Total Pageviews

Showing posts with label ...Cerita Kedai Kopi.... Show all posts
Showing posts with label ...Cerita Kedai Kopi.... Show all posts

Friday, July 5, 2024

...Caffiene & Kopi...



...Lama dulu aku pernah keje di Cafe Deli Paris yang berhadapan dengan Cafe Blue Window di Pekan Ipoh, itu pun setelah dapati gajinya lebih sedikit dan kerja senang dari Grandy's yang semestinya setiap hari bermandi peluh dan bau ayam sebagai cook di situ...Cafe Deli Paris - Hari pertama aku 'dikenakan' oleh staff senior di situ bilamana mereka memberikan secawan kecil comel kopi pekat yang berkesudahan tak boleh tidur hingga ke pagi, rupanya itulah espresso! Dang! Merupakan salam perkenalan dari mereka haha...Ketika berkerja di Pakeeza Restaurant sebelum itu pernah gelas berisi orange juice yang dibawa terjatuh ketika dihidangkan kepada pelanggan, staff senior cakap itu merupakan perkara 'wajib' kepada setiap staff yang  baru di situ...Haha lain padang lain belalang...  


...Sebelum ini tidak tolerate dengan caffiene, dengan meminum kopi atau teh kesannya akan membuatkan aku mengalami palpitation maupun shaking hingga beberapa jam...Doktor pun pernah cakap "You better quit" Tapi kopi ni semua tau best, so aku ignorekan jer apa yang Doc cakap terus jugak minum, sudahnya dah lebih sepuluh tahun caffeiene umpama dah sebati dengan tubuh ini, sesetengah orang tak boleh tidur selepas minum kopi, tapi aku biasa minum kopi sebelum tidur dan akan berasa lebih selesa...    


Favourite aku sekarang adalah machiato caremel double shot dari The Coffee Bean & Tea Leaf dan yang terbaru kopi Ala Kazim (kandungan - Rouboosta, Arabica,susu kambing & ekstrak peria katak)...Sebenarnya sejak bulan Jun 2023 aku dah berhenti dari minum 3 in 1 dan juga kopi atau teh yang di bancuh dengan gula atau susu pekat manis yang sebenarnya mengandungi gula, pepejal susu dan lemak susu..Manakala krimer pekat manis pula adalah gula, air, minyak kelapa dan tepung..Sebenarnya ini bukan lah pilihan bagi kita yang ingin menjaga kesihatan...Dalam pada itu kedua dua jenis kopi yang aku sebutkan di atas tadi bukan lah satu kemestian untuk diambil...Bagi saya moderate adalah yang terbaik..Jangan diikutkan nafsu atau bak kata orang lama 'tepuk dada tanya selera apa lu punya suka'...Hahaa...


...Caffiene juga bagus untuk mereka yang ingin bersukan tapi perlu diingat bahawa ia sekadar untuk mood booster dan tenaga maka juga perlu limit pengambilannya...


Kebanyakan products minuman sukan mengandungi caffiene dalam jumlah yang tertentu namun mengandungi gula yang berlebihan yang hanya untuk menyedapkan tapi akibatnya semua kita tahu...dengan pelbagai jenama dan label yang menarik kita sepatutnya tidak tertipu dengan semua itu, dan seharusnya hanya mendapatkan caffiene dari sumber raw dan selamat juga pada jumlah yang terhad...Ingat, usaha kita makan atau minum untuk sihat moga dilindungi dari mudarat...      


Friday, October 20, 2023

Diskusi Tanpa Solusi...

 



Apa yang ada lani rentetan dari masa Covid dulu, beza sikit jer tapi tetap gawat bagi sesetengah orang...Ianya saolah2 dah jatuh timpa plak dek tangga...


...Peniaga makanan especially di tepian jalan semakin tertekan, dah ler ketirisan pelanggan ditambah plak lagi dengan PBT yang bertindak bias dan keterlaluan...


...Sesetengah ambil keputusan balik ke kampung halaman, tapi adakah itu penyelesaian pada keadaan? Ada ke tanah untuk diusaha? Rumah pusaka untuk berteduh? Itu pun silap2 jadi gaduh adik beradik, sanak saudara...


...Rakyat merungut apa fungsi kerajaan sekarang, sebelumnya pun tak seteruk ini...Isu pendatang yang mengundang resah dan semakin meruncing..Dengan gomen yang hanya giat mencari alasan berbanding solusi titik pada kesudahan...


Saturday, August 13, 2022

...Kita Suka Kondem Products Local...

 




Dulu Proton ada kuarkan virtual model Tuah dan Jebat dan memang cantek, tapi tak jadi kenyataan..Sebab sememangnya begitulah product prototype di mana ia hanya untuk tontonan...Tapi jika jadi pun sebelum tu siap sedia laa dengan segala kondem sumpah seranah netizen...Walau pun iklan yang dikeluarkan hanya baru setakat teaser sahaja..Biasa la product local, orang kita kebiasaannya lebih appreciate barang luar walau pun mende tu kasut yang dibuat dari kulit babi..Walhal demer yang kaki kondem tu jerang beras pun belum tentu jadi nasik...😎





...Owh ye, menyentuh product luar...Ramai yang tak sedar negara maju banyak campak products 'lusuh' mereka ke negara2 membangun macam kita...Ye lah selepas segala RnD dan modal besar yang dilaburkan tapi hasil serta income tak seberapa, so negara ke tiga lah tempat 'pembuangannya' untuk cost recovery mereka...Lebih malang jika ianya melibatkan ubatan yang walau dah discontinued pun tapi masih diedarkan di pasaran kita...😢  



P/s: Credit kepada yang empunya gambar


Wednesday, July 13, 2022

Mat Kilau Muncul Semula...Dalam versi baru...

 



...Buat kereta belum pun lagi meluncur atas jalan dah kena kecam kena bahan...Begitu jugalah halnya dengan pembikinan filem tanahair...Cerita sejarah Mahatma Gandhi dari pengeluar antarbangsa tu pun tidak perfect ada jer tokok tambahnya bagi menyedapkan jalan cerita malah turut dikecam, samalah jugak filem sejarah hasil air tangan orang kita sepertimana Bukit Kepong, Lt Adnan, Kanang Anak Langkau, Hang Tuah versi itam puteh dan warna, dan yang terbaru Mat Kilau...Apa pun Mat Kilau on screen ini bukanlah filem sejarah propaganda ala Amerika seperti The Killing Fields yang kononnya mereka juara perang Vietnam menentang VietCong walhal kalah teruk dengan mental askar mereka koyak dan trauma hingga kini walaupun setelah puluhan tahun perang tamat..Begitu jugalah dgn Black Hawk Down yang terang2 'menipu' penonton walhal kisah sebenarnya telah pun diketahui dari mulut bekas tentera MALBAT kita yang terlibat dan berkorban menyelamatkan mereka dari terbunuh di hujung senjata pemberontak Somalia...

