Total Pageviews

Showing posts with label Cakap Kata Hati. Show all posts
Showing posts with label Cakap Kata Hati. Show all posts

Wednesday, October 29, 2025

..Allah Mendidik Kita..

 


..Seseorang tu bukan saja2 hadir dalam hidup..Begitu jugak bukan saja2 dia pergi dari kita...Kita jer samada nampak, sedar, faham atau tidak yang Allah sebenarnya 'menegur/mendidik' secara amat berhemah untuk kita mengerti akan sesuatu...

                    ..πŸŒΉπŸŒ»πŸŒ·πŸ¦‹πŸ..

Wednesday, October 22, 2025

Isu Hangat Lani...

 


...Aku boleh ingat lagi masa ikut Mak motong getah time cuti Sabtu Ahad dulu2, dari radio transistor yang dibawa terdengar ucapan YDP Agung ke 8 masa tu " Biar anak menangis sekarang dari kita mak bapak nya yang menangis kemudian ari" Baginda menyentuh tentang isu kawalan dan pendidikan terhadap anak anak...

...In fact isu attitude, psychology, disiplin, serta jati diri sudah lama diperkatakan sejak dulu bukan hanya sekarang, jugak ia merangkumi semua gender, bangsa, peringkat usia dan level masyarakat itu sendiri...Lain ulu lain parang, lain dulu lain sekarang, sungguh pun gitu bezanya aku rasa tak banyak cuma impak pada masyarakat dan tak keterlaluan jika diambil kira pada negara memang besar...

...Masa sekolah dulu aku sebagai pengawas selalu 'menangkap' group terdiri 5-6 murid pandai dari kelas Perdagangan, kesalahan mereka di sekolah ponteng kelas, ponteng assembly, isap rokok dalam tandas sekolah dan ada juga student lain yang ditangkap kerana berduaan dalam kelas kosong...Haaa kau... Lebih lagi palatnya mereka berdua tu adalah terdiri dari kalangan kami pengawas jugak...

...Luar sekolah aku dan pengawas lain tak amik port itu che gu disiplin punya part, contohnya tunggu dan tangkap murid ponteng sekolah depan panggung Lido atau Kapitol dan impak dari kes itu che gu tu pulak kena lastik masa sedang drive kete dalam kampung...

...Dah naik form 5 salah saorang dari mereka yang aku sebut tadi pergi amik exam dengan tangan bergari asbab sebelum tu dia merompak stesen Esso di Pekan Banting, ini dilakukan secara 'One man show' rompak tu satu hal..dikatuknya kepala Benggali jaga tu dengan tukul, cukup seminggu Jaga yang kritikal tu mati di wad Hospital Kelang..Berkesudahan student tu dimasukkan ke Sekolah Henry Gurney, Penang atas kesalahan juvana ketika itu... 

...Ini citer lain plak... Che Gu disiplin yang berjiran dengan aku beberapa tahun lepas terbakar motornya di masjid ketika mengerjakan Solat Tarawih...Beberapa hari lepas tu baru tau student dia yang ampunya angkara... 

...Aku pernah diminta untuk mengurus kemasukan sorang ex student ke sekolah agama di Ipoh dan memantaunya, sebelum itu beliau pernah lari dari sekolah agama terdahulu di Kuala Selangor...Walaupun dalam bab bersukan moto aku ' No Retreat No Surrender' tapi dalam bab memantau anak orang walaupun dari keluarga terdekat aku awal2 angkat tangan surrender...Mak bapak dia seniri pun dah tak upaya nak handle, siapa lah aku...Setakat beri pendapat dan nasihat yang mana patut tu ok lagi (tak layak pun sebenarnya)...Serious ini bukan keje senang beb... 

...Apa pun setiap permasalahan pasti ada punca dan solutions untuk menanganinya...

...Sekadar menuding jari sana sini saja kita tidak mampu mengubah apa apa...


                       ..πŸŒΉπŸŒ»πŸŒ·πŸ¦‹πŸ..


P/s: Ate nak makan pun lu still kena ambik pinggan...Kann😬

Friday, December 6, 2024

Orang Beragama Itu Beradap!

 


..Saya biasa menjual, menunggu 2-3 jam utk walk in bertemu pelanggan walau sales belum tentu dapat, tak dapat payment, kena tipu, back stabbing, itu semua biasa dan byk mengajar saya apa erti sabar dan redha, dan setakat ini belum pernah dimalukan di khalayak ramai..


..Dalam satu video yang tular mengenai penjual air diaibkan di khalayak oleh saorang ustaz di negara sebelah saya berasa si penjual tu jauh lebih mulia dari semua mereka yang mentertawa dan yang di atas pentas itu..


