Total Pageviews

Tuesday, July 11, 2017

...Remaja, Kita & Buli...



...Lama dulu saya pernah berkongsi cerita dalam blog yang saya pernah diminta untuk mencarikan Pusat Tahfiz untuk seorang anak bagi satu keluarga...ironinya sebelum itu budak berkenaan telah pun dimasukkan ke sebuah pusat Tahfiz di Kuala Selangor, namun dikatakan tidak sesuai untuk beliau...Sebelumnya ibu bapa kanak kanak ini telah memaklumkan bahawa tidak tahan lagi dengan kenakalan anak mereka...dalam umur serendah 12 tahun telah melakukan perkara lucah dengan menunjukkan kemaluan kepada pelajar perempuan di sekolah, itu belum lagi dengan pelbagai tingkah laku onar lainnya...


...Kini seolah telah menjadi jika boleh dikatakan trend apabila ramai ibu bapa yang menghantar anak2 ke pusat pengajian Tahfiz...tidak dinafikan bahawa iannya satu usaha yang baik, dan hasil dari penjanaan ilmu akan berterusan faedahnya jika diamalkan...dan inilah persoalannya, samada mereka ini mampu dididik dan seterusnya menjadi 'manusia' ataupun sebaliknya...Ini berlaku kerana ada yang menghantar dengan pelbagai sebab antaranya - mahukan anak2 mereka menjadi soleh/solehah, tidak mampu lagi menjaga dek sebab kenakalan mereka...dan berharap ini adalah satu kaedah terbaik untuk masa depan anak anak...


...Sebenarnya manusia dalam apa pun jurusan atau bidang pendidikan tidak boleh dipaksa dari segi penerimaannya...lebih lebih lagi dalam bidang keagamaan...Ok munkin kamu tidak atau kurang menerima pendapat ini...jelasnya maksud saya alam persekolahan yang biasa kita lalui tidak sama dengan apa yang dialami pelajar institusi keagamaan yang mana penekanaan amat diberi terhadap perkara atau ilmu yang berkaitan dengan agama dan ianya merangkumi pebagai solibus dan saya rasa itu sebabnya pihak kerajaan mahukan institusi ini turut memasukkan matapelajaran lainnya bagi meujudkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam ilmu agama...dan ini juga bagi tujuan untuk mengelak mereka dari terjebak dalam kancah extremist agama...


...Suka juga saya untuk menyentuh dalam skop yang lebih luas dan salah satunya sedang hangat diperkatakan sekarang...Ia itu perilaku buli.Akiviti yang yang telah lama ujud dalam institusi pengajian dan tidak terhad di situ saja malah di mana mana...dalam keluarga, alam cyber, pejabat, kejiranan, di tempat kerja contohnya - bapa kena buli dengan staff lainnya atau dengan boss, balik rumah pukul anak bini, anak pula stress dengan apa yang berlaku keluar rumah cari escapism...mencuri, terlibat dengan vadalism,buli, pukul orang lain untuk release tension atau 'silent rage' mereka...


...Dalam kes T.Nhaveen dan Zurfarhan akibat didera/buli baru baru ini...saya kira ia mampu membuka mata dan minda ramai di kalangan kita terutama pihak yang berkaitan...walau pun terdapat kes kes lainnya yang dianggap kes terpencil namun ia bukan perkara kecil yang boleh dipandang remeh...lebih dari itu ia melibatkan nyawa...


...Perkara ini berlarutan dan berturutan kepada orang lainnya juga...Mengikut pengamatan salah satu punca aktiviti tidak bermoral dan perilaku buli ini juga bermula dari rumah...Jadi antara kaedah yang wajar dipraktikkan adalah penerapan nilai nilai kemanusian dan jati diri sejak di bangku sekolah rendah lagi dan ibu bapa serta ahli keluarga lainnya tidak terkecuali untuk terlibat sama...Mereka masih rebung dan mudah dibentuk berbanding kalangan mereka yang dah dewasa jika baru nak dimulakan semuanya memang payah...Buang atau gantung sekolah contohnya,bukanlah satu satunya hukuman masakini yang praktikal malah menafikan hak mereka sebagai manusia untuk diberi peluang belajar atau berubah...hidup di dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi ini peluang perlu diberi sama rata...maka itu sebabnya diujudkan Sekolah atau Pusat Pemulihan Akhlak...munkin di situ mereka lebih sesuai dan mampu membina semangat dan hidup baru...