...Berkenaan seni persilatan yang dikatakan bukan asli, pengarah serta pelakun kononya tidak terlebih dulu berjumpa dgn waris Mat Kilau utk 'memohon restu' saya rasa bukanlah satu isu besar yang perlu diperdebatkan...Bagi saya yang sebelum ini pernah berguru dulunya apa dilihat bunga tari silat yang diadaptasikan walau bercampur dengan unsur silat dari seberang seperti Pencak Silat Tenaga Dasar, Depowojo ia masih lagi mengekalkan unsur atau ciri nusantara...Jika ada pun kelibat jurus dari lain2 seni pertahanan diri saya berpendapat ia tak lebih dari pengaruh, sama juga seperti seni lagu/muzik, asalkan tidak meniru bulat2 jurus Kalaripayat atau Shaolin Wushu itu dan kemudian mengaku ianya buah pukul asal dari kita ok jer carry on...Seni tu universal...


...Selain dari itu selepas road tour promosi filem ini pula nanti boleh saja diusahakan bukan hanya pelakun utama malah keseluruhan produksi untuk berjumpa dengan waris terdekat Mat Kilau jika itu yang mereka mahu, cuma mushkil jugak jika ada nanti yang mengaku waris2 kepada Dato Bahaman, Tok Janggut, Pawang Nong, Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali (Khatib), Awang (Imam) dan Mat Tahir menuntut perkara sama...Ate jenuh 'kaum' nak melayan nya wehh...😅


...Apa yang signifikan ialah kebanyakan dialog serta scene sarkastiknya yang agak melampau bagi sesetengah kita dengan apa yang saya baca dari kebanyakan tulisan netizen...Namun itu yang saya suka 'tegas dan tepat'....Kita perlu akur ubat banyak yang pahit, telan saja jika kamu mahu 'sembuh'...😒


...Berbalik pada isu filem terbaru arahan Syamsul Yusoff, new comers atau 'pendekar' yang hanya handal mengecam di papan kunci tu bukan saja lipat tanjak malah melipat napkin baby pun belum tentu mereka tahu, dan nanti mesti ada yang menjawab "Kalu dah ada diapers mengapa susahkan diri nak pakai napkin" Maka begitulah seterusnya so on so on komplen dan multi alasan yang dah jadi budaya orang kita sejak dulu...Scene Mat Kilau mandi embun tu pun deme faham ke idak...😏


...Ironinya ketika status ini ditulis, pagi beberapa hari yang lalu melalui Radio Klassik pendengar dimaklumkan bahawa sebelum menerbit filem ini lagi pelbagai kajian, rujukan telah dilakukan termasuklah berjumpa dengan waris terdekat Mat Kilau itu sendiri...Jadi pada mereka yang menuduh sebaliknya, korang patut malu dengan diri sendiri jika tak malu dengan khalayak lainnya....


P/S:-Tentang isu ini saya masih menunggu komentar dari seorang pengkritik filem yang lantang tapi masih belum pernah mengeluarkan sebarang filem...Ada kot sesiapa yang sama menunggu...😎


Monday, February 10, 2020

Study Ler Kat Mana Pun...




                                          ...Muhammad Firdaus - Tepi tingkap hotel pun boleh study!😎

...Depa up citer pasal student yang study kat McD, aku pun ada citer yang lebih kurang sama..Masa keje di Deli Paris Cafe student non Malay selalu jer datang makan/minum dan bising2 sebelum semuanya senyap sepi...Bila diintai rupanya masing2 sedang tekun study...

...Berbanding masa keje di Grandy's dengan anak bangsa aku yang selalu datang dengan beruniform sekolah buat bising, dating dengan couple, lekat chewing gum bawah meja lagik, yang sudahnya manager kami terpaksa panggil Polis dan angkut mereka semua naik van bawa pergi balai...

...Arwah abah pernah citer kawan dia biasa angkat kerusi meja dok bawah lampu tepi jalan untuk study...
Ye la time tu hidup susah, letrik kat umah takde lampu pelita pun terhad...

...Kesimpulannya belajar ler kat mana pun yang penting rajin, tiada alasan dan juga usaha yang tidak mengenal penat serta lelah... 😯


P/s: Kat McD aku tak tau citer sebab tak pernah keje kat situ..😁

Thursday, October 12, 2017

...Jom ngopi eh!



...Tiap tiap 1hb. Oktober dikira sebagai official day untuk hari kopi sedunia..Hahh masa kekecik dulu abah sebulan sekali akan ke Ipoh naik bas, semata mata nak beli kopi favourite dia...Kopi Chap (ejaan lama) Gajah..Rasanya memang sedap, bau pun harum...Selalunya kopi kami minum pada waktu petang atau malam dan selain mak, kakak sulung yang jadi tukang bancuh...Sekarang dah dekat 10 tahun awok jadi penagih, humm penagih caffiene yg bersumberkan dari kopi...try memacam brand dah jenuh, decaffe maupun esspresso (sebut - espreyo) yang murah yang mahal dengan memacam rasa, ada sedap ada jugak yang ok gitu gitu je..tak ketinggalan yang bukan rasa kopi..tak tau ler deme buat dari apa.. awok plak asal itam kira consider kopi je laa...


...Masa keje dengan Deli Paris dulu pernah jugak jadi barista tak bertauliah dan masa mula mula keje pernah tak tidur sampai pagi dek ter overdose dengan esspresso...Tinggal di Banting dulu kalau tengokkan keadaan biji kopi yang dijemur tengah panas dalam kawasan kilang dengan anjing anjing yang berkeliaran di atas biji biji kopi tu rasa macam taknak dah minum kopi nih!


...Ate kali ini awok nyambut Hari Kopi dengan kopi O korang gula, bukan nak promote tapi setakat ni hanya Kopi Che Nah peket ijau je yang best dan kena dengan selera awok berbanding peket kuning...hirup panas panas sikit demi sikit sulam pulak dengan kacang Ngan Yin yang sejak dulu dilabel sebagai kacang Menglembu, tapi la kan sepanjang 37 tahun dok di merata Ipoh dan Menglembu nih awok memang tak pernah pun jumpa kebun apatah lagi ladang kacang tanah...


