Total Pageviews

Wednesday, January 29, 2014

...Siapa Yang Tidak Poser Beb?!






...Maksud poser dikalangan orang kita ialah "menunjuk nunjuk" dan bagi saya senang saja...semua orang poser...Jika guru  tidak poser student pun tak pakai loceng lembu kat tengok tak gitu?..kalu Jimi Hendrix tidak poser siapa pun tak kenal dia, jika Quorthon tidak poser lu pun tak kenal sapa mamat nih beb? Beza nya antara poser yang 'true' atau pun poser yang meleweh...kalu dulu dulu orang gelar poster boy atau poster girl...Perkara ini ada pro kons nya...Jika tidak kerana poser yang berlebih lebih tidak lah Kurt Cobain jadi tak keruan hidupnya  hinggakan can't take it nomore...and finally blow his own life away...sedangkan bukan itu yang dimahukan...syndrom overrated atau over expose juga bermula dengan poser jugak....Akibat ingin showing off aka poser jugalah yang mendorong saorang pengamal Satanism membunuh Avajaee penyanyi/bassist kumpulan Surrender Of Divinity pada 8hb.Januari yang baru lalu...Medium untuk poser ini banyak dan rasanya yang paling popular menggunakan FB, Tweeter, Instgram, My space dan lagi dan lagi dan lagi....



...Satu contoh  minat aku pada muzik Cradle Of Filth  munkin berbeza jika aku tidak membaca/melihat gambar tentang Dani yang berlebih lebih...poser tahap dewa sebegini yang cuma membuat orang menyampah...tidak kira lah siapa pun kamu pemuzik, ahli politik, penghulu, ketua kampung atau pun penguatkuasa yang tak kuasa dalam menjalankan tugas cuma tahu berlagak ke hulu ke hilir dengan uniform masing masing...Sememangnya poser ini perlu pada sesetengah perkara ia diklasifikasikan juga sebagai mengiklan atau mempromosikan diri atau pun sesuatu barang umpamanya...Jika tanpa promosi tak munkin orang akan kenal dengan Kak Ton Comel Takkk???



...Bersedekah dengan diwar warkan kepada sekeliling itu bagus (jika atas tujuan untuk motivate orang lain) tapi sedekah yang dimanipulasikan dengan masuk bakul angkat sendiri atau bagi tujuan menunjuk nunjuk aka poser tahap meleweh tidak membawa apa apa kebaikan dari sudut agama dan juga mata masyarakat...Lebih malang jika menimbulkan riak serta  fitnah...



...Saya pernah dikatakan oleh sesetengah sebagai poser meleweh dan ada juga yang kata poser gitu2..Terima kasih dan saya berharap mereka ikhlas dalam memberikan pendapat...Kita tidak mampu untuk menghalang atau menutup mulut sesiapa...mulut tempayan sekali pun jika ditutup akan dibuka orang juga sudahnya...Suka saya tegaskan apa pun dikata orang sekeliling saya tidak peduli...Jelasnya saya cuma mau menjadi diri sendiri itu saja....Cuma terasa pelik bilamana  bergambar sama famili dan ibu yang melahirkan  pun saya nak dilabel sebagai poser terdesak! Adakah ini semua juga mampu membuat orang lain cemburu atau dengki?? Hahahahaa ini membuatkan saya rasa lucu pada perkara yang tidak lucu sebenarnya...Ok kita tinggalkan saja Yahudi Mabuk aka Si Luncai itu dengan labu labunya...:0)



...Titik tolaknya poser ini perlu dan patut ada dalam sesetengah perkara...Namun tidak perlu bercakap/show off di status FB atau Tweeter seolah2 kita lah yang paling Islamik untuk mendapat perhatian orang lain sedangkan diri kita sebaliknya....Apa pun perbuatan biarlah berharap pada keredhaan Tuhan bukannya manusia....Oleh itu terpulang pada individu itu  samaada mau jadi poser berwibawa atau pun poser yang meleweh...Chapter closed!







Thursday, January 16, 2014

...Kita Semakin Hilang Sensitiviti...





...Walau di mana pun negara dalam dunia ini yg rakyatnya dari berbilang kaum isu  perkauman akan sering menjadi punca pergolakan...ini akan lebih dramatik jika melibatkan sensitiviti ugama, kepercayaan politik serta budaya yang dikaitkan...Masing2 akan cuba mempertahan tiap satu isu yang dibangkitkan...walaupun ada antaranya telah sedia maklum yang mereka hanya cuba menegakkan benang yang basah...


