Total Pageviews

Thursday, April 21, 2011

...Masjid Kampung Aku...

...Agak lama aku tak menjengok apalagi nak update blog nih...blog orang lain pun setakat lalu lalang je,nak singgah idak jugak...Hehee macam le aku ni sibuk sangat..Tapi tak dinafi sibuk dengan hal dunia..Itu sememangnya...Sihat ke sakit ke tanggungjawab harus dilaksana walaupun berpada pada...





...Akhirnya setelah bertahun dalam perancangan dan ditunda akan pembinaanya..Maka sekarang kami penduduk kampong dah boleh menarik nafas agak lega..tak boleh lega 100 peratus sebab masih lagi dalam pembinaan,apatah lagi nak siap…macam macam boleh jadi beb..So tahan je la nafas tu dulu…sementara menunggu siapnya yang dijangka sama dengan masa siap Jusco kat St 18 nanti...





...Kat mana2 pun serupa kata aku..kat berek,kampong,FELDA,estet...walaupun masyarakatnya berbilang bilang kategori..tapi sikapnya..ye la dah nama pun manusia..berkomplot,berpuak2 mesti ada..baik muda tua pompuan jugak lelaki...
...Jadi dengan adanya masjid ni..yang mana selain dari tempat untuk beribadat dan lain2..Diharap dapat memberi lebih banyak menafaat disamping dapat mengeratkan kembali hubungan di antara penduduk setempat mau pun sekitarnya..ini bukan apa hanya disebabkan sedikit perbezaan pendapat maka ada hubungan sesama mereka yang sebelum ini terjalin baik telah retak...tapi aku tak amik pot sume tu..kira sume pun aku kawan dan campur,tarak pilih bulu pun...hormat pada yang tua,sayang pada yang muda...Pada yang sebaya..Wa caya luu brader..hehhehe..





...Suatu masa dulu aku singgah bersolat di sebuah masjid di utara tanah air...kenalan aku di situ telah memaklumkan bahawa segala urusan Masjid itu dijaga oleh satu pihak dari sebuah parti politik pembangkang...manakala kawasan itu pulak dikuasai oleh parti pemerintah...dan begitu pun jemaahnya terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dan mereka berkumpul serta bergaul disitu tanpa mengira tentang ideologi parti atau haluan politik mana yang mereka sokong ..ini dulunya jarang berlaku...di mana mana pun kita boleh dengar berlakunya perebutan kuasa,lobi melobi dalam usaha untuk menguasai Masjid..tapi perkara seumpama ini tidak berlaku di situ..Ya,sesuatu yang harus kita puji dan contohi...Seperkara lagi Masjid itu juga mempunyai laman webnya sendiri yang dikemaskinikan setiap hari..jadi jika kita ingin mengetahui apa2 tentang program seperti ceramah contohnya,tanpa perlu pergi dan melihat di papan kenyataan Masjid,dengan hanya melawat laman web nya saja kita sudah boleh mengetahui segala maklumatnya di situ...Kira cantek sangat le kalo camtu..aku rasa banyak lagi tempat2 lain yang mengamalkan perkara yang sama...Harap2 pengurusan Masjid kampong aku ini akan lakukan perkara yang sama jugak nanti...Hummm,kalo dilihat dari progress..rasa rasanya dengan solat Idul Fitri tahun nih dapat le Masjid ni mula digunakan nanti...Aminn..









P/s:Aku saja amik gambo ni bukan apa,saja nak buat kenang2an untuk anak cucu aku nanti,supaya dorang,tahu menghargai dan mengenang..dan mereka boleh dapat tengok walau hanya gambar...betapa ini lah rupanya masjid kampong ini ketika dalam pembinaannya..