membeli keset ini dari aku dengan menawarkan harga yang tinggi..Sori aku tak jual..Sebabnya ini adalah one and only..dan selain lagunya yang best..muzik,quality rakaman atau pun keseluruhannya adalah terbaik dan standing dengan product luar negara!!! Betul cakap punya bro..!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
rilisan ni merentas masa.. sekiranya ia diriliskan pada masa skrg ni konfem boleh jalan/top nyerrrr... haha
Mmg berbaloi aku ada album ni...
Perghhhh..mmg berhantu band nih..kalo dgr lagu2 nih..dah sama level RATM..Audioslave..Naked Butterfly mmg Intelligent music bro..music arrangements mmg padu..lagu2 masih melekat sampai skrg beb
Post a Comment