Total Pageviews

Thursday, December 4, 2008












..masa di atas Boh Plantation..




...Cameron Oh Cameron....


..21hb.Nov 08..seperti yang dirancang kami sekeluarga bangun awal dan bersiap siap selepas subuh..kami akan ke Cameron Highland seperti sebelumnya..kami sering kesana walau hanya untuk berkelah,makan makan bersantai dan pulang semula ke Ipoh..


..trip kami kali ini turut bersama ialah anak saudara aku dan sahabat kepada Kakyong..Sara dan Saodah...


..sepanjang perjalanan mereka hanya tidur kerana masih lagi mengantuk...dan di sepanjang perjalanan ..aku lihat terlalu banyak kesan kesan kemusnahan yang dilakukan atas alasan pembangunan..bukit bukau banyak yang ditarah..bukit batu kapur yang berusia ratusan ribu tahun atau munkin jutaan tahun juga banyak yang telah diletupkan...sedih..marah..terkilan..dengan apa yang berlaku..


..kita tidak tahu apa lagi yang akan tinggal..10 - 20 tahun nanti untuk cucu cicit kita selepas ini? atau mereka akan hanya mendengar cerita? Begitu dan begini..tentang itu dan ini..atau hanya dapat melihat betapa indahnya alam tanpa pencemaran atau kerakusan manusia melalui gambar atau video sahaja..aku tidak hanya menyentuh tentang apa yang berlaku di Cameron..tetapi juga tempat tempat lain yang ada di tanah air kita..


...Cameron..dulunya sejuk hingga ketulang tapi kini tidak lagi..kecuali ketika hujan!!Apalah erti pembangunan jika terpaksa membayar dengan harga yang mahal..Hargailah amanah Tuhan ini selagi ia masih ada..untuk kita dan generasi seterusnya nanti..