...Kiranya la kan mende2 fake bagi tujuan bisnes dan marketing nih orang dah praktik lama dulu lagi dah...Ni sume strategi dalam bisnes je...tu pasal depa reka macam macam hari sambutan macam hari ibu ayah, hari teh, hari lemon, hari ais cream, hari melawat Kamdar, hari melawat Perak 2017 yang tak terasa langsung pun auranya huhu...Bezanya sekarang presentation depa lebih pro dan advance, guna media, guna internet, masuk TV bagai so agak payah nak detect kalu fake pun...tapi dalam pada itu ada gak yang kantoi..bak kata oghang kampung teman sepandei2 deme menari breakdance sesekali terkolap tengkok jugak...
                             ...Alamak dah lari jauh dari topik...Huhu...Ate moh ngopi! 😄

                     
                          ** Rupanya 1hb.Oktober juga dikira sebagai Hari Opah Dan Nenek!🙌

Wednesday, October 4, 2017

...Beruas Dulu Dulu...



...Beruas@ Gangga Nagara dulunya kerajaan purba...

...Tinggal di pekan kecil Beruas dulu, walau kecil tapi best..kerana sungguh pun begitu macam2 ada dan ia tetap happening...Sebulan sekali ada wayang pacak dari Jabatan Penerangan, selalunya cerita koboi hitam puteh, tengah syok menonton wayang berenti sekejap untuk bagi peluang pegawai dari jabatan kerajaan untuk berucap atau membuat pengumuman tentang dasar dasar kerajaan atau lainnya, kami budak budak tak amik pot pun sume tuh...seminggu sekali ada pasar malam, depan umah aje, ada pasar lambak tiap2 hari ada padang bola tempat di mana kami dari pelbagai bangsa berkumpul dan bermain layang2..ada liga bolasepak masa tu dan team yang bagus ada dua, team dari estate Columbia, jalan Taiping dan juga team Gula Perak Berhad, area Kampung Kedah/Kampung Banjar, Jalan Sitiawan, tapi game bolasepak sekarang langsung aku tak minat lagi,walau masa sekolah rendah dulu pernah jadi wing kiri untuk wakil sekolah...di padang tu jugak lah tempat diadakan pesta ria dan sambutan Maulidul Rasul...


...Banyak perubahan yang sebenarnya menghakis kenangan lama...

...Pernah jugak pekan kecik ni dikunjungi oleh artis2 seperti Jamali Shadat & Hamid Gurkha bersama Orkes El Suraya dari Medan, Indonesia, kumpulan nasyid yang suatu masa dulu lagu Selimut Putih nya diharamkan dari disiarkan di radio...(Pelek, sedangkan lagu berunsur lucah oleh artis lain dibenarkan)...Pergi sekolah ramai2 jalan kaki menyusur tepi jalan Beruas - Parit, balik sekolah pula sayup sayup2 terdengar lagu2 dari jukebox bazzar pekan kami, hilang rasa penat berjalan tengah panas terik bila background muziknya dari The Zurah & M.Shariff dan Black Magic Woman - Santana..Pergh! Haha...Hujung minggu pulak mandi sungai atau taliair kat Kampung Changkat, jalan Taiping...untuk lebih adventure kami ke Ulu Licin mandi jeram yang ada kat situ...

...Padang tempat bermain zaman kanak kanak kami dulu...

...Sesekali rombongan sarkis atau fun fair ada jugak berkunjung ke sini, masa banyak ayam itek di kampung yang hilang...masa ni jugalah dapat tengok gajah, harimau, ular sawa, sesuatu yang amat rare bagi kami kanak2 juga orang dewasa masa itu,bole saja nak tengok sume tu kat Zoo Taiping, tapi nak pergi pun bukan dengan modal air liur je...Bagi kami anak kampung yang belum sangat terdedah dengan kemajuan dan dunia luar semua ini adalah dunia dan syurga kami...

...bekas tapak  kuarters kami sederet dengan rumah 3 bersaudara Sohaimi Meor Hassan...
(Di belakang tu rumah kedai yang selalu pasangkan lagu Inggeris ketika malam hari)

...Panggung wayang yang satu2nya ada di sini akan gegak gempita dengan penonton yang hadir untuk menonton filem 'pecah panggung' dari pelbagai genre serta tajuk - James Bond era Sean Connery, Hindustan - Haati mere Saathi, Bobby, Kati Patang, Yadon Ki Baaraat, Sangam, gambar Melayu dari Merdeka Studio pada era malapnya Darma Kasuma, 6 Jahanam, Jangan Tinggal Daku, Do Re Me, Di Sebalik Tabir dan lain lain... tapi untuk menonton wayang itu pun jarang2 sekali,walau tiket paling mahal masa tu cuma enam puluh sen untuk kelas satu! Ye panggung yang sepanjang masa menonton membuatkan kita tergaru garu dek gigitan pijat...Owh ya kalu sekarang orang terganggu dengan bunyi talipon ketika menonton, tapi dulu kita akan tidak selesa dengan bunyi background dari gigitan kuaci penonton walaupun sound dari speaker panggung tu dah cukup kuat!


...Sejarah Beruas banyak tersimpan di muzium ini yang dulunya adalah Mahkamah Magisteret...


...Musim buah lagi best yang hanya muncul pada tiap bulan December - Rambutan, durian, mempelam...Orang muda sekarang munkin tak percaya sebab sekarang durian boleh didapati anytime..takde kira musim lagi, cuma seluk poket dan kira duit aje cukup ke idak nak beli...Dulu jual pakai longgok lani ...Hummm guna kilo..setajam tajam duri, tajam lagik harga durian tuh!


...Bas pun sekarang dah moden dan cantik...

...Cuma apa yang selalunya malam sebelum tidur dapat tumpang dengar lagu2 Inggeris dari radio yang dipasang oleh jiran bangsa China yang tinggal di kedai belakang rumah kami walaupun sayup2 itu dah kira ok...Masa tu tak tau siapa,tapi masih ingat dan lama lepas tu baru tahu siapa artis2nya...Carpenters, The Doors, Cream, Byrd, Mamas & Papas, Tom Jones, Engelbert Humperdick dan banyak lagi...
Ohh ya jangan lupa pulak Mary Sia Ling Ling, Tracy Huang, Francis Yip
...Aahhh memang Old Skool Is Gold!😉

Friday, August 25, 2017

...Memang Potong Beb...