...Ustaz tu nampak 'kekurangan' si penjual tapi kelebihan beliau tiada siapa tau hanya yang kita nampk betapa tegar beliau berusaha untuk hidup,  apa yang dijunjung bukan sekedar air jualan malah lebih dari itu adalah tanggungjawab untuk diri & family...Selain dari itu yang tak kelihatan di mata kita amalan spiritual beliau, munkin jauh lebih banyak dan lebih ikhlas berbanding kita dan ustaz yang mengolok2kan beliau...


Jelas tinggi ilmu belum menjamin tingginya akhlak sesaorang...Sesungguhnya, Allah S.W.T tidak melihat kepada keturunan, pakaian, rupa paras, penampilan, perhiasan tetapi Allah S.W.T melihat kepada hati, akhlak dan amalan kita...


..Jika dilihat dari satu sudut lain pula betapa Allah menegur semua kita secara berhemah dengan cara Nya yang tersendiri, yang buruk jadikan sempadan...Make up your mind...Yang faham akan faham...🌷🌻🌹

Monday, April 29, 2024

Lawan Kita Untuk Hidup!


 ...Aku pernah keje jadi waiter, jadi cook, jadi steward kitchen hotel, pernah niaga kueh, jual muruku, mercun, bundle bagai, tebas rumput, trading & supply..Ada part dan masa peak ada jugak masa mendap...Travel utara selatan buat walk in sales, delivery, collect utang kekadang dapat kekadang kena kencing, back stabing dari orang terdekat..Drive dalam ribut dan ujan lebat beberapa kali di North - South highway waktu tengah malam...Panic attack..adakalanya terasa amat payah semua tu..tapi bila kita tengok ada yang lebih struggle, timbul rasa syukur yang kita tak kesaorangan dan tak seteruk mereka...Syukur, yang mana semua kita mesti ada...Konklusinya kita kena selalu pndang orang di bawah dan terapkan rasa qanaah..InSyaAllah...Semua akan mudah...


P/s: Tiada excuses dalam melaksanakan tanggungjawab yang kita galas untuk family, family, family dan diri sendiri...Hidup mesti terus!

                          🌷🌻🌹πŸ”₯

Thursday, April 4, 2024

..Seni Vs Sampah..

 




......Berharap sangat para komposer atau penggiat muzik di Malaysia ini agar 'beretika' dalam menghasilkan product mereka, dan jangan lagi ada yang berfikir dengan duit yang ditawar/ada oleh 'funder@art destroyer' "Aku sedia berbuat apa saja"...Jika alasan demi survival, sepatutnya sedia maklum bahawa matlamat tak halalkan cara...Jika dulu ada yang mempertikaikan kenapa lagu lagu 60an liriknya banyak yang menyebut tentang lara putus cinta yang saolah olah tiada lagi esok nya, tapi walau dengan melody serta muzik yang sebegitu ianya masih menghibur apatah lagi dengan muzik Pop Yeah Yeah ketika itu...

...Jika dulu kita terkesan dengan kata kata menghina dari saorang artis senior dari negara jiran apabila menyebut tentang product seni tanahair, sekarang saya berasa apa yang dikatakannya amat benar sekali dan kita patut malu... 

...Tugas artis (ori) selain dari menghibur dalam masa sama perlu menerapkan unsur mendidik dan menjurus pada perkara yang positive...Cukup cukup lah tak mau lagi masyarakat kita disogokkan dengan product sampah dari so called 'artngeletis' yang hanya mementingkan rating,viral,havoc dalam medsocs...Dalam isu ini pihak media juga perlu bertanggungjawab dan mengambil peranan dengan tidak menyokong mereka ini (yang tanpa menyanyi pun dah kaya dengan products lain)... 

...Berasa dengan duit boleh redah semua, mereka silap sebenarnya, kerana penghormatan dan penghargaan tak boleh dijual beli (unless u lack of integrity)...So please jangan turut jatuhkan mertabat penggiat seni lainnya yang jujur dan ikhlas dalam menghasilkan products masing masing...Seni itu indah walau adakalanya ia amat abstract...Bottom line, destroying art is practice for destroying people!

                              🌹🌻🌷

Monday, February 19, 2024

...Hidup Muhibbah, InSyaAllah Takde Masaalah...

 


...Saya ramai kawan China sejak kecik dan ramai yang tak tau, kawan India ada laa sket2 dalam 5-6 kerat camtu..Selalunya Melayu kalu kawan dengan China atau bangsa asing akan dilabel 'ada apa2' lebih2 lagi kalu berkawan baik..Itu munkin orang lain tapi kami tidak..Saya terkilan dengan persepsi semacam itu..Sejak muda kami walaupun berlainan ideology, bangsa dan agama tapi tetap tolong menolong antara satu especially bab cari makan, tiada istilah kau guna aku, aku gunakan kau...kerana kami saling memerlukan, dan salah satu terasnya adalah honesty dalam perhubungan...


