Total Pageviews

Monday, June 17, 2013

..Arah Mana Filem Melayu Sekarang...








….Jika ditanya..aku suka memberi jawapan yang pendek…tidak ketahuan arah!!!


Awal 80an adalah zaman merudumnya industri filem indonesia… Geruda yang mereka bangga2kan telah patah sayapnya... tiada lagi filem2 hebat yang menampilkan Rano Karno,WD Mochtar,Benjamin S,Yatie Octavia,Dicky Dzulkarnaen,Rima Melati,Faradila Sandy.....Malaysia lebih dulu jatuhnya bilamana Merdeka Studio di Ulu Klang ditutup setelah operasi sebelumnya berpindah dari Singapura...



....Seterusnya untuk survival mereka di  sana terpaksa mencari alternatif dengan mengilang product baru…dengan nafas baru yang berwarna biru!! Cerita berbaur lucah banyak yang dihasilkan…Era Barry Prima dan Rozzana...


...Nampaknya kini kita telah beransur menuju kearah itu..jika sebelum ini cerita2 genre seram banyak dihasilkan...Juga pernah dipraktikkan oleh penggiat  industri  di seberang…Sundel Bolong,Penanggal Ilmu Teluh antaranya...



Ketika zaman Shaw Brothers dua beradik iaitu Run Run Shaw dan Runme Shaw mendominasikan filem Melayu dengan menggajikan anak bangsa kita untuk berkerja dengan mereka kita sedia maklum  banyak filem mereka  yang kuat menonjolkan budaya serta jati diri orang kita…ini kerana mereka sedar product itu untuk dijual kepada orang Melayu yang ketika itu masih kental dengan budaya serta adat resam…betul la jika dilihat dari segi strategi...Berbanding dengan producer bangsa asing kini yang lebih gemar mengilang cerita 'bodo piang' untuk dipertontonkan kepada kita...Opsss tak termasuk aku ok!...Walau pun mereka sedar yang filem itu juga untuk pasaran orang Melayu...Adegan dalam bilik tidur dan bersentuhan dengan bukan mahram merupakan scene standard yang mesti ada...sedihnya kebanyakan penonton hanya ambil dan terima sahaja segala apa yang dihidangkan tanpa merasa bahawa sensitiviti orang Melayu Islam kita telah disentuh begitu rakus sekali...dengan sebab itu jugalah mereka tidak berasa segan atau gusar untuk turut sama mengilang filem filem taboo...


...Jelasnya majalah Mangg* telah pun berjaya difilemkan…Ramai artis lelaki mau pun perempuan yang telah pun men***dal di dalam filem dengan berlapikkan alasan..."Saya hanya mengikut skrip dan kehendak pengarah"... Heran pihak yang betanggungjawab hanya menutup bukan sebelah tapi kedua2 belah mata akan senario ini…Filem porno Halal…Jika logo halal dari JAKIM tidak hanya dikeluarkan untuk produk makanan munkin juga dibeli oleh syarikat2 filem…Adakah mereka ini juga enjoy dengan hasil sebegitu rupa atau pun mereka juga turut menjana saham dalam produksi…jadi inilah yang terjadi...sandar di kerusi just goyangkan kaki… hummm...


..Saya bercakap secara umum dan tidak hanya terhad kepada filem di pawagam...ini termasuklah juga kepada drama Melayu yang tidak lagi berwajah Melayu baik pelakun mahu pun jalan ceritanya...Sejak 7 - 8 tahun kebelakangan wajah Sinetron Indon saja yang gemar dipaparkan...Peluang berlakun kepada mereka yang berwajah Melayu pekat ala2 hidung pesek dan berkulit sawo matang amat terhad...Apa yang ada kini hanyalah (jika boleh disebut sebagai) Melayu blended...Lama dulu pihak RTM pernah memberikan garis panduan berkenaan perkara ini...tapi ketika itu belum lagi terdapat stesen TV swasta...kini dengan saingan yang bertali arus serta tegar...semua itu on paper saja jadinya...


  Scope pasaran yang kecil bukan satu alasan untuk kita menjaja filem murah dari segi kualiti…usah dimegah dengan modal  jutaan ringgit yang dikeluarkan kerana jika diukur..nasi lemak bungkus pun sekarang berharga paling murah Rm 1…Tak mandang dah yang berharga 50 sen sebungkus...Sedangkan hasil produksinya nya tak semenggah...


...Setidaknya mereka ada juga menghasilkan filem...berbanding dengan orang yang hanya pandai mengomel...Ye betul tu..Mansur Puteh juga saorang pengkritik filem berilmu yang tegar,tidak mengeluarkan sebarang produk (seingat saya)..namun kritikan beliau amat bernas dan konsisten...Tiada pilih kasih tiada pilih bulu kawan atau pun lawan...




...U Wei...saorang pengarah yang sering menampilkan unsur Melayu dan seni yang tinggi ketika berkarya...



...Tidak dinafikan dalam pada itu masih ada penggiat yang bergiat secara loyal untuk menghasilkan filem bermutu yang  mampu membuat penonton berfikir...bagi  menghasilkan anjakan paradigma...Pujian,galakan serta sokongan seharusnya diberikan kepada mereka ini agar terus menghasilkan filem 'hidup' yang tidak melayukan lagi orang Melayu...Kita perlukan lebih banyak lagi filem filem seumpama ini...Sebelum industri ini mencapai noktahnya...


...Filem sama juga seperti product seni lainnya…yang sepatutnya lebih bersifat mendidik selain dari expresibukan hanya hiburan semata mata...


Masanya penggerak industri (jika boleh disebut sebegitu atau pun sekadar Industri Kecil Sederhana..huhuuu) kita untuk berganjak ke satu aras platform lagi…demi untuk survival industri,anak seni…dan yang paling penting untuk survival jati diri kita sendiri….bermakna kita harus kedepan bukan kebelakang dengan terusan melayan filem2  tangkap muat serta heavy drama yang tak heavy mana ini…Macam kata kawan aku…cukup cukuplahh…kami dah penat beb!!!           




P/s: - Seni tidak terhad kepada filem sahaja,dan ianya harus selari dengan kemajuan namun perlu ada sempadan peradaban...Biar kurang kuantiti asalkan ada kualiti...