...Pagi Sabtu minggu yang lepas aku dengan wife ke kedai makan Melayu yang dah jarang jarang kami kunjungi walau dekat dengan area rumah...Untuk lebih santai kami naik motor je...motor yang sport rim belakangnya dah bergoyang2 ke kiri kanan bila ditunggang..tanya dengan pomen katanya tak boleh repair lagi sebab bearing dah pecah, hendak kalu tukar sebijik sebijik je rim tuh...disebabkan aku ni jenis bawak motor yang mana kalu orang bunting lapan bulan setengah  pun speed lebih laju (Err  ini Pak Zainal yang cakap bukan aku ye) so aku biarkan aje tanpa direpair...

...Sampai di kedai hanya beberapa pelanggan yang kelihatan dan aku suka macam nih...Tak kuasa aku kalu kedai yang ramai pelanggan, lebih lagi kalu ada yang merokok...potong stim...Turun dari motor apa yang aku nampak tokey dengan 2 orang pekerja masih terkial kial menyiapkan apa yang patut untuk berniaga ini pun potong stim...Kami duduk disatu meja bawah pokok ketapang yang jadi tempat berlindung gerai itu...Port memang best..Wife pun order " Er mee sup satu" Dijawab oleh tokey dengan "Nanti jap nak tengok, err takde lah tak siap lagik" Spontan aku tengok jam tangan B.U.M yang dihadiahkan oleh anak sulung baru baru nih..Pukul 7.45 pagi!..Perghh!! Dua kali potong stim...ini bukan pertama kali beb, dan ini jugalah sebabnya kami jarang jarang kemari...


* Mujur kueh muehnya sedap...

Sunday, August 24, 2014

..Boikot?...Lu Bukan Brader beb...






...Dulu aku keje dengan Deli Paris dan Grandy's..Restoran Fast Food yang difrancaiskan di Malaysia...Asal dorang? Owhh aku tak tau dan tak mau pun amik tau...Cuma sememangnya aku minat untuk bekerja dengan deme ..Salah satu sebabnya...Presentation dorang yang nampak grand dan waktu bekerja yang flexible...Dan  Fast Food yang dilarang oleh Doc untuk aku makan ialah KFC...Sebabnya terlalu banyak garam dan MSG... tapi to be honest aku despite itu semua sebabnya...Bukan KFC saja yang begitu, kacang puteh dan kerepek ubi di Buntong tu pun banyak garam dan MSG  jugak...Dan aku tetap tegar dengan berpegang pada berbuat apa pun perlu berhemah dan berpada pada...Makan, minum, tidur, kerja dan exercise tak payah nak berlebih lebih...  


                         ...La nih sana sini orang dok sibuk nak boikot product itu ini pelbagai....


...Ok aku bercakap secara umum la kann....Would you please don't get me wrong ok...Now take a deep breath and seat back...Listen to this...Kalu nak kata yang di luar sana nun zalim..Rasanya dalam rumah kita pun ada yang lebih zalim..Munkin tidak sampai tahap membunuh saja lagi...tapi penderaan fizikal dan mental!? Apa tak zalimnya kalu anak bini disepak terajang, duit gaji bini dan mertua pun dipaw sama...Menghisap rokok depan ahli keluarga bukan ke zalim dan tak berperikemaknusian namanya itu!?...Cuma yang aku rasa menyampah bila mana mereka ini aku tanya...Boikot ekk...Ade ko boikot rokok??? Ko tau siapa empunya syarikatnye?? Semua tersenyum kelat dan terus tukar topik cerita....Fatwa Ulama pun dah kata mende tu haram kerana memudaratkan diri sendiri dan orang lain...Sedangkan itu tanggungjawab orang lelaki...Menjaga keselamatan, kesihatan dan kerukunan rumah tangga....Standard la orang kita kalo kena kat orang lain sibuk suruh boikot itu ini tapi bila terkena kat batang hidung sendiri?...Lu apa hal beb?!?..


...So if you want to boycott just do it yourself...otherwise don't pointing finger each others...But if you ask me why l m not on the track...To be frankly I just can't stay away from my clothing, gadgets, cereals, Eu De Toilet, and music...Hewlett Packard, Nokia, Samsung,Wrangler, Levi's, Nike, Tommy Hilfinger, Bitch, Post, Nestle's,Van Hausen and my Ralph Lauren...We all knows those things made or overshadowed by them...Juga muzik janaan Judas Priest dan yang seangkatan dengan nya...And one more thing that we should know between Jewish and Zionist...More info? Please don't ask for more..just help yourself to find it...




...Bagi aku kalu setakat nak boikot separuh, sekerat, sedikit..Hentikan lahh...Sori beb..Kalo nak marah atau tak suka dengan pendirian aku...Apa pun aku punya cara tersendiri untuk menyatakan marah terhadap apa yang dilakukan oleh Puak Zionist...Juga aku menyokong 199% akan Palestine...Usah ditanya mana perginya lagi 1% tu...Cuma cara kita berbeza, kamu dengan cara kamu dan aku dengan kaedah aku sendiri...Jelasnya aku bukan lalang!..Ok..because everybody have their own right to do or not to do..What ever...


...Justeru jika nak buat sesuatu kita tidak seharusnya melakukan secara selektif...dan jika tidak mampu melakukannya lebih baik mengaku dari awal...Agar tidak dikatakan sebagai hipokrit...Kerana banyak lagi cara atau pun kaedah untuk menyatakan pendirian kita dalam menentang apa saja keganasan...Bukanya dengan sekadar terkinja kinja di depan premis dan melakukan provokasi...Terjerit jerit di merata traffic light membuat Flash Mob...


.... Jelasnya semua ini hanyalah bermusim..Biasalah tu Malaysiakan senonim dengan musim dan demam...Ye lah musim buah, musim kenduri kahwin, musim cuti sekolah dan macam macam musim lagilah termasuklah dengan isu ini...Chapter closed...



P/s :- Sekarang semua dah senyap dan kembali melepak kat Mc D dan Starbuck..Hahha...Lu apa hal beb!? Lu memang bukan brader laaa!!

Tuesday, April 15, 2014

...Proud To Be Malaysian...


...Now and one more time worldwide well known in motors industry company...Toyota has announced to recall their certain vehicles...A few years back it happened to their Camry...And this time involving to Corolla, RV4,Yaris, Highlander and Tacoma... and as reported recently it due to technically problem...


