Total Pageviews

Thursday, October 15, 2009

..Bukan Senang Nak Senang..

Pagi tadi semasa menghantar Nana ke sekolah aku agak terpempan bila melihat saorang murid perempuan sedang parking sebuah kereta Honda Hybrid.di luar pagar sekolah...mak aii pakai kereta mewah untuk ke sekolah?Munkin orang lain dah biasa dengan pemandangan sebegini..tapi tidak aku..Aku kalo ke sekolah naik bas tu pun dah dikira beruntung yang mana sebelum itu hanya maenunggang basikal aje dan pernah jugak berjalan kaki berbatu batu..itu lah bezanya dulu dan sekarang..dan itu dah rezeki masing masing..

..tapi dalam hal ini aku memandang dari sudut yang berbeza sebenarnya.. bebudak sekarang berbeza dengan beudak dulu..la ni celek je mata terus cekoh joystick PS2..dan bagi aku jikalau mampu pun dalam hal mendidik anak anak lebih suka tidak mendedahkan mereka dengan kemewahan..nak apa pun kena bagi depa rasa susah dulu.atau lambat baru dapat...supaya bila dapat sesuatu mereka akan jadi lebih sayang dan menghargainya..sebab mereka tahu bukan senang nak dapat..tapi ada juga orang yang suka memberi kemewahan kepada anak anak..bukan saja sebab mereka sememangnya mampu,tapi lebih kepada sebab tak nak anak anak merasa susah..tak pa lah itu dah cara mereka..

..diGrandy’s masa aku jadi cook dulu ada saorang crew kami budak India Prakash namanya..dia seperti yang dimaklum kan kepada aku anak saorang pegawai di Dewan Bandaraya Ipoh..dia kerja part time sebelah malam dengan aku siangnya dia belajar di Kolej Informatic dan bekerja untuk menampung perbelanjaan kolejnya itu..datang kerja naik bas,balik?hum..jalan kaki.punya la jauh kekadang dalam mengantuk lepas kerja tu aku kesian dan tolong jugak hantarkan dia balik rumah dengan kapcai aku..tengokan rumah nya pun dah tahu dia dari keluarga mewah..nak pergi kerja naik kereta pun boleh,tapi katanya bapak dia tak mahu belikan dia motor..aku paham bapak dia bukan nak mendera tapi cuma nak mengajar..sama jugak lah ceritanya dengan saorang regular client aku..Dr Jaya..semasa belajar di India dia banyak buat kerja part time untuk menampung yuran pembelajarannya,sedangkan bapak dia saorang pemilik kilang Latex..tapi ini pulak atas kemahuan beliau sendiri yang tidak mahu dibantu sepenuhnya oleh keluarga..saya mahu belajar survive..katanya..sekarang ini beliau telah menjadi saorang Dr yang berjaya..dan Prakash..last sekali aku jumpa dia lama dulu di The Mall Kuala Lumpur beliau jadi manager panggung Cathay di situ..merasa jugak le aku tengok wayang free dengan dia..tapi jelas jika diperhatikan memang berbaloi apa yang mereka dapat sekarang dengan apa yang disacrificekan dulu..betul ke bahasa aku nihh..rojakk..pasembur..bukan senang nak senang..

…ini amat berbeza dengan saorang budak melayu yang berkerja bersama sama kami di dapur tu..kuat curi tulang asyik nak merokok jee..kejap kejap..abang saya nak pergi melados jap ye..kejap dia tu tak kurang dari setengah jam punya..tak kan le hisap rokok sebatang pun nak amik masa begitu lama..bila di tegur tentang sikapnya itu..pernah dia menjawab..Bang saya kalo tak kerja kat sini pun bapak saya masih lagi mampu bagi saya makan tau..tengok, motor yang saya pakai tu pun dia yang bayar..aku cuma tersenyum sinis..kesian tengokkan dia yang berbangga dalam bodoh sombongnya itu..?Bila macam tu budak2 ini akan terus leka sebab sentiasa berada dalam keadaan selesa..takde adventure hidupnya mendatar jee..tak nak belajar survive..jadi bila susah sikit dah gelabah..tu pasal dalam kebanyakan rancangan reality TV yang aku tak tengok tapi dengar cerita orang je mereka ni sikit sikit nangis sikit sikit lentok..ape ke hal kau!Kalau macam ni bila ke nak bawak berlawan dengan kera duku berbuluh runcing tu?

Aku?Hah aku memang dah biasa susah lama dulu dah..pernah berdikari tinggal di umah setinggan yang dah senget takde api takde air,panas menggigit bila siang sejuk menggigil bila malam,amik upah merumput tiga beranak dengan anak aku yang sulong masa dia berumur tiga tahun,jadi waiter kena kutip nasi bawah meja yang di atasnya orang sedang sedap menyuap tandoori (kalu nak buang ego boleh cuba kalu tak pecaya)buat dan jual kueh,berniaga dan kena tikam dari belakang,jual bundle kena curi dan kena rampas sebab takde lesen he he…dan macam macam lagilah..hummm..itu semua manis untuk dikenang…ye memang le tak salah memberi kemewahan kepada keluarga jika mampu,kita juga dilarang dari bersikap bakhil..tapi biarlah berhemah dan berpada2...bukan hanya tepuk poket tanya selera..adioss…ha ha..arini aku nak layan Opeth dah lama gak gegendang telinga nih tak layan depa nihh..huarggghhh!!!!