Total Pageviews

Sunday, July 31, 2011

...Salam Ramadhan...

..Insyaallah esok dah nak posa ...orang Islam macam kita sume...banyak yang dah kelam kabut..siapkan itu ini...nak sambut Ramadhan la katakan..Fuyooo..Caya..Kat kampong nampak suasana meriah macam nak raya pun ada..Kalo di pekan pekan pulak di Pasar Tani..kita boleh tengok macam pesta jee...Ayam,lembu kerbau sume dorang kasi tumbang...kat Pasar Tani Shah Alam dengar cita 9 ekor lembu langsai dalam tempoh 3 jam aje...Perghh...Orang pompuan lagi le sibuk...mana nak siapkan juadah makan malam pastu nak prepare plak untuk bersahur..hari pertama bersahur lauk mesti special sikit...

...Tapi aku ngan family biasa biasa aje...hehehee..Petang tadi konon nak pergi Pasar Malam Desa Aman..sudahnya aku pusing steering singgah je ke restoran mamak kat Station 18...Ok,tapau..tosei,roti canai,capati dan roti naan...hahaa....Ini menu malam kang...Untuk sahur belum fikir lagi...Takde yang special...Hanya ala kadar...Alhamdulillah...Cukup dengan apa yang ada...syukur...rezeki dari Tuhan...Kena insaf dan ingat pada orang lain yang tak berkemampuan...

P/s: - Untuk kengkawan...Selamat Menyambut Ramadhan...

Saturday, July 23, 2011

..Mainan Perasaan..Cakap Kata Hati Part 4...

...Adakalanya jiwa atau perasaan kita akan cuba untuk lari dari rutin atau kebiasaan ...dari suka menebeng di kedai mamak seperti selalu..tetiba lak kita lebih selesa jika minum di rumah saja sambil bersembang dengan anak isteri..tanya dan jawab itu ini..sesuatu akan terasa begitu membosankan jika itu yang menjadi ulangan dalam hidup kita...Opss amalan solat contohnya tak boleh jemu kerana itu sudah menjadi kewajipan..kalo jemu itu maknanya ada yang tak kena..perlu disingkap dan lihat apa sebab musababnya..dan yang jelas datang dari diri sendiri jugak...

...Justeru..itu sebabnya aku lebih suka membuat tugasan di luar atau outstation untuk bertemu dengan orang ramai..walaupun pada hari itu,sebelumnya aku tidak tau siapa mereka..dan bagi yang regular pulak tak dapat aku mengagak betapa mood mereka pada hari itu...bagus ke idak...kalo banyak pesakit sure dorang akan tersenyum sampai ke telinga..idak kalo silap haribulan payment yang aku nak collect pun boleh pending...Adodoiii!!Namun di penghujungnya walau betapa tegarnya hari itu aku akan rasa lebih selesa sebenarnya..Humm kerana tidak berurusan dengan orang yang sama,suasana yang sama setiap hari...Lain orang..lain masa..lain pulak cerita...

...Humm semua ini mainan mind set dan perasaan..namun kita tak dapat lari dari sifat lemah,kerana itu dah memang salah satu dari sifat manusia...Adakala mampu dan adakalanya kantoi untuk mengawal serta menanganinya..walau tiap dari kita punya kelebihannya masing masing...

Saturday, July 2, 2011

…Minta tolong Pak Cik …Saya datang nak makan….

..Pagi Khamis aritu aku ke Medan Mara di Ipoh untuk minum pagi..pagi yang dah nak ke tengahari pun..pukul 11 lebih kurang camtu..Dok kat satu meja..oder char kewteaw..aku pesan tak mahu masin..tapi terlupa nak bagi tau kurangkan minyak..sudahnya kewtew aku yang patutnya basah dengan air jadi lenjun dek minyak..adussss...

...Elok baguih punya layan…datang owner kedai sebelah yang aku oder air suam dan kopi ais darinya.Mula2 dia bercakap dengan nada yang aku kira nak berkenalan,sambil memuji dan berterima kasih sebab minum dikedainya..sebab tolong orang melayu berniaga katanya..Tak pela lagi..Tapi bila dia dah mula membebel tak henti2 berceramah pasal politik..itu tak kena ini tak betul...Kerajaan pilih bulu tak tolong kami orang Melayu nak berniaga..katanya dan terus bla bla bla..pot pet pot pet..aku dah mula boring!...aku dah jadi macam burung terkukur dek nak mengiakan cakap dia walhal aku memang tak berminat langsung dengan cerita dia..Apatah lagi aku datang nak makan bukan nak dengar ceramah politik..Kenyang memang le kenyang..hum kenyang dengar bebelan...Abis makan...aku lap mulut dan terus tanya pada dia..

Pak Cik ni gerai sapa bagi berniaga?
MARA yang kasi.. katanya
MARA tu kira kerajaan jugaklah..Ok lah tu kalo dia dah tolong bagi niaga kat sini..kata aku..

...Lepas bayar aku terus belah..inilah kali pertama dan kali akhir aku datang ke kedai ini...kata hati aku...
..Macam entri aku yang lepas lee..aku tak memihak pada mana2..Tapi fikirlah,sampai bila kita nak ditolong..sampai bila kita nak diberi wheel cha..sampai bila kita nak dibantu..usaha lah sendiri jugak beb...Senonimnya orang kita ni..bila tengok orang lain lebih kita dengki,cemburu...Mula fikir/fitnah yang bukan bukan...namun untuk berusaha sendiri..MALAS!!
..Tahu ke kita betapa sesetengah orang yang berjaya tu bagaimana keadaan mereka sebelumnya?Lagi pun mesti ke dengan hanya diberi bantuan saja baru mereka boleh hidup senang...

p/s:- Usah lah cemburu dengan kejayaan orang lain...Cuma tiru ajelah kejayaan mereka...