...Well every single time when our local manufactures launch their new products all that we find many peoples out there just waste their time by mumbling over on FB, Twitter or even in the news paper...those peoples always trying to figure out even just a little things...as long as they could condem and no matter how hard it could be...

...C'mon...please never condem our local products..many peoples not willing to give a try just because it's local made...I ve been driving my local made MPV's for a years...You know my outstation drive was a cruise...The 1.6 Turbo Charged drove like a 2.0 (As same as Innova 2.0)...And no any complaint at all so far...

...Look actually its depend on how we treat them...my mechanic once told me that we should treat vehicles like a woman...So what?! Funny?!? No no...Don't get me wrong..you see what I meant?...So what's a big deal? Here I tell you again don't be hesitate and just give a try to our local products..No matter what..We are Malaysian and must be proud of it...


....To be fair I don't know much about engine but as basic as car,van and MPV owner/user at least I know a little bit about it...Oh ohh..I forgot actually I am not a preacher anyway....Hummm whatever...



P/s : - ...But I do prefer Kerepek Pisang or Lempeng Kelapa instead French Fries or Pan Cake...As my friend show off his Pulut Udang yesterday..Today I am gonna get it...So lets support our local products...Anything including our music scene!!

Wednesday, January 29, 2014

...Siapa Yang Tidak Poser Beb?!






...Maksud poser dikalangan orang kita ialah "menunjuk nunjuk" dan bagi saya senang saja...semua orang poser...Jika guru  tidak poser student pun tak pakai loceng lembu kat tengok tak gitu?..kalu Jimi Hendrix tidak poser siapa pun tak kenal dia, jika Quorthon tidak poser lu pun tak kenal sapa mamat nih beb? Beza nya antara poser yang 'true' atau pun poser yang meleweh...kalu dulu dulu orang gelar poster boy atau poster girl...Perkara ini ada pro kons nya...Jika tidak kerana poser yang berlebih lebih tidak lah Kurt Cobain jadi tak keruan hidupnya  hinggakan can't take it no more...and finally blow his own life away...sedangkan bukan itu yang dimahukan...syndrom overrated atau over expose juga bermula dengan poser jugak....Akibat ingin showing off aka poser jugalah yang mendorong saorang pengamal Satanism membunuh Avajaee penyanyi/bassist kumpulan Surrender Of Divinity pada 8hb.Januari yang baru lalu...Medium untuk poser ini banyak dan rasanya yang paling popular menggunakan FB, Tweeter, Instgram dan dulunya MySpace dan lagi dan lagi dan lagi....



...Satu contoh  minat aku pada muzik Cradle Of Filth  munkin berbeza jika aku tidak membaca/melihat gambar tentang Dani yang berlebih lebih...poser tahap dewa sebegini yang cuma membuat orang menyampah...tidak kira lah siapa pun kamu pemuzik, ahli politik, penghulu, ketua kampung atau pun penguatkuasa yang tak kuasa dalam menjalankan tugas cuma tahu berlagak ke hulu ke hilir dengan uniform masing masing...Sememangnya poser ini perlu pada sesetengah perkara ia diklasifikasikan juga sebagai mengiklan atau mempromosikan diri atau pun sesuatu barang umpamanya...Jika tanpa promosi tak munkin orang akan kenal dengan Kak Ton Comel Takkk???



...Bersedekah dengan diwar warkan kepada sekeliling itu bagus (jika atas tujuan untuk motivate orang lain) tapi sedekah yang dimanipulasikan dengan masuk bakul angkat sendiri atau bagi tujuan menunjuk nunjuk aka poser tahap meleweh tidak membawa apa apa kebaikan dari sudut agama dan juga mata masyarakat...Lebih malang jika menimbulkan ujub, riak serta  fitnah...



...Saya pernah dikatakan oleh sesetengah sebagai poser meleweh dan ada juga yang kata poser gitu2..Terima kasih dan saya berharap mereka ikhlas dalam memberikan pendapat...Kita tidak mampu untuk menghalang atau menutup mulut sesiapa...mulut tempayan sekali pun jika ditutup akan dibuka orang juga sudahnya...Suka saya tegaskan apa pun dikata orang sekeliling saya tidak peduli...Jelasnya saya cuma mau menjadi diri sendiri itu saja....Cuma terasa pelik bilamana  bergambar sama famili dan ibu yang melahirkan  pun saya nak dilabel sebagai poser terdesak! Adakah ini semua juga mampu membuat orang lain cemburu atau dengki?? Hahahahaa ini membuatkan saya rasa lucu pada perkara yang tidak lucu sebenarnya...Ok kita tinggalkan saja Yahudi Mabuk aka Si Luncai itu dengan labu labunya...:0)



...Titik tolaknya poser ini perlu dan patut ada dalam sesetengah perkara...Namun tidak perlu bercakap/show off di status FB atau Tweeter seolah2 kita lah yang paling Islamik untuk mendapat perhatian orang lain sedangkan diri kita sebaliknya....Apa pun perbuatan biarlah berharap pada keredhaan Tuhan bukannya manusia....Oleh itu terpulang pada individu itu  samaada mau jadi poser berwibawa atau pun poser yang meleweh...Chapter closed!


P/s : Status ini tidak bertujuan untuk menyentuh mana mana individu...Well u know i still loving you... 






Saturday, November 30, 2013

...Jalanraya Bukannya Tempat Berlumba...





...Dimana mana kini boleh kita lihat penunggang dengan motorsikal berkuasa tinggi..hatta di ceruk kampung sekali pun...dengan tahap ekonomi yang kukuh kebanyakan dari mereka terdiri dari para eksekutif, selebriti kakitangan awam mau pun pemilik kebun kelapa mampu melayan hobi yang mahal ini...Sering ke utara saya biasanya akan melihat mereka ini menunggang secara berkonvoi...Aktiviti/bergerak secara berkumpulan sememangnya bagus di mana jika seberang perkara yang tidak dijangka berlaku soal bantuan tidak menjadi masaalah...dan ini jugalah positifnya...semangat setia kawan...


...Cuma bila berada secara berkumpulan ini selalunya mereka lebih mementingkan diri serta kumpulan mereka sahaja tanpa memikirkan pengguna lain dengan menunggang secara berbahaya...Berkonvoi dengan suit mewah serta helmet yang berharga ribuan ringgit membuatkan sesiapa yang melihat  teruja  apalagi si penunggangnya...sering bersama Marshall yang akan 'membuka jalan' untuk mereka walaupun di traffik light yang mana mereka tidak perlu berhenti ketika lampu bernyala merah mau pun memperlahankan kenderaan masing masing...jika di lebuhraya akan menunggang di laluan paling kanan yang semestinya lorong untuk kenderaan dipandu laju...jika menyebut dipandu semestinyalah kenderaan tersebut mempunyai empat roda yang jika laju sekali pun peratusan selamatnya lebih, berbanding motor (2 tayar) ...yang mana saya kira lebih selamat jika menunggang di sebelah kiri...namun menunggang dengan berhemah tidak boleh diambil remeh...


