Total Pageviews

Monday, June 25, 2012

...Bukan Senang Nak Senang...Part 1...

...Cuti seolah aritu aku ke sebuah bank..Alaaa bank yang gitu2 tuu..yang kononnye Islamic sangat tuhh..tapi servis dan PR tak setara mana...Lepas je selesai urusan aku keluar dan terus singgah ke tempat peniaga yang menjual jeruk dan lain2 dikaki lima bank tersebut...aku bertanya itu ini kepada budak penjual yang menjawab secara acuh tak acuh tanpa melihat aku tapi terusan melayan sms atau game dari handphonenya...Tetiba datang sorang mamat berdiri di sebelah aku dan terus bertanya dengan lantang...

"Adik,adik mana tokeynya?!Budak tadi menjawab.."Entah"..sambil terusan melayan handphone...Sambung mamat tadi.."Ko tau tak pak cik ni (beliau sambil menunjuk aku) dari tadi bertanya tapi ko buat endah tak endah aje??!!...Kemudian aku pulak
menyampuk.."Humm kalo nak main pun bior le masa pelanggan takde".."Ini ko buat aku macam nak mintak free aje"..Kemudian aku amik jeruk,bayar dan terus belah...

...Sebagai manusia biasa bohong le kalu nak kata mood aku senantiasa je 'bersih'...Tapi kiranya angin aku aritu bagus laa...idak kalo tak merasa la engko dengan duit aku..Bior aku beli kat tempat lain takpe...Munkin dia tak berasa apa2 kalo orang tak datang membeli pun..sementelah tengah musim cuti sekolah tu aku percaya beliau hanya membantu bapanya yang berjualan...jadi orang datang beli ke idak dia apa kisah...

...Berbeza dengan saorang budak yang rasanya berumur dalam 10 tahun yang selalu menjinjit bakul berisi kuih siput serta kerepek di sekitar Pekan Shatin Park...ada 2 – 3 kali bila terserempak dia datang kat aku dan minta aku membeli akan barang jualan nya...Rupanya dia tinggal di kampong setinggan berhampiran dan dari keluarga yang amat susah...disuruh oleh mak tirinya untuk berjualan seperti itu bagi menanggung kehidupan...


...Sebenarnya,kebanyakan anak yatim piatu dan orang miskin lebih komited untuk belajar kerana mereka sedar akan kesusahan keluarga mereka...tapi rasanya ini bagi anak anak Melayu sahaja(Opss bukan semua)...sebab apa aku kata camtu..Ok aku bagi satu contoh...semasa berkerja di Deli Paris dulu..di situ selalu ada satu group anak anak Cina belasan tahun yang datang untuk makan dan berbuat bising..Tapi itu untuk sementara sahaja...tak lama lepas tu semua senyap sepi..mulanya aku ingat depa dah belah..tapi bila diintai rupa2nya semua mereka sedang menelaah buku sekolah...aku percaya dengan secawan kecil Espreso yang berharga Rm 5.00,dengan sandwich atau pie serta croissant..jika dijumlahkan setiap saorang tak kurang dari Rm 20.00 untuk sekali hadap...seminggu 3 – 4 kali...Hahh jumlahkan le berapa...Sudah semestinya mereka ini anak orang berada..namun mereka sedar bahawa bukan senang nak senang dan mereka menghargai segala kemudahan yang diperolehi dengan tidak mensia siakannya..justeru berusaha cuba untuk meneruskan tanggungjawab mak bapak mereka untuk diri mereka serta anak2 mereka pula nanti...


...Untung budak yang bermain handphone tadi kerana beliau munkin dari keluarga yang senang atau kaya...Ruginya pula kerana beliau tidak belajar apa2 dari pengalaman (susah)...Untung bagi budak jual kerepek tadi pula banyak mendapat pelajaran serta pengalaman yang amat berguna untuk masa depannya...dan aku percaya dia akan lebih menghargai akan apa yang di perolehi...wang hasil dari jualan...dan seperkara lagi pengalaman yang tak boleh ditukar ganti di mana semestinya akan lebih cepat mematangkan beliau dalam meniti kehidupan...


P/s : - Orang yang berjalan dalam gelap akan lebih menghargai akan cahaya yang diperolehi...walau pun cahaya itu hanya sebentar dari sebatang lilin yang mencair...