Total Pageviews

Saturday, October 1, 2011

...Raya 2011...



..Raya tahun ini berbanding dengan tahun tahun sebelumnya di mana apa yang aku lihat sambutan adalah lebih meriah...Di mana mana saja aku pergi begitu beria ria sambutan yang diadakan oleh masyarakat..Kira lah dah 28 hari Syawal pun aku lihat masih lagi orang ramai mengadakan sambutan dan jamuan yang juga disambut bersama dengan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia...Syukur Alhamdullillah!!



















...Tidak ketinggalan sambutan yang diadakan di penempatan aku...Semua peringkat umur turut serta...Tua muda dan tak kira bangsa..Cuma agak terkilan sikit di mana masih ada lagi segelintir dari mereka yang tidak mahu turut serta hanya disebabkan perbezaaan ideologi politik...Aduhhh...cukup2 la tu..hari baik bulan baik..Ini lah masanya untuk kita mengiratkan lagi silaturahim serta menyambung kembali hubungan yang telah putus atau pun rengang...Falsafah masing2 ce simpan je dulu dalam poket..Tapi bukan pulak bermakna lepas ni masing masing boleh angkat bendera dan bergaduh semula...Nak cakap banyak boleh tapi aku rasa tak perlu dan tak sesueiialah..kerana bukan itu tujuan posting aku kali ini..Lagi pun masing2 dah kute so sendri mau ingat laaa...










...Aku amik peluang abis bertugas di luar daerah sambil tu jugak aku beraya..Ate idak kalo tak merasa...hehehehee...


..Terima kasih aku ucapkan pada kengkawan dan saudara mara yang sudi bertandang ke umah aku pada ari raya aritu..Humm nampak ketulusan di wajah korang sume..aku doakan kome sume diberi kebahagian dan keberkatan yang berkekalan..Aminnn..Walaupun ada yang hanya setahun sekali berjumpa..walau dekat maupun yang jauh..Itu sudah cukup menggambarkan setia kawan korang...

...Sebenarnya tiada istilah open house atau rumah terbuka bagi aku pada bila bila Hari Raya pun...Pintu rumah aku sedia terbuka pada sesiapa saja yang ingin datang untuk berziarah demi untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim...Jadi sudi sudikan lah...Salam..