...Pernah satu malam yang gelap dalam pukul 9 di highway Bukit Merah saya hampir melanggar (sempat mengelak) sebuah motor besar yang terbungkang di laluan kanan...Mengucap panjang saya ketika itu...Saya tidak pasti apa yang terjadi pada penunggangnya serta pengguna lebuhraya lain di belakang kenderaan saya...Frankly cakap laa...memang kecut perut melihatkannya...sekali lagi di Lebuhraya Juru yang sememangnya senantiasa sibuk sebuah motorsikal di hadapan kenderaan saya telah dibaling dengan 2 botol besar mineral berisi air setelah penunggangnya 'bermain main' saya melihatnya dengan perasaan gayat..Bayangkanlah jika penunggang itu jatuh dan pemandu BMW yang membaling itu pula terbabas...Pastinya kecelakaan besar akan berlaku kepada mereka juga kami pengguna lebuhraya lainnya...
  

...Tidak faham mengapa pengguna jalanraya ini kebanyakannya seolah hilang pertimbangan serta peradapan bila memulas thortle...jika dikatakan mereka bayar cukai jalan...pengguna lain juga melakukan perkara yang sama.....sedangkan mereka pula tidak perlu membayar tol...Tak rugi jika saling hormat menghormati hak pengguna lain...tiada satu pun  alasan untuk kamu berbuat apa saja di atas jalanraya....setiap pengguna jalanraya mesti berhati2 tak kira jalan tu lurus atau bengkok..naik motor atau pun berjalan kaki...kerana jalanraya bukan nya taman permainan...


..Arwah kenalan saya dulu juga penunggang superbike di mana helmetnya cuma calar sikit saja namun nyawa beliau menjadi galang gantinya...Espek keselamatan munkin telah diambil kira lengkap dengan segala accesories protection namun itu bukan satu jaminan bagi sesiapa jua jika menunggang dengan berbahaya...Ayat klise dari kebanyakan kita pula..."Ahhh dah sampai ajal dia"...Tak dinafikan...ajal,jodoh serta rezeki Tuhan yang menentukan namun kita perlu berusaha untuk mengelak perkara yang buruk dari berlaku...setelah segala usaha dibuat  jika malang juga yang menimpa itu baru boleh dikatakan takdir...


..Rasanya dah banyak kali cakap tentang penguatkuasaan dari pihak berkuasa...tapi rasanya perlu diulang lagi lagi dan lagi...Yaa penguatkuasaan serta hukuman yang lebih berat perlu dikenakan kepada pesalah traffiik ini...harapnya tiada lagi kompromi dengan segala macam diskaun serta pembatalan  jika itu  mampu  untuk mendidik seterusnya menurunkan statistik kemalangan serta kesalahan...dalam masa sama mampu menambah income kerajaan hasil dari kompaun serta denda yang dikenakan...


...Tidak dinafikan bukan semua mereka yang tidak berhemah semasa menunggang...namun jumlahnya saya percaya amat sikit...(selama ini pun belum pernah saya jumpa )...Dengan segala macam kempen yang dijalankan oleh kerajaan semua itu tidak akan berkesan selagi pengguna jalanraya samaada yang menunggang, memandu atau pun mengayuh masih lagi leka atau sering menyangka kemalangan hanya berlaku pada orang lain...



P/s : - Sering ternampak Mat Bangla menunggang basikal dan melintas jalan yang sibuk tanpa melihat dulu kiri dan kanan....


Tuesday, July 2, 2013

...Muafakat Membawa Berkat Dalam Masyarakat...





…Pagi Khamis …Cuti Keputeraan Sultan Perak pada tahun lepas…KRRT di kampong tempat aku tinggal mengadakan program Senam Robik dan Ceramah Kesihatan…Aku dengan wife sebenarnya demam..Namun atas sebab ingin turut serta dan mahu bercampur gaul aku gagahkan jugak untuk hadir... bukan selalu pun dapat peluang begini memandangkan masing2 sibuk dengan tugas…kami datang pun lambat dari orang lain..yang mana program dah pun bermula…aku duduk di tepi padang dengan beberapa orang Pak Cik yang rupanya turut tidak sihat..namun mau jugak turut serta…sebagai tanda sokongan...Alhamdullillah program berjalan lancar walaupun cuma 150 orang yang hadir sedangkan bilangan penduduk lebih dari itu dan bertambah setiap masa…munkin yang lain tu ada halangan atau program lain...ok lah tuu..





....Manakala itu baru baru ini ketika cuti Hari Pekerja KEKWA kampung kami telah mengadakan program bermain bowling di antara ahli...Kami kaum bapa berserta AJK KRTT turut menjayakan program dengan menjadi urus setia selain aku yang hanya datang menyibuk..hahaa...Program berjalan lancar dengan gelak ketawa riang para peserta walaupun ada yang baru pertama kali memegang bola bowling...Acara berakhir sebelum masuk waktu Zohor...Kemudian semua kami membawa haluan masing masing...    




                                       ...antara kaum lelaki yang hadhir....







                                   
                                   ...Syok pulak nengok mende nih.... 
                                                  






                                          ...anak anak layan hal sendiri...
                                       


                                 ...ada gak yang lepak lepak sambil bersembang...


…Namun yang dikesalkan bila mana ada suara2 yang mencemuh…aku tidak melatah..namun bersuara juga dalam nada sinis..Bukan makan minum atau hadiah yang dipentingkan..namun objective nya yang sebenar adalah untuk merapatkan lagi hubungan ukwah sesama kita...kita hidup berjiran perlu bergaul dengan masyarakat ini penting dan ia jugak dituntut dalam agama kita…


…Memandangkan kita tinggal sekampung...jika berlaku sesuatu apa pun jiran sekeliling lah yang menjadi keutamaan untuk kita mengadu…Justeru hormat menghormati...tak siapa rugi…namun jika dengan jiran serta orang keliling pun hendak beradu tenaga,menyinsing lengan...hum payah nak cakap laa…




...ready to roll...




                                       ...bersama tokey Tupperware....




