.....Sehari sebelum acara..training dari Pengkalan - Bt Gajah - Pengkalan... 24 kilometer...
...Lepas solat subuh 15hb.September 2013 aku bergegas masukan basikal ke dalam van...Ashraff dengan Khairunnisa mahu berkayuh sahaja dengan kawan kawan untuk ke Dataran Bandaraya yang jauhnya lebih kurang 12 kilometer....
...Sampai aje ramai peserta sudah bersedia dengan basikal masing masing...macam macam jenis mountain bike, road bike, folding bike dan pelbagai lagi lah...yang murah dari harga Rm 180.00 hinggalah yang paling mahal Rm 32,000.00!!!...
...Dari Taman Dr Seenivasagam...
.... ke tepi Sungai Kinta....
...Acara bermula pada pukul 7.15 pagi dengan mengayuh di sekeliling Pekan Ipoh kemudian terus ke Lost World Of Tambun untuk ke 1st. Water Point...berhenti untuk minum lebih kurang sepuluh minit sebelum meneruskan perjalanan ke Tg Rambutan dan Chemor melalui Tanah Hitam, Changkat Kinding....Kayuhan agak mencabar bila sampai di Tanah Hitam yang mana semua kami mengerah tenaga untuk menongkah beberapa buah bukit yang ada...Untuk Fun Ride ni tiada laluan Off Road yang hanya On Road sahaja...
...Water Point yang pertama..Pakat serbu ingatkan Milo rupanya Chinese Tea....
...Lost Worl Of Tambun...
...Ashraff yang tak suka bergambar selalu akan buat muka ketat..Adehh!!
...Seterusnya melalui Pekan Chemor dan berpatah balik ke arah Ipoh...Kami berhenti sekali lagi di Water Point yang kedua di Taman Rekriasi Gunung Lang...Tidak sepertimana kebiasaan untuk kesini kita perlu menaiki bot yang disediakan tapi kali ini kami dibenarkan melalui sebuah gua dan terus ke taman berkenaan...Kecerian terpancar pada wajah masing masing walau pun letih...Nama pun Fun Ride so kena happy laaa....
...Program seumpama ini sebenarnya elok diperbanyakan lagi dengan penyertaan dari pelbagai lapisan masyarakat majmuk yang ada....ia secara langsung mampu mengujudkan nilai nilai positif seperti semangat kerjasama sesama masyarakat....ini dibuktikan dengan beberapa kejadian kemalangan kecil pada hari itu ketika kami mengayuh...tolong menolong tidak mengira usia mau pun bangsa...Ia juga dapat mendidik kita agar gemar bersukan..Mengikut kajian Malaysia berada pada tempat ke sepuluh dalam dunia yang mana rakyatnya malas bersenam....Bermakna lebih kurang hanya 25% daripada keseluruhan rakyatnya yang melakukan senaman...Dan jika dikira pula stastik dari kalangan bangsa aku percaya orang Melayu paling kurang berbanding bangsa asing...Memang la di Ipoh ni populasi Melayu cuma 27% saja berbanding China yang 37% tapi itu bukan alasan mengapa kita lihat kurang orang Melayu yang bersenam...Untuk bersenam faktor usia bukan penghalang...bagi event ini sahaja peserta paling tua berumur 78 tahun! Begitu juga dengan saorang OKU berumur 60an dengan kaki besi ala terminator (harga Rm 15,000.00) juga tidak ketinggalan untuk bersama...Apa yang penting baca body language pada diri sendiri kemudian pilih saja apa senaman yang disukai..jogging, cycling, gym, aerobik paling tidak pun Brisk Walk...dengan berjalan cepat sajapun dapat membantu mengurangkan/mengawal symptom pelbagai jenis penyakit antaranya darah tinggi, kencing manis, depression....
...Wajah yang sama pada setiap event...
...Kali pertama berbasikal di dalam gua...
...Akhirnya lebih kurang jam 10.15 sampai digarisan penamat...kebanyakan dari kami terus ke booth untuk mendapatkan minuman 100 pLus..termasuk lah aku..Yearghhh!! Hati benar2 puas berjaya menamatkan kayuhan sejauh 50km. pada hari itu... Alhamdullilah!!! Insyaallah next year punya event join lagi...Oleh itu apa ditunggu lagi...hentak kaki jom kita bersenam...kerana bersenam juga merupakan ubat!!