Total Pageviews

Saturday, November 26, 2011

..Salam Maal Hijrah...1433..

..Alhamdullillah...setelah berpeluang mengisi dan menutup buku lama,bermula pula kita dengan buku yang baru...langkah yang baru,niat dan azam yang baru..atau munkin juga ada di antara kita yang akan terus berusaha untuk merialisasikan segala azam yang masih lagi tertangguh sejak dulu..Tak kisah la tu...tujuan serta matlamat mesti jelas..dan apa yang penting seperkara lagi terus berusaha,berdoa dan bertawakal..Insyaallah kejayaan milik kita..Aminnn...Salam Maal Hijrah untuk semua pembaca...

Tuesday, November 22, 2011

...masih ada yang lebih susah...

...Tersentuh hati aku pagi ni ketika mahu ke BIMB..terlihat saorang bapa yang membawa keluarganya yang seramai 6 orang (anak 2 yg masih kecil) bersama isteri di atas motor roda tiga...beliau tersenyum kepada aku tanda terima kasih kerana memberi laluan kepada mereka...

...Kekadang kita berkata yang kita susah namun sebenarnya masih ada lagi insan lain yang lebih susah…Macam aku dulu..pernah tinggal di rumah setinggan yang senget,atap zing tiada letrik tiada air paip..hanya telaga buruk di belakang rumah yang dikongsi dengan lain lain penduduk…amat menyiksakan bila musim kemarau...dengan air yang sedikit..kalo lambat ke telaga jawabnya keringlah air setelah diguna pakai oleh orang lain...sudahnya untuk mandi atau membasuh terpaksa kami ke air terjun Jelapang yang jauhnya entah beberapa kilometer...Tapi alhamdullilah tidak pulak pernah kami merungut atau menyesali akan nasib...anak sulung makin besar dan sudah tahu erti takut akan gelap malam yang ketika itu hanya menggunakan pelita minyak tanah (bebudak sekarang tau ke idak akan minyak tanah atau minyak gas?)berbanding dengan kebanyakan jiran yang mengunakan enjin Honda atau Yamaha...untuk itu aku membeli sebiji bateri kereta second hand yang perlu dicas selang dua hari dan sebatang lampu kalimantang pendek yang mencerahkan rumah usang aku...Humm baru lah nampak batang idung..Biasa la bila selama ini dok dalam gelap tetiba terang so happy semacam je anak aku tu...hehee..

...Agaknya munkin disebabkab masa tu aku suka baca buku motivasi,psikologi dan sikit2buku agama jadi aku masih boleh enjoy dengan kehidupan yang sebegitu..Yelah layan yang seadanya...selalu aku berkata masih ada yang lebih susah..maka bersyukurlah dengan kehidupan...Namun dalam hati tetap tekad akan mengubah nasib diri dan keluarga..Insyaallah...

P/s: - sungguh pun begitu kita tidak boleh menyerah kepada nasib..Tuhan tidak akan mengubah nasib hambanya melainkan hamba itu sendiri yang mengubahnya...

Wednesday, November 16, 2011

..cakap kata hati pT 7...

...semua yang kamu minta dah aku buat dan forwardkan melaui fax,email dan pos..tapi semua jugak lah kamu kata tak boleh terima,tak boleh pakai,sedangkan sebelumnya itu yang diminta..Kamu cuba bermain tarik tali...Ok fine munkin bukan rezeki aku..tapi kesimpulan yang aku nampak di sini..kamu mahu aku sumbat mulut dan poket kamu,baru semuanya ok...Kalo ingat aku jenis yang boleh kamu jadikan 'unta padang pasir'..Sori kamu silap beb..banyak lagi cara halal yang boleh aku praktikkan untuk mencari makan...bukan dengan cara merasuah dan menggadai maruah!!! So kamu boleh belah!!!

Wednesday, November 9, 2011

..Sir Pritam Singh...



