...Pergi keje naik beskal pun dikata mengada2 walau dah ada kereta, walhal sebelumnya aku dah memang jenuh berbasikal merata Ipoh, dan ulang alik kerja, sebab itu jer yang ada...Serious beb nikmat kayuh beskal ni lain macam ehh...Hanya yang ada passion jer faham semua tu hehe...
...Kali ni aku just nak mengimbau kisah lama...Ye lah bila dah makin berumur nih kadangkala semua tu datang balik dalam fikiran, rasanya orang lain pun sama kot...Teringat masa umur 18 pernah kena tahan dengan Polis depan Anglo Chinese School, Medan Kidd waktu tengahari rembang sebab beskal takde lampu (ko rasa!?) kemudian aku disuruh pulak tolak beskal hingga hilang dari penglihatan mereka jika tak mau disaman...Tapi yang paling takleh lupa bila kena tahan di tepi jalan Pasir Pinji sebab tak gantung 'L' pada kapcai aku, masa tu dah kawin...Polis tu cuba pau tapi kali ni aku tak kasi chance, aku berdiri tepi jalan tu pekak kan jer telinga dari ayat sarkastik@pau mereka lebih dari setengah jam, sudahnya mereka lepaskan aku tapi itu pun dengan syarat aku kena beli dan gantung L tu dan datang semula untuk tunjuk pada mereka..aku ya kan jer dan terus belah balik rumah mertua di Batu Gajah ikut jalan lain, takde bodoh aku nak ikut cakap mereka...Tak lama dari hari itu aku ziarah Pak Teh (adik abah) yang sakit di HRPB (Hospital Ipoh) masa tu anaknya Kak Misah yang dok di Taman SPPK tu pun ada menjaganya...Di ujung kaki katilnya pulak ada sorang pesakit muda yang bila diamati rupanya salah saorang dari Polis yang cuba pau aku aritu, kedua belah kakinya bengkak dan membesar rupanya dia ada masaalah buah pinggang...Aku perhati kan jer dia yang terbaring atas katil wad sambil dia merenung ke atas siling dengan mata tidak berkedip...Pak Teh bagitau takde siapa pun warisnya yang ziarah Polis tu sebab isteri dan keluarganya jauh di Selangor...
...Selepas itu pernah jugak kena tahan masa naik kapcai bertiga dengan anak sulung yang masa tu kecik lagi,Polis tu sengaja tunggu bawah tangga dalam gelap di tepi Super Kinta (Pasar Besar) Ye aku mengaku memang salah sebab naik bertiga, lesen L mati dan tak gantung L tapi dengan alasan yang aku beri sepatutnya mereka boleh saja memaafkan jika terselit rasa simpati dan timbang rasa di hati mereka, dan sekali lagi seperti kes sebelumnya mereka jugak mintak disuap, dan aku tetap dengan pendirian tak mahu memberikan walau sesen pun, yang berkesudahan aku diberi surat untuk hadir ke mahkamah...
...Sebenarnya banyak lagi kes seumpama yang berlaku pada aku tapi malas dah nak tekan2 key hand phone nih, letih beb..jari besaw screen plak kecik hehe...Cuma bila tiap kali 'terkena' tu dalam hati aku selalu berkata apa untungnya mereka aniaya aku/orang macam tu sume, puas? Tiap ,orang ada jer strugglenya...Takde ke komer rasa bersalah? Mana timbang rasa? Jika tiada simpati sekurang2nya adalah rasa impati, tapi jika itu pun tiada nak kata apa lagi....
Firman Allah swt dalam surah Al-Baqarah: