...Apakah syaratnya sebuah pekan boleh dinaik taraf sebagai Bandar?Juga apakah kreteria yang perlu ada bagi sebuah bandar untuk dinaikkan taraf kepada Bandaraya? Kerana ianya ibu negeri? Kecantikannya? Atau pun kepadatan jumlah penduduk? Bagaimana pula dengan susun atur pekan itu sendiri? Kebersihan? Kemudahan prasarana??..
..Di sekitar bandaraya Ipoh..ehhehe betoi ke bandaraya?!..sekarang nih semakin banyak penjaja yang berjualan dan gerai2 makanan pun tumbuh macam cendawan je...Ini berlaku sejak tampuk pemerintahan negeri mendeclarekan (cee..hehehe)tiada lagi dikenakan lesen bagi penjaja2 ini termasuklah yang di pasar2 malam pun sama...Seperti mana sebuah lagi negeri di utara semenanjung ini senario yang menarik bagi aku yang suka melihat orang2 Melayu berniaga.. Apatah lagi kalo yang berniaga di gerai ala kampung dan di tepi2 jalan...
...Satu perkara yang positif ini dapat membantu raakyat bagi yang tidak mempunyai pekerjaan tetap juga bagi part timer yang minat berniaga yang sebelum ini terdapat banyak sangat kekangannya dari PBT...dari satu segi ia juga menjadikan pelanggan mempunyai banyak peluang dalam membuat pilihan tentang makanan dan tidak hanya tertumpu ke pasar2 malam sahaja...dan bertolak dari situ dengan persaingan yang sihat begini diharap peniaga mampu menjual dengan harga yang munasabah...
...Dalam pada tiada lagi penguatkuasaan kepada lesen,pihak berkuasa tempatan pula perlu menjalankan tinjauan dari segi kebersihan yang secara keseluruhan nya melibatkan keterampilan peniaga atau pengendali makanan itu sendiri,gerai,makanan dan persekitaran..aspek ini perlu lebih diberikan penekanan bagi mencegah akan penularan pelbagai jenis penyakit yang melibatkan kebersihan,antara lainnya penyakit kencing tikus dan hepatitis B...Seharus dikenakan tindakan kepada sesiapa yang gagal mematuhinya...Semasa bertugas sebagai cook di Grandy’s dan Deli Paris dulu kami kakitangan diwajibkan mendapat suntikan dan sijil pengesahan dari Dewan Bandaraya Ipoh sebelum dibenarkan bekerja...
...Diharap dengan ini Ipoh akan bertambah ceria dan tidak lah ada lagi kengkawan aku yang datang dari luar kawasan yang bertanya kat mana nak makan2 bila sampai di Ipoh...Kita masih ada gerai makan di TKK dan Medan Mara yang telah pun diupgradekan selain Medan Kidd yang dalam proses penambahbaikkan...dan kalo dulu kita ada kawasan depan railway stesen yang paling happenning namun telah pun diberi kepada Pos Malaysia...selain dari itu? Humm...takkan balik2 nak iklan kan nasi vanggey sesaja pulak...lagi pun ishhh...bukan semuanya mempunyai selera yang sama macam aku...Sekarang ni yang ramai orang pergi tapi tak pernah pun bagi aku nun di depan kompleks pejabat Dewan Bandaraya Ipoh...kata orang makanannya sedap2...ye le kot...hummmm..
...Moga Ipoh akan menjadi sebuah bandar yang bukan lagi hanya boleh dibanggakan dengan bonggol dan lopak2 jalannya sahaja...bersih dan tidak lagi kotor supaya boleh kembali menjadi bandar yang paling bersih di Malaysia (suatu masa dulu)...Maaf aku tidak akan menyebut lagi selepas ini Ipoh sebagai Bandaraya selagi perkara remeh temeh yang ada serta lainnya tidak diambilkira oleh pihak berkuasa tempatan....
P/s:- Ada sapa sapa boleh buat sesuatu pada kebersihan Kompleks Super Kinta tak?!! Super Kinta dah tak Super lagi beb...:0(