Total Pageviews

Tuesday, July 25, 2023

..Dream Theater Kuala Lumpur 2023..

 



...Aku dan anak bongsu minat tegar dengan band nih, dan aku layan sejak dulu lagi sebelum introduce kan pada dia dengan album mereka Falling Into Infinity (1997)...So arini baru terasa nak up citer waktu kami enjoy konsert band nih di Kuala lumpur baru baru ini...

...Beberapa hari sebelumnya aku dah demam agak teruk dan tak kebah hingga hari konsert itu, tapi disebabkan tiket dah beli hotel pun dah booking mau tak mau paksakan diri juga untuk pergi...Untuk konsert ini kami pergi bertiga bersama saorang kawan baik Ashraf...

...Bergerak dari Ipoh dalam pukul sepuluh kot, dalam perjalanan tak singgah mana mana pun dan sampai di Kuala Lumpur terus saja check in hotel dan berihat hingga petang, cuma Ashraf dengan Fauzan saja yang keluar makan dan bersiar siar...Petangnya di sebabkan dekat saja dengan hotel kami jalan kaki ke stesen monorail Medan Tuanku dalam pukul 6 petang, rupanya itu merupakan peak hour bagi orang balik dari kerja makannya sendat dan tengat lah kami dalam monorail tu bertambah pulak dengan cuaca yang panas, dalam aircond pun aku basah dengan peluh...

...Sampai di Zepp keadaan tenang saja dan orang pun masih tak ramai, perasan ada beberapa dari mereka yang ber tshirt hitam Dream Theater dan semestinya merupakan bakal penonton malam nanti, awright...jengok jugak sana sini tak nampak pun booth merchandise...Aku lepak di satu sudut dalam kompleks tu, dengan Ashraf dan Fauzan bersiar siar kemudian membelikan aku sebuku roti fiber, sebenarnya sejak pagi tadi aku hanya makan bubur nasi yang dibeli dari Mc Donald's jalan Gopeng, selain demam perut pun meragam makanya tak berani nak makan sebarangan huhu...  

...Orang dah makin ramai kami beratur untuk ambil tag dan terus masuk, aku prefer masuk awal so lebih senang dan tenang tenang...Sebelum bermula kami layan lagu lagu dan tayangan di screen atas stage, ini yang aku suka pun..Tenang tenang...Kami sebenarnya beli tiket yang paling mahal untuk berdiri di arena 'Diamond' depan stage tapi disebabkan demam aku yang masih belum kebah Ashraf cuba untuk dapatkan sesiapa saja yang sukarela untuk tukar tiket aku tu dengan seat yang berkedudukan di tingkat atas belakang, tak kisah ler rugi dalam seratus empat puluh ringgit camtu...Akhirnya dapat jugak, mamat Sabah tu macam tak percaya dan seronok sangat dapat menonton sambil berdiri depan stage dan aku juga hepi dapat tempat duduk walau agak jauh tapi view amat clear dan selesa ha ha..       




...Tak pasti dalam jadual bila konsert akan bermula tapi tepat pukul lapan setengah stage berdentum dengan The Alien lagu yang memenangi Best Metal Performance pada Grammy Award 2021, dari album terbaru mereka 'A View From The Top Of The World'...Reaksi penonton? Ha ha tak perlu diterang just bayangkan saja bagaimana keadaan kami ketika itu! 

...Sayangnya kami tak dibenarkan mengambil gambar atau video oleh crew yang ada dan hanya dapat snap secara curi curi, hingga di satu masa aku terdengar saorang crew berkata "Don't let me warn you 2nd.time or just take your phone okay! Kepada salah saorang penonton sederet dengan aku...Dalam pada itu di satu sudut berhampiran dengan aku seorang OKU bersandar di atas wheelchair dengan selesa sambil mengambil video tanpa gangguan sesiapa pun...Agaknya geng crew konsert tu kot...Huhu...    