...Pagi Sabtu yang lalu aku tak ke out station pun..jadi arini cuma cover sekitar Ipoh je..buat delivery apa apa yang patut..Tak ketinggalan di Old Town Ipoh...Elok masuk ke satu parking lot..aku ternampak saorang lelaki berbangsa Singh sedang duduk di depan sebuah klinik..hati aku terus terdetik..Che Gu Pritam nihh..Eh betul ke? Apa dia buat kat sini?Hati aku kuat mengatakan dia sememangnya bekas guru bahasa Inggeris semasa aku belajar di SMK Tlk Datok,Banting lama dulu...Ye la last sekali aku jumpa dia pada tahun 1979..bermakna dah tiga puluh dua tahun baru arini aku berjumpa balik dengan beliau..kat sini kat Ipoh Old Town...Hahhahahaha...

...Aku beritahu pada dua anak aku yang mengikut sama,sebelum kami sama sama menurunkan barang dan bawa naik ke stor di tingkat atas..sambil lalu di tepi beliau aku buat dek aje...Dalam hati kata karang dah selesai sume kerja baru aku tegur dia..cam biasa bila berkerja aku fokus taknak campur aduk dengan benda benda lain sebelum habis tugasan..itu pasal call atau sms yang masuk pun aku KIV je dulu..hehehe..

...Abis je kerja,aku terus mendapatkannya dan menegur..dia yang mulanya agak terpempan tapi ramah sesudah aku perkenalkan diri dengan lebih lanjut...dan kami pun berborak tentang hal dulu dulu semasa di sekolah...hahhahaa...Rupanya sekarang beliau merupakan lecturer di UTAR Kampar yang mana sebelum ini beliau juga mengajar di USM Tronoh (sekarang UTP)..Pelbagai soalan dari dia,begitu juga aku kepada dia,antaranya..Sir you masih lagi simpan Ford Capri yang berwarna metallic biru tu?? Part ini dia memang terkejut..Hahh !! Macam mana you masih lagi ingat sama saya punya kereta??...Hahhahahaa..aku cuma gelak dan menjawab itu lah antara nostalgianya boss...hahahahaa...Selepas bergambar dan bertukar tukar kad kami pun masing masing meminta diri...dia bergerak pulang selepas anaknya selesai menerima rawatan di klinik itu...dan aku dengan anak anak meneruskan tugas ke lain lain tempat pula...

Wednesday, November 2, 2011

..Fobia & Penyakit Panik ( Panic Disorder)




..Kes Pertama

..anda sedang memandu di lebuhraya..cuaca terang dan damai..namun tiba tiba hujan turun dengan lebat berserta angin kencang..Dada anda berdegup kencang terkejut dengan suasana yang tiba tiba berubah..Nafas makin kencang terasa seakan2 tercekik dan mahu pengsan...Terus anda memberhentikan kereta di pinggir jalan..dan cuba untuk bertenang...setelah beberapa minit keadaan kembali kepada asal...

Kes Kedua

..anda berada di perhentian bas...Bising,hiruk pikuk dengan bunyi deruman injin bas dan suara orang ramai..anda berasa tidak selesa,tergugat dan ingin segera lari dari suasana itu..Tiba tiba anda berasa sesak nafas,pening,perasaan tidak menentu dan terasa semuanya di luar kawalan..lebih teruk anda rasa seperti akan mati ketika itu juga...

Kes Ketiga

Anda sedang berkerja dengan komputer anda di pejabat..Suasana tenang dan selesa tanpa apa2 gangguan..Tiba2 anda terasa seperti ada sesuatu yang menakutkan..Hingga menyebabkan anda berasa panik dan lemah serta menggeletar..Sedangkan anda sedar tiada apa yang perlu ditakutkan ketika itu...

....Contoh di atas adalah merupakan tanda atau symptom yang anda telah diserang Panic Disorder...Penyakit yang banyak memberi impak sosial yang serius kepada pengidapnya...Bukan mereka anti sosial,bukan mereka tidak mahu berjumpa atau bercampur gaul..Tetapi kebanyakan mereka takut atau berasa teragak2 untuk bergaul kerana bimbang Panic Disoder akan menyerang mereka di khalayak ramai..Ini membuatkan mereka berasa malu dan rendah diri...Jika diterangkan kepada orang sekeliling belum tentu mereka akan percaya..kerana secara fizikal selalunya orang lain tidak akan nampak akan perubahan atas diri pesakit..Justeru jadilah mereka ini tidak faham atau sengaja tidak mahu faham dengan mengatakan pesakit sengaja mengada2...???