                                        ...Hamper dan Tupperware yang sedang menanti...








                                          ...antara group yang menang...


…Secara peribadi aku ikut dan sokong penuh program seumpama ini kerana ianya tidak mempunyai agenda terselindung yang mana memunkinkan ada kepentingan bagi sesetengah pihak atau pun individu…Jadi kalo ada yang tak suka..takyah campur dan kami pun tak kisah…dan tak perlu le pulak menyindir kerana cemburu dengan permuafakatan yang ada…Kami ade lu orang ade!?!?..


…Sebagai contoh betapa perlu dan pentingnya jiran kepada kita…Satu pagi Jumaat tak lama dulu,saorang jiran kami meninggal secara mengejut sedangkan ketika itu hanya beliau dan saorang anaknya sahaja yang berada dirumah..isteri dan lain2 anggota keluarga berada di Sabah kerana menziarahi adik angkatnya di sana…dipendekan cerita jenazah selamat dikebumikan pada pukul 2.30 pagi hari Sabtu..sebagai menghormati permintaan isteri simati yang meminta agar menunggu sehingga beliau sampai dari KLIA…sepanjang ketiadaan anggota keluarga yang lain segalanya diuruskan oleh kami jiran jiran yang ada dan perihatin…bayangkanlah jika tiada permuafakatan serta pertolongan dari masyarakat setempat seperti itu sedangkan jenazah perlu diuruskan dengan segera...Alhamdullillah dan syukur kerana jiran kami semuanya baik2,perihatin dan mahu berkerjasama…   


…Dalam bab berkawan dengan jiran atau sesiapa pun...aku sebenarnya tak memilih…tua ke muda semua boleh campur…Cuma bila bercampur tu pelbagailah rentak yang dibawa…dengan yang senior dari aku lain rentaknya begitu juga dengan yang muda...dan apa yang penting kita jangan sombong dengan orang keliling....























Tuesday, April 23, 2013

….Buku Mahathir….



…Buku ini sebenarnya dah lama aku dok ushar…sejak baru keluar lagi nak belinya…tapi disebabkan harganya yang berdentum membuatkan selama ini hanya pegang,angkat dan belek je sebelum letakan semula kat rak kedai…


…Aritu ini masa beli keperluan dapur di Tesco aku nampak buku ni dah dijual pada harga patut dibeli… dari Rm 100.00 sekarang dah tinggal 45.++ hahahaa…Sebenarnya harga yang mahal dulu pun sememangnya patut…memandangkan bukan senang nak menghasilkan sebuah biografi macam nih..cuma poket aku je yang kata tak patut huhuhuu…


…Tak kisah le lambat ke cepat mendapatkannya..kerana bagi aku biar ilmu meninggalkan kita asalkan kita tidak ketinggalan…


…Sememangnya sejak kecil aku suka membaca dan selalu berulang alik meminjam buku2 dari perpustakaan…tapi time tu tak sama dengan masa yang aku ada sekarang nih…Dulu masa banyak yang terluang jadinya peluang untuk menjadi pembaca tegar itu sememangnya terbuka…Sungguh pun masih bersekolah scope bacaan aku tak de barrier semua tajuk aku hayun dari perubataan, sains,sastera,novel,fiksyen,geografi,penyiasatan, sejarah dan paling aku suka ialah buku2 psikologi,adventure dan sikit2  pasal politik yang selalunya aku baca setakat satu bab aje...remeh dan rimas...


…Sesekali ada gak ke Perpustakaan kat Jalan Tambun tu…tapi sayang sekarang masa aku tersangat lah tight nak ke gym pun asyik kantoi sesaje...jadi selalunya ruang untuk aku membaca kini hanya ketika melakukan terapi di rumah…Sekarang ni aku suka bersulam dengan lain2 buku atau majalah ketika mahu menghabiskan satu2 tajuk itu… 

    
…Jadinya untuk buku ini aku kena amik masa entah berapa lama pulak le bagi menghabiskannya…Harap2 mood membaca aku sentiasa ok…sebabnya buku Ustaz Kazim – Tuhan Sedang Menguji Kita yang aku beli sendiri dari beliau pun belum habis aku baca…huhuuu..


P/s: - Masa sekolah menengah dulu aku suka meminjam buku karya Ian Fleming, Enid Blyton dari Perpustakaan Awam Negeri Selangor di tepi Sungai Langat.. :0)



Tuesday, March 26, 2013

..Tok nenek konon nak senang..sudahnya anak cucu yang berperang...




…Balik kampung baru2 ni sepupu datang menziarahi aku…dok minum kopi O Che Nah sambil bersila panggung…sembang bla bla bla cerita pasal lembu kambin masing2 yang kami dok ada bela…pastu masuk sikit..sikit je lalu kot tepi kata orang…pasal politik…aku memang tak minat politik..mujur gak dia pun sama…alih2 dia tanya..Uiihh hang tak tau cerita kat kampung aku baru2 ni…Awatnya..balas aku…Laaa hang taw depa dok berkelai sesama jiran pasai tanah..sorang kena tetak…lepaih orang hantaq pi klinik dia pi plak balai buat repot…balik rumah hang tau apa jadik ghumah dia? Dah abih kena bakaq!…Laaa sunguh naaa?!? Kata aku…Sebenarnya aku kena ikut loghat utara bila sembang dengan orang lagu (macam) ni…kalu nak sembang cam biasa jawabnya ayat aku jadi rojak tergeliat lidah apa semoa…hahaa…ok kita sambung balik noo…


...Kisahnya bermula sejak turun temurun bilamana hak milik tanah tidak disettlekan oleh nenek moyang yang terdahulu...tak tau le munkin disebabkan buta undang2 atau munkin ke sebab nak amik senang..sudahnya idak juga senang bila mana anak cucu pulak yang berperang…


...Jadi boleh kita lihat disini yang mana kaum keluarga dari kedua belah pihak dari yang tua hingga ke anak2 kecil..mental mereka pasti akan terkesan dengan semua ini...Munkin mereka akan terfikir kalo mak bapak kamu boleh bakar habis rumah serta semua harta benda kami...mengapa kami tidak boleh berbuat perkara yang sedemikian pula kepada kamu...Dan dendam kesumat ini semestinya juga akan berlanjutan hinggalah ke generasi yang kemudiannya...Dalam soal ini bukan lagi masa nya untuk menyalahkan sesiapa apatah lagi mereka yang memulakan angkara semua telah hancur ditelan bumi...