                             














...Kat luar perasan ada beberapa orang menjual t shirt konsert (bootleg) aku yang asalnya nak beli tak jadi sebab kualitinya yang tak setimpal dengan harga, sama jugak ler dengan yang dijual oleh organiser masa kat dalam venue Zepp tu, asal jangan tidak aku beli lanyard band jer...Apa pun kami lebih berpuas hati dengan konsert yang amat hebat, serious jika mereka main untuk dua hari berturut2 pun aku tak teragak agak untuk menonton sekali lagi!    

...Aku regret kenapa tiket2 konsert tidak lagi dijual secara keping macam dulu2..Kenapa mesti dipakaikan macam gelang tuh...Aku regret nape dorang tak main lagu favourite aku dan almarhum anak aku 'Spirit Carries On' dan 'Another Day' infact dalam masa yang sama jugak aku berharap jangan ler dorang main lagu tu sebabnya aku tak mau over react atau emosional!! Berbaur rasa dan perasaan...  

...Apa pun tahniah dan terima kasih kepada Shiraz Projects yang berjaya menganjurkan konsert ini dan aku berharap sangat untuk next coming concert Opeth pula yang akan menyusul! Hah! Biar betul!.. 

Setlist malam itu: - 

  • The Alien
  • 6:00
  • Sleeping Giant
  • Bridges in the Sky
  • Caught in a Web
  • Answering the Call
  • Solitary Shell
  • About to Crash (Reprise)
  • Losing Time/Grand Finale
  • Pull Me Under
  • A View From the Top of the World
  • Encore 
  • The Count Of Tuscany

* Gambar koleksi sendiri, Ashraf & rakan FB


Friday, July 7, 2023

...Eid Ul Adha...

 



Idul Adha baru saja berlalu dan bagi sesetengah orang ia tidak lah semeriah Idul Fitr namun pengertiannya amat deep dan jika diamati betapa ia sehebat pengorbanan Nabi Ibrahim dan anak baginda Ismail...


..Kisah Nabi Ibrahim di mana bermulanya sejarah ibadah korban saolah2 refleks kepada kisah dalam perjalanan hidup manusia di dunia ini... Yang mana kita zahir dan batin disuruh agar berkorban terhadap rasa memiliki pada harta, masa, jawatan, gelaran serta kasih sayang dan pelbagai lagi...dan ianya subjective bagi setiap individu...


..Hakikatnya yang berhak memiliki itu hanya Allah..Jelas kita hamba yang tak punya apa2...


Betapa ibrah terhadap kehidupan dan teguran yang Allah sampaikan secara berhemah tapi kita seringkali saja keciciran..tak 'nampak' atau munkin melihatnya dari sudut pandang yang jauh berbeza..Atau pun munkin langsung tak amik peduli?!...Konklusinya pengorbanan amat perlu untuk dapatkan iman..


Last but not least..Ye saya setuju jika ada yang claim kita perlu pada kehidupan dan isinya, itu lumrah, sedangkan masih perlu berpada2....Cuba amik sedikit ruang masa fikir dan tanya pada diri apa yang kita sudah/akan 'korbankan' semalam, arini, esok, lusa...


...Tangan kiri genggam dunia jemari kanan genggam akhirat...Jom istiqomah dalam mengorbankan nafsu Ammarah yang membelenggu agar digantikan pula dengan nafsu Muthmainnah...Insya-Allah... 

                             ...🌷🌻🌹...


       

Berkorban Apa Saja ( P.Ramlee)


Berkorban apa saja

Harta atau pun nyawa

Itulah kasih mesra sejati dan mulia

Berkorban apa saja

Harta atau pun nyawa

Itulah kasih mesra sejati dan mulia


Hmm...


Kepentingan sendiri tidak diingini

Bahagia kekasih saja yang diharapi

Berkorban apa saja

Harta atau pun nyawa

Itulah kasih mesra sejati dan mulia


Hmm..


Untuk menjadi bukti

Kasih yang sejati itulah tandanya

Jika mahu diuji

Berkorban apa saja

Harta atau pun nyawa

Itulah kasih mesra sejati dan mulia