Total Pageviews

Monday, October 17, 2011

...Sihir...Tiada Untung Tiada Baiknya...

..Sabtu 15hb.Aku ke Jitra 1 berjumpa dengan saorang bekas pemilik Pusat Perubatan di sebelah sana.Sememangnya sebelum ini aku tidak pernah berjumpa atau pun berurusan dengan beliau..Semua diuruskan oleh pekerja bawahan beliau.Maklumlah boss besar...Namun itu dulu..kini semua dah berakhir..Saya tak punya apa apa lagi..katanya..dan tanpa diminta beliau terus menceritakan apa yang telah berlaku...Namun aku tidak akan menceritakannya semua di sini sebagai menghormati beliau..

...Mana munkin dapat meneruskan lagi perniaagaannya jika setiap kali masuk ke klinik beliau akan tumbang dan pengsan..bukan 5 - 6 minit tapi 5 - 6 jam...Begitu juga bila pulang ke rumah...untuk menjaga beliau yang sakit maka sisuaminya terpaksa membuat pilihan dengan berhenti kerja..bukan itu saja juga terpaksa menjual rumah yang tidak lagi boleh diduduki...Lebih teruk lagi..di kemuncak permasaalahan beliau terpaksa menjual company dengan harga hanya Rm 2.5 juta...wang bukanlah segala gala baginya ..Namun keperitan yang amat terasa bila kehilangan perniagaan yang sebelum ini bermula dengan kosong...ditambah pula lagi dengan prinsip dan maruah diri yang diperjuangkan sekian lama telah dicemar begitu teruk dan hina sekali...Sebenarnya ini lah yang dimahukan oleh musuh perniagaannya selama ini..Mahu melihat beliau terus tersungkur...

...Ini boleh berlaku dimana mana saja..tidak kira bangsa atau agama... dengki,khianat,cemburu iri hati,ianya sejak zaman berzaman...Iblis dan syaitan tidak mengira kamu siapa untuk disesatkannya...Bila hati sudah dirasuk dengan hasad dengki..manusia kekadang akan lupa diri dan Tuhan maka akan berlakulah pelbagai perkara yang buruk2 seperti menyihir orang lain umpamanya seperti yang dialami oleh kawan aku tadi...

...Namun apa kah yang diperolehi oleh sipelaku? Selain dari kepuasan?? Itu saja..Selebihnya hanyalah dosa yang hanya akan terhapus dengan memohon maaf dari orang yang teraniaya...Namun mampukah bagi mereka untuk melaksanakannya?? Atau masihkah ada kesempatan??

P/s:- Aku hanya mampu memujuk agar beliau terus bersabar,kerana semua kita tahu sabar adalah sebahagian dari iman...