...Bagi menangani apa jua isu pun sikap toleransi harus ada di mana mana pihak yang terlibat selain dari rasa hormat menghormati...namun ini jugalah yang menjadikan  sesuatu yang diperjuangkan jadi kusut masai bilamana ada pihak yang langsung tidak mahu bertolak ansur di mana akhirnya mencetuskan ketegangan...Ini amat bahaya kerana mampu menjejaskan keharmonian yang telah sekian lama ujud serta dipupuk dengan baik sebelumnya...


...Dalam negara yang mengamalkan demokrasi serta kebebasan bersuara ini, semua itu tidak seharusnya dijadikan asas untuk kita berkata serta berbuat apa saja dengan melanggar tatasusila serta peradapan manusia itu sendiri...Setakat ini yang boleh kita nampak hanya sebelah pihak yang terus terusan bertahan baik dari segi tindakan maupun emosi....
 

...Namun mampukah semua ini bertahan...atau pun sampai bila...sedangkan bongkah batu di pantai yang dilihat kukuh pun mampu terhakis sedikit demi sedikit jika sekian lama terus terusan dilanda badai...Umpamakan  batang rotan yang boleh dilentur kemana arah pun..namun jangan lupa sesekali bila rotan itu membidas ianya mampu memakan diri si pelaku...Pelanduk selalu lupakan jerat..tapi jerat tak lupa mangsanya beb!


..Usaha sedang giat dijalankan untuk menjadikan Malaysia  negara maju dan ianya perlu pengelibatan dari segenap lapisan raayat dalam memainkan peranan masing masing...namun semua ini akan tergendala jika adanya antara kita lebih suka membuang masa dengan memperjuangkan isu semasa yang melanggar peradapan manusia...yang tidak mampu menjana anjakan paradigma serta  menghalang kemajuan...seterusnya memberi peluang kepada musuh dari luar serta dalam yang akan menangguk di air yang keruh...Kita seharusnya berfikir serta bertindak untuk maju ke depan bukan kembali pada zaman kuno...


...Ianya umpama menarik rambut dalam tepung...semuanya harus ditangani dengan bijak tanpa ada amarah serta prejudis...Kita tidak mahu generasi yang sebelum ini hanya pernah mendengar akan sejarah hitam 13 Mei akan turut mengalaminya pula sedangkan banyak masa, tenaga serta wang diperlu untuk merialisasikan Wawasan 2020 yang tidak beberapa lama saja lagi akan menjengah...dan kita tidak seharusnya membazirkan semua itu...Sejarah akan tetap menjadi sejarah..justeru apa yang berlaku sekarang harus dibendung supaya tidak langsung menjadi parah!



P/s: - Semakin maju sesebuah negara semakin banyak permasaalahan yang harus dihadapi.  

Monday, January 6, 2014

...Mengapa Mesti Membazir...




...Tahun 2014 yang baru saja menjengah dan disambut secara besar besaran dijangka merupakan antara tahun yang mencabar bukan saja bagi raakyat Malaysia tapi bagi semua penduduk dunia...Dengan kenaikan harga barang keperluan, minyak, perkhidmatan serta krisis makanan...dan semua sedia maklum ianya memerlukan wang...Wang yang mampu mengerakkan hatta melumpuhkan...untuk meneruskan kehidupan...

...Jika kenaikan harga barangan kini disebut dengan istilah 'Pelarasan Harga'  begitu jugalah dengan kegawatan ekonomi yang diberi pelbagai lagi istilah...Seingat saya 2 - 3 tahun kebelakangan ini perkataan inflasi, kegawatan ekonomi seakan luput dari disebut sebut...sedangkan inilah yang sedang kita hadapi...Istilah lain diguna pakai untuk menyedapkan hati (rakyat) supaya tidak berlaku sindrom panik... 

Untuk menanganinya pelbagai kaedah dipraktikan samaada dalam kerajaan,organisasi, kompeni juga keluarga...Baru baru ini kerajaan telah menggariskan beberapa langkah yang dijangka mampu untuk mengurangkan belanja jabatan jabatan di bawah kelolaannya...

