Total Pageviews

Monday, January 6, 2014

...Mengapa Mesti Membazir...




...Tahun 2014 yang baru saja menjengah dan disambut secara besar besaran dijangka merupakan antara tahun yang mencabar bukan saja bagi raakyat Malaysia tapi bagi semua penduduk dunia...Dengan kenaikan harga barang keperluan, minyak, perkhidmatan serta krisis makanan...dan semua sedia maklum ianya memerlukan wang...Wang yang mampu mengerakkan hatta melumpuhkan...untuk meneruskan kehidupan...

...Jika kenaikan harga barangan kini disebut dengan istilah 'Pelarasan Harga'  begitu jugalah dengan kegawatan ekonomi yang diberi pelbagai lagi istilah...Seingat saya 2 - 3 tahun kebelakangan ini perkataan inflasi, kegawatan ekonomi seakan luput dari disebut sebut...sedangkan inilah yang sedang kita hadapi...Istilah lain diguna pakai untuk menyedapkan hati (rakyat) supaya tidak berlaku sindrom panik... 

Untuk menanganinya pelbagai kaedah dipraktikan samaada dalam kerajaan,organisasi, kompeni juga keluarga...Baru baru ini kerajaan telah menggariskan beberapa langkah yang dijangka mampu untuk mengurangkan belanja jabatan jabatan di bawah kelolaannya...

...Saya berpendapat sudah sampai masanya kerajaan mengkaji segala peruntukan serta perbelanjaan yang diberi kepada jabatan jabatan..Walaupun ianya patut dilakukan lama dulu lagi...Justeru bertindak sekarang adalah tepat pada masanya...Langkah penjimatan seharusnya tidak dilakukan hanya ketika ekonomi mengalami kegawatan...Sikap tidak apa dengan alasan dana negara mencukupi tidak seharusnya diamalkan...Sedangkan dalam masa yang sama kita tidak mampu menjangka sebarang perkara buruk..umpamanya bencana alam..tanah runtuh, banjir, ribut, atau lain lain lagi perkara yang memerlukan pengeluaran dana yang banyak bagi menampung segala usaha pemulihan serta kebajikan...Sebagai contoh baru baru ini banjir yang berlaku di Pantai Timur dan ancaman pengganas di Sabah...

...CEUPACS dengan Presiden barunya telah meminta agar kerajaan mengkaji semula beberapa perkara yang melibatkan kakitangan awam...Rasanya beliau hanya cuba menjadi popular sementelah baru saja menyandang jawatan berkenaan...Sebagai ketua beliau seharusnya menarik ahli agar memberikan sokongan yang jitu terhadap usaha kerajaan dalam mengambil pendekatan untuk berjimat cermat...

...Alasan mengatakan bahawa jika beberapa sekatan/pengurangan dilaksanakan akan  menurunkan produktiviti  kakitangan merupakan alasan yang tidak bertanggung jawab dan hanya mementingkan diri sendiri...Kakitangan harusnya bertanya pada diri sendiri apakah sumbangan yang boleh diberi untuk jabatan yang membayar gaji...dan bukan dengan hanya membebel mahukan itu, ini lagi dan lagi...  

...Suka untuk saya memberikan sedikit pendapat serta cadangan dalam usaha menggurangkan belanja di pejabat...antaranya penghawa dinggin hanya dihidupkan pada pukul 8 pagi...dan dimatikan 10 - 15 minit lebih awal sebelum waktu rehat tengahari dan sebelum waktu pulang pukul 5.Kurangkan budget untuk semua jabatan yang terlibat dalam mana mana perayaan seperti Hari Kebangsaan, Hari Malaysia, Sambutan Tahun Baru, Hari Keputeraan.Kursus, seminar atau mesyuarat pula hanya dilakukan dalam negeri.Kawalan terhadap bil talipon, elaun lebih masa serta elaun perjalanan.

...Jika boleh ditambah saya juga mengatakan agar bantuan dana kepada negara asing seharusnya dipotong dan tidak keterlaluan jika dimansuhkan terus..kerana kita sedia maklum di dalam negara sahaja sudah berapa banyak wang yang dikeluarkan bagi menangani rakyat luar - Pusat Tahanan Sementara sudah banyak dibina, penjara untuk menyimpan/membela, itu belum lagi dikira belanja untuk menghantar mereka pulang ke negara asal sebelum mereka kembali dengan gembira sambil turut membawa kaum kerabat lainnya.Ketika program pemutihan dulu pun negara telah banyak berbelanja sedangkan hasilnya tidak ketara berkesan.Cuba tafsirkan jika dalam sehari berapa jumlah belanja yang dikeluarkan untuk mereka...sebulan, setahun bertahun tahun?! Dengan peruntukan itu berapa banyak pula rumah PPRT boleh dibangunkan untuk ramai lagi rakyat kita yang memerlukan...Tindakan yang hanya popular di mata orang asing tidak bagi rakyat sendiri hanya mengundang kekesalan seterusnya kemarahan bagi yang kecewa...Selalunya jika bercakap akan perkara seumpama ini kita akan dilabel sebagai pro pembangkang...tapi saya bukan berdiri atas platform sebegitu... Yang benar kita sokong manakala tindakan yang dikira salah wajar untuk disanggah...

...Semua langkah tadi harus dipraktik dan dilihat secara jangka panjang.Jika berkesan dan menepati sasaran ianya harus diteruskan tanpa ada tempoh pengecualian...Kita harus ingat walau banyak mana sekali pun dana yang disimpan namun umpama bukit jika ditarah lama lama akan habis juga sudahnya...Justeru mengapa membazir jika mampu mengawalnya... 


P/s : - Apa pun alasan saya tetap mengatakan TNB tidak sepatutnya menambahkan lagi beban terhadap pengguna dengan kenaikan takrif bil letrik.Belanja mengurus dikatakan sebagai punca,namun mengapa pula kita sebagai pengguna yang membayar perkhidmatan perlu pula untuk absorb semua itu...sedangkan geraf untung mereka berlipat kali ganda tahun demi tahun...Inilah yang kita dapat jika kaedah kapitalis dipraktikkan dalam kehidupan...