...Secara peribadi aku banyak berjumpa mereka yang mengalami masaalah ini,dan setiap saorang dari mereka mempunyai versi atau cerita serta pengalaman yang berlainan dan amat menarik untuk dikongsi...Bagi sesiapa yang mengalaminya tidak sepatutnya berasa takut atau malu untuk mendapatkan bantuan atau rawatan dari pakar psikologi.Malangnya persepsi masyarakat kita yang selalu memandang serong dengan permasalahan ini serta pengidapnya.Juseru perlu DITOLAK jauh bahawa,jika mendapatkan rawatan ini membawa petanda bahawa kamu GILA.Itu tanggapan yang salah dan merupakan anggapan orang yang tidak berpengetahuan...





Symtom Fizikal & Emosi

1) Sesak nafas
2) Panik tanpa sebab
3) Rasa mau pitam/pengsan
4) Berdebar2
5) Gugup
6) Takut
7) Perasaan Yang Tidak Menentu
8) Berpeluh
9) Dada Yang Tidak Selesa
10) Rasa Tercekik atau Lemas
11) Rasa Panas/Sejuk
12) Lemah,Menggigil
13) Takut Hilang Kawalan,Mati atau Jadi Gila

..Symtom2 tersebut selalu telah dikelirukan (disalah anggap) sebagai penyakit atau serangan jantung,masaalah pernafasan atau lebih teruk lagi skizoprenia!Tetapi bukan semua serangan atau semua pesakit mempunyai tanda tanda yang sama..Pesakit perlu menjalani beberapa sesi ujian klinikal..jika tiada seberang penyakit yang dikesan terhadap pesakit (yang sebenarnya memang sakit)..selalunya pesakit akan dirujuk kepada pakar psikatrik...dan dari beberapa ujian yang dijalankan akhirnya pesakit didiagnosis sebagai mengalami Phobia/Panic Disorder!!...(Penyakit ini juga ada kaitan dengan penyakit depression. - Sila baca pada entri aku yang lepas)

..Ok itu kita lihat dari sudut klinikal..Manakala dari sudut spiritual pula ia sering dikaitkan dengan gangguan dari sihir atau makhluk halus..Yang mana perkara ini akan menyebabkan keadaan akan jadi lebih kompleks..namun ia tidak boleh dinafikan kerana..wajib bagi kita untuk mempercayai akan keujudan makhluk halus ini..seperti syaitan,iblis dan jin...

...Perlu kita faham juga disini ada juga tanda2 masaalah gangguan spiritual yang terjadi,sama seperti apa yang berlaku kepada penyakit klinikal,satu contoh yang boleh disebutkan ialah..Terasa ingin pitam/pengsan..namun bila diselidiki ianya bukan dari masaalah klinikal..Jelasnya di sini penyakit atau masaalah ini seeloknya tidak sahaja menggunakan satu kaedah dalam usaha untuk pemulihan..pelbagai alternative boleh dipraktikkan..Dan kita juga memang disarankan agar berusaha dengan pelbagai cara selagi mampu,tidak melanggar hukum syarak,dan jangan berputus asa...





Faktor Penyebab

..Dari entri aku yang lepas 'Depression' ada diterangkan bahawa stress,depression,anxiety adalah dalam satu cirle..perlu difahami bahawa Panic Disorder juga adalah satu cluster atau rantaian dari permasaalahan yang tersebut di atas tadi...Maka jika mengalami salah satu darinya tidak mustahil yang lainnya juga akan turut ada...!!!

...Perkara yang pelik dan menakutkan mengenai Panic Disorder ini ialah ia kadang kadang berlaku dalam suasana yang tidak mencemaskan dan tidak munasabah.Namun perasaan ini akan menyerang secara fizikal dan psikologi kepada pengidapnya..

...Pengalaman masa lalu,kehilangan mereka yang disayangi,kecewa,marah,dendam,sering ditakut takutkan sewaktu kecil dan semasa dalam proses pembesaran juga adalah faktor penyebab kepada terjadinya semua tadi..Ada pendapat yang mengatakan ketidakseimbangan hormon (serotonin) dalam otak menjadi punca...Namun ianya juga boleh berlaku tanpa sebab yang jelas...!!...Serangan panik yang tiada kaitan dengan penyakit Panic Disorder boleh juga berlaku hasil dari penggunaan dadah seperti Cocaine,Amphetamines dan Marijuana...!!


