Total Pageviews

Thursday, January 16, 2014

...Kita Semakin Hilang Sensitiviti...





...Walau di mana pun negara dalam dunia ini yg rakyatnya dari berbilang kaum isu  perkauman akan sering menjadi punca pergolakan...ini akan lebih dramatik jika melibatkan sensitiviti ugama, kepercayaan politik serta budaya yang dikaitkan...Masing2 akan cuba mempertahan tiap satu isu yang dibangkitkan...walaupun ada antaranya telah sedia maklum yang mereka hanya cuba menegakkan benang yang basah...


...Bagi menangani apa jua isu pun sikap toleransi harus ada di mana mana pihak yang terlibat selain dari rasa hormat menghormati...namun ini jugalah yang menjadikan  sesuatu yang diperjuangkan jadi kusut masai bilamana ada pihak yang langsung tidak mahu bertolak ansur di mana akhirnya mencetuskan ketegangan...Ini amat bahaya kerana mampu menjejaskan keharmonian yang telah sekian lama ujud serta dipupuk dengan baik sebelumnya...


...Dalam negara yang mengamalkan demokrasi serta kebebasan bersuara ini, semua itu tidak seharusnya dijadikan asas untuk kita berkata serta berbuat apa saja dengan melanggar tatasusila serta peradapan manusia itu sendiri...Setakat ini yang boleh kita nampak hanya sebelah pihak yang terus terusan bertahan baik dari segi tindakan maupun emosi....
 

...Namun mampukah semua ini bertahan...atau pun sampai bila...sedangkan bongkah batu di pantai yang dilihat kukuh pun mampu terhakis sedikit demi sedikit jika sekian lama terus terusan dilanda badai...Umpamakan  batang rotan yang boleh dilentur kemana arah pun..namun jangan lupa sesekali bila rotan itu membidas ianya mampu memakan diri si pelaku...Pelanduk selalu lupakan jerat..tapi jerat tak lupa mangsanya beb!


..Usaha sedang giat dijalankan untuk menjadikan Malaysia  negara maju dan ianya perlu pengelibatan dari segenap lapisan raayat dalam memainkan peranan masing masing...namun semua ini akan tergendala jika adanya antara kita lebih suka membuang masa dengan memperjuangkan isu semasa yang melanggar peradapan manusia...yang tidak mampu menjana anjakan paradigma serta  menghalang kemajuan...seterusnya memberi peluang kepada musuh dari luar serta dalam yang akan menangguk di air yang keruh...Kita seharusnya berfikir serta bertindak untuk maju ke depan bukan kembali pada zaman kuno...


...Ianya umpama menarik rambut dalam tepung...semuanya harus ditangani dengan bijak tanpa ada amarah serta prejudis...Kita tidak mahu generasi yang sebelum ini hanya pernah mendengar akan sejarah hitam 13 Mei akan turut mengalaminya pula sedangkan banyak masa, tenaga serta wang diperlu untuk merialisasikan Wawasan 2020 yang tidak beberapa lama saja lagi akan menjengah...dan kita tidak seharusnya membazirkan semua itu...Sejarah akan tetap menjadi sejarah..justeru apa yang berlaku sekarang harus dibendung supaya tidak langsung menjadi parah!



P/s: - Semakin maju sesebuah negara semakin banyak permasaalahan yang harus dihadapi.