…Bagi aku laa..hidup ini berteraskan undang2 manusia dan hukum hakam Allah…mau tak mau suka tak suka kita kena ikut dan buat..idak kalo ini le jadinye...Ye la sebagai contoh yang boleh diambil sebagai panduan…  

     
  Cuma apa yang perlu dilakukan ialah mencari jalan penyelesaian...dan semestinya melalui kaedah undang undang yang sedia ada...Mesti dijalankan dengan penuh berhemah...seperti menarik rambut dalam tepung er ujungnya aku tak tau nak sambung...huhuuu...Tapi itupun jika kedua belah pihak bersetuju...namun jika tiada pesetujuaan...??? Bilamana ada yang berani mengatakan tanah ini...Amat Albab yang punya taaawwww!!! Maka masaalah dan permusuhan akan terus berkesinambungan tanpa ada noktahnya... 



Anak tani menjahit jala
Mengail ikan di hujung kuala
Mengalun lagu di tengah bendang

Apalah daya apakah upaya 
Menangis berendam si air mata 
Bumi dipijak miliknya orang

Thursday, March 7, 2013

...Tanggung Jawab...Atau Beban Yang DiTanggung?




...Lama dulu dalam tahun 80an aku pernah bercakap dengan saorang kenalan yang aku panggil abang sebab jauh lebih tua dari aku..dan aku istilah kan sebagai bercakap kerana ianya secara tidak formal..so bukan le bersembang...hehee apa apa aje laa...Katanya lagi..."Sejak saya pindah ke rumah baru nih..saya rajin ke surau..kena la rajin kesurau tu sebab kalu orang tengok kita selalu ke situ ada harapan dorang nak lantik jadi salah saorang dari AJK"..Pergghhh!!!...Aku hanya menganguk 'blur'..tapi dalam hati terlintas jugak..Idak ke yop ni fikir dengan beban yang akan ditanggung nanti...kalu mampu bawa dengan baik ok laaa..Orang munkin akan puji dan hormat dan memang itu le yang kebanyakan orang mahukan..Tapi kalu kantoi tidak ke nanti akan jadi bahan caci atau lebih teruk maki!! Tidak ke malu nanti??


...Itu semua tanggung jawab..dan tanggung jawab yang melibatkan dengan masyarakat sekeliling memang berat beb!! Sebagai contoh...Sekali tu dia bercerita lagi pada satu tengah malam orang kampung kejutkan dan ajak dia pergi tangkap orang berkhalwat...Tapi yang dikesalinya sebelum tangkap mereka pakat layan skodeng ramai2 hinggalah sipelaku terlanjur (terlanjur?? Caitt!)...Selepas kejadian malam itu  katanya dia terus give up dan tak mau terlibat lagi dengan usaha menangkap (skodeng dulu puas2) seperti itu...Tak mau bersubahat dengan orang yang buat dosa katanya...Hahhh baru dia tau...Bukan senang nak pikul tanggung jawab semua itu...Kamu munkin ikhlas untuk melaksanakannya..tapi orang keliling belum tentu...


...Dalam bab melaksanakan tanggugjawab.. ikhlas ni pun satu hal jugak...bayak yang cakap...Saya berjanji  jika saya terpilih untuk menerajui..saya akan dengan ikhlas bla bla bla untuk kome semua...Hummm sebelumnya..memang laa pelbagai janji yang diberi...bulan bintang pun kalo diminta katanya boleh dibagi...Ye laaa...paling tidak kueh bulan atau sepah bulan pun sama le jugak...Oleh itu dengan tanggung jawab yang diberi bukan didamba berperi peri..laksanakanlah secara jujur,ikhlas serta adil...jika tak sanggup atau tidak berkemampuan angkat tangan berundurlah...dan jangan dengan tidak secara sukarela terpaksa melepaskannya kepada orang lain...Kerana dalam pada nak bertanggung jawab kononnya, takut langsung jadi beban yang tak tertanggung untuk dijawab...



P/s: - Rasullullah SAW ada berkata mengenai kepimpinan - Permulaannya layak,setuju dan sesuai.Keduanya penyesalan.Ketiga,azab di akhirat,kecuali yang berlaku adil,dan bagaimana untuk berlaku adil kepada orang yang rapat (keluarga) dengannya (Riwayat at - Tabrani dan al - Bazzar)  

Monday, December 17, 2012

...Cerita Kedai Kopi...





Cerita 1 ...Hujung minggu baru2 ni aku tak bertugas kemana mana pun...dok layan selesema  yang tak kebah2 lagi jee...Lepas solat subuh awal pagi aku terasa pulak nak breakfast kat gerai Melayu berdekatan dengan kampung tempat tinggal aku...Start kapcai pulas thortle...Sampai je...aku tengok pekerjanya sedang sibuk bersiap2...baru buka beb...Alahaiiii..kerusi meja  pun belum disusun... hummmm....Tanpa ditanya dengan selamba dan penuh yakin je tokeynya bercakap..."Belum buka yop tengah dok bersiap lagi"...Hummm!!! Jawabnya layan mamak jugak laa aku pagi nihh...Err...tapi untung jugak sebab ada Wi Fi...huhuuuu....  



Cerita 2 ....Satu hari aku dan kawan sedang minum di sebuah gerai…datang saorang peminta sedekah mahu membeli teh ais…Sudah siap tapi cuma diberikan pekedai tadi hanya teh O ais…Bila bertegas juga untuk ditukarkan pada apa yang diminta mulanya tadi.Pekedai tadi terus menengking dengan suara yang lantang…"Aku dah bagi tu amik sajalah..banyak plak mintanya!!!…Peminta sedekah tadi ingin membeli sebenarnya bukan minta free (sambil memegang wang) jadi apa salahnya??? Hak pembeli..berikan sajalah apa yang diminta untuk dibayar...Kalo sedekahkan saja pun tak akan ruginya kamu… 

...Selera aku langsung tersentap dengan apa yang aku lihat...Tanpa menghabiskan makanan..bayar dan terus kami berlalu…Kesal dengan apa yang berlaku depan mata..Hormat aku pada orang tua pekedai itu selama ini serta merta hilang…Dan selepas itu aku langsung tidak ke gerai favourite itu lagi (brengset sebenarnya)…Makan minum memang sedap, susu gula tak pernah kurang..Cuma satu aje yang kurang…Budi bahasanya!!!!  (Kisah ini dah lebih 20 tahun berlalu tapi masih segar dalam memori aku...untuk sama sama kita kongsi dan renungkan)…