Total Pageviews

Monday, June 2, 2014

...Di Mana Integriti Jika Tiada Jati Diri...





...Semakin cuba dibendung semakin menjadi2 pula...seludup diesel, passport palsu, dadah, pati dan segala macam perkara lagi yang melibatkan pelbagai jabatan yg membabitkan penguatkuasaan...Rasuah - Mampu menjahanamkan institusi atau sesebuah jabatan...Malah semua sedia maklum hatta sebuah negara pun mampu ditumbangkannya...Gaji tinggi bukan lah faktor yang mampu menghalang akan perilaku sedemikian...Jika integriti serta iman tidak bersama...Tegasnya lagi jika penguatkuasaan tidak mampu dilaksanakan dengan jujur serta berhemah selagi itulah segala macam onar tidak akan  mampu dikekang apalagi dihapuskan...Ironinya negara ini dalam segala hal jika diperhatikan sering mengamalkan apa pun tindakan secara bermusim dan bukan berterusan seperti mana yang sepatutnya berlaku...Kekesalan hanya mampu kita suara kan...sedangkan tindakan sepatutnya  dari pihak yang berkenaan...Setiap pemegang amanah telah digajikan untuk melaksanakan tugas sesempurna yang munkin tanpa alasan...By hook or by crook!!



...Tiada permintaan tiada penawaran...Rasuah- Salah satu sebab yang amat ketara....Di sini jika kita lihat pemantauan terhadap mereka yang memegang amanah ini juga perlu dan dilakukan bermula dari peringkat atas hingga ke akar umbi...Tiada pengecualian...Samada kamu jerung atau paus semua mesti dilupus! Kita sudah letih dengan mendengar kes melibatkan orang atasan....Kaut duit haram jutaan ringgit tapi lepas begitu saja sedangkan kes saorang pencuri jering yang harganya tak sampai Rm 20 meringkuk di penjara setahun!! Selalunya jika perkara yang melibatkan rasuah secara tak langsung akan menyentuh politik dan parti yang memerintah,dua isu yang merupakan kembar dan berkait rapat...dan ini sudah menjadi satu budaya dalam masyarakat Malaysia yang mengaku diri mereka celik politik untuk menghentam selagi mahu...Namun untuk memperkatakannya, saya berpendapat ia perlu dilihat dari scope yang lebih luas dan tidak terhad...sedangkan saya tidak berminat untuk menjadikan laman blog saya sebagai medan bagi menyentuh isu politik...



...Seperkara lagi amalan rasuah kita sedia maklum bukan saja berlaku dalam jabatan kerajaan atau swasta, bukan saja ujud dalam mana2 parti politik atau persatuan ianya ujud di mana2 sekeliling kita...dan saya beranggapan ianya munkin seusia dengan aktivi pelacuran yang merupakan pekerjaan tertua yang diketahui ujudnya...Teringat satu kes masa muda dulu saya pernah dikejar anggota Polis hingga ke rumah sewa setelah mengelak dari road block (lesen L mati) Setelah alasan serta rayuan tidak diendah mereka berkeras meminta saya berlaku 'gentleman' dan saya faham apa maksud mereka...Akhirnya dalam terpaksa menghulurkan Rm 3 yang mana ketika itu hanya itu yang saya ada sedangkan mereka mahu lebih dari itu (Saya buka wallet dan tunjuk isinya kepada mereka)...Tanpa rasa belas mereka berlalu dengan wang Rm 3 saya itu...Bayangkan betapa murahnya harga diri mereka yang boleh di beli dengan harga seringgit seorang ( kes ini berlaku pada tahun 80an tapi tetap segar dalam ingatan)



...Rasuah merupakan kudis dalam masyarakat jika tidak dibendung mampu menjadi barah yang akan melumpuhkan apa saja!!Undang undang, peraturan serta hukuman perlu dilaksanakan dengan tegas tanpa ada kompromi...Samada kamu yang duduk di kerusi empuk mau pun pemandu lori...Beserta dengan iman serta taqwa...saya percaya akan ujudnya jati diri serta integriti seterusnya semua ini mampu ditangani...Justeru semestinya perkara ini yang ditekankan dalam diri....Bagi yang terlajak wajar untuk muhasabah...Masih belum terlambat untuk berubah atau berpatah balik...Jika tidak kasihan pada diri sendiri kasihanlah pada anak isteri di rumah yang menanti rezeki halal dari kita...