Kaedah2 Pengubatan:-

Secara Klinikal

...Secara klinikal ubatan2 yang digunakan untuk merawat terdiri dari beberapa jenis dan kumpulan,antaranya :-

1) Prothaiden
2) Prozac
3) Zoloft
4) Lexapro
5) Luvox
6) Sesi Kaunseling Dari Pakar Psikologi
7) Psikoterapi (Cognitive Behavioral Therapy) yang dikombinasikan dengan ubatan





Secara Spiritual

1) Ada beberapa kaedah yang sering dipraktikan oleh pengamal perubatan islam dan pesakit sendiri dalam menangani masaalah gangguan perasaan atau makhluk halus :-
2) Ayat Kursi
3) Ayat Ruqyah (Surah Al Baqarah)
4) Ayat Al Fatihah
5) Ayat 3 Qul
6) Surah Yassin
7) Amalan Solat Dhuha
8) Solat Hajat
9) Solat Tahajjud
10) Dan pelbagai lagi ayat2 dari Al Quran yang boleh diamalkan...


..Selain dari kaedah kaedah di atas ada lagi cara yang boleh dan senang untuk dipraktikkan.Iaitu dengan pemakanan.Jika perasaan sedang bercelaru keutamaan kepada pesakit adalah untuk makan makanan yang berkhasiat dan seimbang.Salah satu khasiat yang penting untuk ditingkatkan ialah dari kumpulan vitamin B.Vitamin dari kumpulan ini sangat diperlukan untuk penghasilan hormon Serotonin (Kimia dalam otak yang menghasil mood yang baik)untuk melawan/mengimbangkan hormon Kortisol (Kimia dalam otak yang menghasil mood tidak baik/murung dsb) Selain dari itu keupayaan Serotonin juga boleh mengelak Kanser.


Pemakanan

1) Pisang
2) Epal
3) Nenas
4) Kismis
5) Badam & lain lain kekacang
6) Kurma
7) Ikan (Keli,Sardin,Kod,Tuna mengandungi Omega 3 yang tinggi))
8) Gingko (Ulam Pegaga)lain2 sayuran hijau
9) Telur Kuning (Had pengambilannya sebab kandungan kolesterol yang tinggi)
10) Soya
11)Susu Kambing
12)Coklat (Bukan Coklat Susu)
13) Madu Asli

....Secara amnya masaalah ini juga boleh kita katakan merupakan ujian dari Tuhan terhadap hambaNya..seperti juga lain lain penyakit...Munkin peringatan atau jua satu kifarah..Apa pun perlu bagi pesakit untuk memandang dari sudut positif dan tidak berprasangka buruk kepada Tuhan...kerana ini juga bermakna Tuhan sayang dan ingat akan kita justeru diujiNya dengan pelbagai cara,susah,senang,sehat dan juga sakit...Munkin juga untuk menghapus segala dosa lalu,atau pun untuk meningkatkan lagi mertabat kita disisiNya jika redha dan sabar dalam mengharungi ujian...Dan perlu juga faham setiap penyakit pasti ada ubatnya...Maka berusahalah,berdoa dan bertawakal...Wallahhuallam..




P/s:- Satu penemuan terbaru mengatakan kopi dapat mengelakkan sesaorang dari mengalami depression terutama bagi kaum wanita.Betul ke? Sedangkan kandungan caffiene yang terdapat didalamnya dapat mengurangkan daya tahan stress dan boleh meningkatkan tekanan darah,mempercepatkan degupan jantung dan nadi yang seterusnya boleh mencetuskan lain2 symtom yang bertalian dengannya,anxiety contohnya dan lain lain seperti yang disebutkan dalam entri tadi.Justeru setiap dari kita perlu tahu membaca 'body languange' masing masing.Ada makanan atau minuman yang sesuai untuk orang lain tanpa menimbulkan elergi contohnya,tapi belum tentu sesuai bagi tubuh kita...