..Yo, asking for support is not a sign of weakness,it is actually a sign of intelligence..it gets you out of a hole and it gives other people an opporturnity and experience to help...WanBeruas
Total Pageviews
Tuesday, April 10, 2012
...Kitaro - Kojiki...
...Kitaro..Masa terkial kial mencari segala keset2 lama yang tersimpan aku terjumpa Kojiki dari Kitaro..satu nama besar dari genre Instrumental Electronic New Age...sound muzik beliau yang mampu membuat pendengar terbang melayang bersama irama yang mengasyikkan...Pelbagai telahan diberi kepada muzik beliau..ada kata ianya muzik 'for making love'..jugak tak kurang yang mengklasifikasikan muzik untuk ritual..terpulang lah pada individu yang mendengar...Tapi kalo dikatakan sebagai terapi muzik...ini adalah pilihan aku selain dari Ron Goodwin Orchestra,Dave Miller,Steven Cravis,Mike Oldfield,Yanni dan juga Paul Mauriat Orchestra...
...Kitaro berada dalam dunia beliau sendiri ketika di dalam album maupun di atas pentas ketika beraksi...Aku percaya beliau sober..cuma khayal dek suntikan irama dari synthisizer dan flute yang merupakan tunjang kepada muzik beliau...Album Kojiki menjadi pilihan utama bersama yang lainnya,kerana di dalam album ini beliau turut berkolabrasi bersama dengan Skywalker Symphony sebuah orkestra yang terbabit dalam pembikinan skor lagu2 dalam filem sequel Star Wars...
...Album yang mempunyai jalan cerita ini dibuka dengan track lagu Hajimari dan diikuti dengan Sozo serta Koi sebelum yang lainnya,berjumlah tujuh buah kesemuanya bagi album ini...Matsuri merupa kan lagu yang bagi aku overrated...Maka sering dimainkan dalam banyak program2 resmi termasuk acara2 sukan..Dalam satu acara pertunjukan Hari Kemerdekaan yang diadakan di Stadium Perak lama dulu lagu ini turut dimainkan...Apa yang relevannya muzik ini dengan program itu pun entah...Nak kata untuk naikkan semangat pun idak jugak...Kalo just for fun rasanya lagu Hustle lebih sesuai...Humm!?
...Karier Kitaro mula menyerlah bila mana beliau bertanggung jawab membina skor muzik bagi dokumentari Silk Road terbitan NHK..mengingatkan aku pada Shine On You Crazy Diamond (Pink Floyd)yang selalu menjadi muzik latar bagi dokumentari World Discovery terbitan Transtell lama dulu...ingat2 lupa pun...tapi lagu tu aku memang tak lupa (Sudah abis sekolah dan berkerja baru aku tahu Pink Floyd yang mainkan)...
...Sebuah lagi album pilihan aku adalah dari edaran Polydor...The Best Of Kitaro...pilihan lagu antaranya yang paling popular satu ketika dulu Caravansary (Ada juga versi lagu ini turut memuatkan suara Tommy Page yang terkenal dengan lagu Shoulder To Cry juga pernah berduet dengan Amy Mastura)..yang dipinjam oleh kawan..tapi pinjam sampai sudah...Humm kira pinjam langsung tak pulang2 laa..adusss....
..Bagi Mat Metal Kental yang mau lari bukan saja sedikit tapi banyak dari sesuatu yang extreme...untuk mencuba,ini adalah satu pilihan yang tepat bagi kamu...Kerana dengan muzik Kitaro juga kamu masih boleh merasa sesuatu yang 'dark' tapi dalam format yang berlainan...Namun jika masih tidak boleh berkompromi..Huhh itu bukan masaalah aku..hahahhaaa.!!!
...Tanpa prejudis jika dikatakan peminat kental Progresive Death Metal macam aku juga turut meminati beliau...Jangan plak kata dalam hati ada taman beb..Muzik memang tiada sempadan dan aku tak mau membazirkan nikmat mendengar dengan tidak melayan muzik ‘mahal’ sebegini...So bagi yang belum pernah...cuba cubalah...jangan dihadkan pendengaran bak kata Kitaro sendiri..Why don't you try me?!
Subscribe to:
Posts (Atom)