Total Pageviews

Tuesday, December 4, 2012

…Banyak Lagi Yang Lebih Penting…



…Yang perlu diambil kira yang perlu diambil pusing..yang perlu di itukan yang perlu di inikan…berbanding dengan kebanyakaan perkara remeh temeh…Ada yang kata nampak UFO terbang atas bumbung rumah…kalu dulu2 deme kata..Uihhh itu le tuju tuju…idak pun pelesit katanya..tapi la ni dah moden tak mandang dah kot mende tu sume…Bila hujan panas waktu tengahari plak..Ada orang besor2 nak ninggal le tuuu…Adehhh…Tapi itu bukan penting pun dan tak perlu amik pot laaa…Melainkan kalau yang nak meninggal tu kamu sendiri…

…Mengikut kajian 50% dari kita berfikir akan perkara2 yang telah berlaku…Fikir camne perkara tu boleh jadi,mengapa boleh jadi...30% lagi akan berfikir perkara yang belum tentu bakal terjadi..dok fikir…Alahaii kalu le jadi camtu,,kalo le jadik camnih..Camne plak!?!..Gelabah tak pasal2…12% pula memikirkan perkara kecil kecil..Makanya hanya 8% sahaja yang akan berfikir apakah yang patut,mesti serta perlu dilakukan....dan bagaimana untuk memajukan diri sendiri sebagai contohnya....dengan 8% ini jugalah yang akan bertindak melaksanakan  strategi yang telah difikirkan sebelumnya…Maka boleh kita lihat betapa tepat ayat dari Al Quran yang mengatakan…”Demi masa sesungguh nya manusia itu senantiasa dalam kerugian melainkan mereka yang tahu”…Ayat ini memberikan pengertian yang amat besar…

…Siapa kata memikirkan perkara yang telah berlaku tidak boleh...tiada salahnya jika untuk dijadikan panduan untuk menjalani kehidupan seterusnya…Ok, contohnya...Betul,semua kita ada membuat kesilapan..Jadi perbetulkan...Sudah memang sepatutnya kita menoleh sekejap kebelakang sambil mengucapkan selamat tinggal kepada semua kebodohan serta kekilafan kita dulu…dalam masa yang sama  pandang kehadapan dan terus jalan dengan semangat dan jiwa yang baru…

…Begitu juga dengan memikirkan perkara yang belum tentu berlaku…

..Kesimpulannya kita dibolehkan memikirkan segala perkara yang lepas dan akan datang…namun perlulah secara moderate…Jika fikir punya fikir sampai tak buat apa apa pun takde maknanya jugak...ia seharusnya  tidak hingga membebankan atau menggangu perjalanan hidup kita…Bagi tujuan selepas itu,kita mampu pula menjana idea serta bertindak secara lebih progresif dan produktif…Oleh itu mari deletekan saja perkara yang remeh temeh dari dalam kepala sama jugak dari mendengar segala percakapan sumbang yang menghentam kita...Masuk telinga kiri keluar telinga kanan…

P/s:-  Jelasnya kita tidak rugi apa apa...Biarkan saja anjing yang menyalak bukit..bukit tidak runtuh..anjing juga yang sakit tekak...