...Saya berpendapat sudah sampai masanya kerajaan mengkaji segala peruntukan serta perbelanjaan yang diberi kepada jabatan jabatan..Walaupun ianya patut dilakukan lama dulu lagi...Justeru bertindak sekarang adalah tepat pada masanya...Langkah penjimatan seharusnya tidak dilakukan hanya ketika ekonomi mengalami kegawatan...Sikap tidak apa dengan alasan dana negara mencukupi tidak seharusnya diamalkan...Sedangkan dalam masa yang sama kita tidak mampu menjangka sebarang perkara buruk..umpamanya bencana alam..tanah runtuh, banjir, ribut, atau lain lain lagi perkara yang memerlukan pengeluaran dana yang banyak bagi menampung segala usaha pemulihan serta kebajikan...Sebagai contoh baru baru ini banjir yang berlaku di Pantai Timur dan ancaman pengganas di Sabah...

...CEUPACS dengan Presiden barunya telah meminta agar kerajaan mengkaji semula beberapa perkara yang melibatkan kakitangan awam...Rasanya beliau hanya cuba menjadi popular sementelah baru saja menyandang jawatan berkenaan...Sebagai ketua beliau seharusnya menarik ahli agar memberikan sokongan yang jitu terhadap usaha kerajaan dalam mengambil pendekatan untuk berjimat cermat...

...Alasan mengatakan bahawa jika beberapa sekatan/pengurangan dilaksanakan akan  menurunkan produktiviti  kakitangan merupakan alasan yang tidak bertanggung jawab dan hanya mementingkan diri sendiri...Kakitangan harusnya bertanya pada diri sendiri apakah sumbangan yang boleh diberi untuk jabatan yang membayar gaji...dan bukan dengan hanya membebel mahukan itu, ini lagi dan lagi...  

...Suka untuk saya memberikan sedikit pendapat serta cadangan dalam usaha menggurangkan belanja di pejabat...antaranya penghawa dinggin hanya dihidupkan pada pukul 8 pagi...dan dimatikan 10 - 15 minit lebih awal sebelum waktu rehat tengahari dan sebelum waktu pulang pukul 5.Kurangkan budget untuk semua jabatan yang terlibat dalam mana mana perayaan seperti Hari Kebangsaan, Hari Malaysia, Sambutan Tahun Baru, Hari Keputeraan.Kursus, seminar atau mesyuarat pula hanya dilakukan dalam negeri.Kawalan terhadap bil talipon, elaun lebih masa serta elaun perjalanan.

...Jika boleh ditambah saya juga mengatakan agar bantuan dana kepada negara asing seharusnya dipotong dan tidak keterlaluan jika dimansuhkan terus..kerana kita sedia maklum di dalam negara sahaja sudah berapa banyak wang yang dikeluarkan bagi menangani rakyat luar - Pusat Tahanan Sementara sudah banyak dibina, penjara untuk menyimpan/membela, itu belum lagi dikira belanja untuk menghantar mereka pulang ke negara asal sebelum mereka kembali dengan gembira sambil turut membawa kaum kerabat lainnya.Ketika program pemutihan dulu pun negara telah banyak berbelanja sedangkan hasilnya tidak ketara berkesan.Cuba tafsirkan jika dalam sehari berapa jumlah belanja yang dikeluarkan untuk mereka...sebulan, setahun bertahun tahun?! Dengan peruntukan itu berapa banyak pula rumah PPRT boleh dibangunkan untuk ramai lagi rakyat kita yang memerlukan...Tindakan yang hanya popular di mata orang asing tidak bagi rakyat sendiri hanya mengundang kekesalan seterusnya kemarahan bagi yang kecewa...Selalunya jika bercakap akan perkara seumpama ini kita akan dilabel sebagai pro pembangkang...tapi saya bukan berdiri atas platform sebegitu... Yang benar kita sokong manakala tindakan yang dikira salah wajar untuk disanggah...

...Semua langkah tadi harus dipraktik dan dilihat secara jangka panjang.Jika berkesan dan menepati sasaran ianya harus diteruskan tanpa ada tempoh pengecualian...Kita harus ingat walau banyak mana sekali pun dana yang disimpan namun umpama bukit jika ditarah lama lama akan habis juga sudahnya...Justeru mengapa membazir jika mampu mengawalnya... 


P/s : - Apa pun alasan saya tetap mengatakan TNB tidak sepatutnya menambahkan lagi beban terhadap pengguna dengan kenaikan takrif bil letrik.Belanja mengurus dikatakan sebagai punca,namun mengapa pula kita sebagai pengguna yang membayar perkhidmatan perlu pula untuk absorb semua itu...sedangkan geraf untung mereka berlipat kali ganda tahun demi tahun...Inilah yang kita dapat jika kaedah kapitalis dipraktikkan dalam kehidupan...