...Trip ini sebenarnya telah beberapa kali tertangguh..Alhamdullilah kali ini ianya menjadi...Berlepas dari LCCT pada awal pagi 7.01..Janji orang puteh..Ok laa camtu...aku tak perasan berapa jam penerbangan sebab dok layan ngantuk...kata orang tidur2 ayam...
...Mendarat dalam cuaca yang agak kurang baik (bagi aku lah) dan urusan imegresen tak amik masa yang lama sangat...sebab masih awal pagi,jadi airport pun tak sibuk lagi....
..Selepas itu naik bas dan terus Notre Dame salah sebuah bangunan bersejarah tinggalan penjajah Perancis...mujur kami dah sarapan masa dalam flight tadi...Tengahari pergi lunch kat satu restoran Muslim yang mana tokey nya sama nama dengan aku...cuma cakap aje macam itek dengan ayam walaupun depa punya broken english tapi pekat Amerika nya beb...Selepas makan baru ke hotel untuk check in...
...Semestinya jika melawat tempat orang lebih2 lagi tempat yang tak pernah aku jengah ada beberapa perkara yang menjadi perhatian aku...Sejarah,budaya,waktu solat,makanan,sosio ekonomi penduduk setempat selain tempat2 menarik...Antara tempat2 yang termasuk dalam schedule lawatan kami adalah Muzium Perang yang mana gambar2 di dalamnya banyak yang aku snap dan muatkan dalam entri yang terdahulu,Sungai Mekong,Dataran Mekong,Dusun Buahan2 Dataran Mekong,Terowong Cu Chi,Ben Thant Market,Ben Thant Night Market,butik menjual pelbagai jenis sutera,Deuter,Colombia serta The North Face,Hard Rock Cafe,Masjid di Ho Chi Minh, dan lainnya lagi...Sepanjang masa 4 ari 3 malam di negara ini cuaca sentiasa mendung dan hujan...namun alhamdullilah tiada satu pun schedule kami yang tergendala...
..Sebuah Negara bekas jajahan Perancis sepertimana Malaysia yang juga pernah dijajah banyak tinggalan mereka yang boleh kita lihat..bangunan2 lamanya,budaya serta amalan pemakanan antara yang menjadi highlight saya...Sebagai sebuah negara pengeluar kopi kedua dunia,semestinya rasa kopi mereka serta aromanya antara yang terbaik! Di sana sini terdapat banyak tempat yang menjual buah2han dan French Bread..dan sememangnya aku lebih suka makan roti jadi tidak jadi masaalah untuk aku dengan hanya makan buahan2 bersama2 sewaktu sarapan berbanding mereka yang lebih suka pada nasi goreng atau lain2 makanan yang berat2...Satu pujian,French Bread mereka jauh lebih segar serta sedap berbanding yang terjual di AEON serta Deli Paris di Malaysia cafe di mana pernah aku bekerja dulu (mampuih ada yang nak kena penyepak ni kang..hehehehe)
...Munkin kerana telah terbiasa dengan kesusahan masa lalu maka ia menjadi satu kebiasaan atau budaya bagi mereka yang nampak amat selesa dengan hanya duduk di bangku2 kecil serta rendah sambil bersembang dan minum pagi atau petang di gerai2 tepian jalan...tiada zone selasa agak nya dalam kamus hidup mereka...asal boleh...
...Seperkara lagi bila berada di kalangan mereka aku berasa tersangat gemuk..sebabnya amat payah..sekali lagi...amat payah untuk melihat lelaki atau perempuan mereka yang berperut gendut apa lagi yang berbadan gemuk...Kehidupan mereka yang perlu bekerja keras serta corak amalan pemakanan yang lebih kepada banyak makan sayur,roti,buahan2 serta sup yang tidak berminyak antara penyumbang yang aku rasa membuatkan mereka mempunyai susuk tubuh sebegitu...Kuat pada kerja, kurang pada makan...Contoh paling dekat serta mudah...Pemandu pelancung kami menjalankan tiga kerja sekaligus...Sebagai pemandu pelancung,sales girl serta pembantu di restoran...Haahh!! Salute...Yang tua sebaya mak aku munkin..pun masih berkerja keras dengan menjadi pendayung sampan atau berjualan di pinggir jalan...Memang struggle..Namun tiada muka ‘ketat’ yang terpancar di wajah mereka!!!
...Sayang pada alam semulajadi serta bumi...Jika dilihat mereka masih menyimpan banyak pokok2 besar yang terdapat di dalam hutan belantara di tengah2 bandar Ho Chi Minh ini...Walaupun sebelum ini menjadi padang jarak padang tekukur dek penangan 'Agent Orange'...(lihat entri terdahulu)
...Pengaruh Amerika yang pernah bertapak di sini semasa perang saudara lama dulu jelas dengan kebanyakan rakyat mereka yang berbahasa Inggeris menggunakan slang Negara Uncle Sam itu...terdapat ramai juga benih peninggalan mereka yang di gelar AmerAsia yang aku temui...
...Amat menghargai masa..Walaupun bandar Ho Chi Minh sesak dengan kenderaan tapi tepat pada masa yang dijanjikan untuk bas datang mengambil kami...
...Tidak banyak lampu jalan serta traffic light..walaupun kenderaan lebih2 lagi bagi motorsikal serta skuter amat banyak dan bersimpang siur tapi tiada berlaku perlanggaran...Disiplin ketika mereka menunggang serta memandu patut dipuji..begitu juga di lebuhraya yang maksima pecutan hanya dibenarkan 80km...tiada yang aku lihat berlumba lumba...hingga kan topi keledar lebih kepada accesories sahaja bagi mereka...Suka boleh pakai tak suka tak payah pakai...Aku sendiri telah cuba melintas di tengah2 kekalutan lalulintas itu..namun boleh dikatakan..ajaib!! Mereka tahu menghormati hak kita sebagai pelintas jalan!! Disini?!?!..Ahhh usah cakap laaa...Silap2 mati katak kalu idak pun jadi bahan sumpah seranah pengguna lain...:0(
...Selain dari itu tiada apa lagi yang nak aku ungkapkan...Kerana dari gambar2 yang ada ini sudah cukup untuk bercerita serta dikongsi...:0)
Sungai Mekong
P/s:- Aku sebenarnya sedang mengalami sindrom malas nak upload gambar2 yang banyak tu...
....Makanya, ok cukup untuk kali ini..bersambung dalam entri yang lain pulak...hehehee...
.