...Salah saorangnya Mr Chua yang telah lama tidak bertemu setelah beliau berhijrah...Saya tau sokongan beliau pada kerajaan yang memerintah 'pulau' sekarang ini amat pekat, atas alasan itu jugalah dia settle down di sana walau dah lama tinggal di Ipoh bersama family...Sebelum ini bila bertemu kami ketepikan saja semua itu lagi pun dia tau saya memang open-mindedness kalau dalam bab ideology politik...Kami akan berurusan dengan loghat Penang beliau yang pure dan saya pulak tenggelam timbul dengan Perak dan UtaraπŸ˜…


...Dalam satu video yang dikirimkan pada saya beliau bermain gitar sambil menyanyikan lagu D'lloyds, di situ saya perasan dia tak macam orang lain...Hehe saya jugak dulu biasa jer layan Frankie Cheah, Andre Goh, Tracy Huang, Francis Yip dan Elaine Kang, juga kumpulan Beyond, kenapa perlu limitkan listening pleasure ye tak?...We re Malaysian dude, together we stand devided we fall...

P/s: - Kita sebagai  rakyat sebenarnya tak perlu tunggu orang lain sebagai penggerak untuk jadi duta muhibbah...🌷🌻🌹

Thursday, December 21, 2023

Usah Perlekeh Amalan Simple...

 


...Tujuan tu dah baik bersihkan kubur, yang tak baiknya plak..Bersihkan kubur waris, sampah letak kat kubur orang lain...Ada jer yang cakap, tolong jer buangkan tak perlu nak komplen, merungut bagai...

..Isunya sebab kerap sangat berlaku, Ok lah camni ye katakanlah jiran bersihkan rumah mereka dan letak segala sampah tu kat umah kamu saya tak nak tanya apa perasaan kamu, cuma amat lah beruntung  jiran tu sebab mempunyai jiran yang sentiasa sanggup langsaikan sampah sarap dia...

...Ada juga yang ambil inisiatif dengan menulis kenyataan dan lekatkan di pondok rehat kubur mengingatkan waris supaya segera meletak tanda nama pada kubur  selepas pengebumian, ini merujuk satu kes yang berlaku pada 2019 yang mana diujung kaki ibu saya terdapat 2 kubur baru (salah satunya kenalan saya) yang setelah berbulan kematiannya berkesudahan dengan disalah tanda dengan kubur bersebelahan yang juga tidak bertanda...Adakah saranan agar semua waris segera meletakkan tanda sementara (sebelum membuat batu nisan/kepuk) juga dikira tak patut untuk disebut kepada orang ramai dan masih perlu dipertikaikan? Ada kubur yang lama tidak diziarah ada juga yang langsung tiada berpengunjung, mereka yang setiap hari berkunjung pastinya akan 'nampak' semua itu...

...Ini isu common sense dan sivik dan tak timbul pun soal berkira, namun jika tiadanya adap dan cakna dalam diri maka tak hairan lah masaalah attitude ini dan lainnya menjadi isu dalam masyarakat kita sejak dulu, kini dan munkin selamanya...

                                              Sad but true! C'mon, make up your mind!!..

...Maka atas dasar tanggungjawab serta perihatin yang tersisa dijiwa jom lakukanlah saja apa pun asalkan ianya memberi menafaat kepada semua, moga sekelumit usaha menjadi penyebab redha nya Allah terhadap kita...Aamiin..

...Amalan simple di mata manusia namun di sisi Allah munkin besar ganjarannya...

                                                                            πŸŒΉπŸŒ»πŸŒ·πŸ™

Thursday, November 2, 2023

...Ada Dah Jadi Hospital Kita?

 



...Saya ke Hospital Raja Perempuan Bainun (HRPB) Ipoh baru baru ini, dan beberapa minggu sebelumnya pun saya ke situ ziarah almarhum bisan yang warded di situ...Apa yang saya lihat suasana Unit Kecemasan di situ dan tidak keterlaluan jika saya katakan seumpama 'War Zone'! Ruang Hijau dan Kuning penuh dengan pesakit, ditambah dengan laluan pejalan kaki dan kaki lima di dalam dan luar Unit Kecemasan juga dipenuhi oleh pesakit dan katil! Saorang pesakit yang duduk di kerusi plastik memberitahu saya yang dia dah 2 hari 'warded' tanpa katil, dan bukan dia saorang yang begitu keadaannya...Situasi yang tidak pernah berlaku sebelumnya...

Lama dulu mak saya warded di Hospital Taiping dan selepas 3 hari baru dapat katil, sebelumnya hanya baring di atas lantai berhampiran pintu masuk wad... 

Apa yang saya perasan sejak berakhirnya fasa PKP ketika Covid 19 melanda, bilangan pesakit semakin bertambah di mana mana saja ini boleh kita lihat terutama di klinik atau hospital kerajaan...

...itu belum dikira kesesakan dan kepayahan mendapatkan petak parking..Saya pernah disaman traffik sebanyak tiga kali dalam seminggu di hadapan hospital ipoh beberapa tahun dulu semasa membawa anak mendapatkan rawatan...Berkesudahan dengan saya 'bising2' di Balai Traffik, dan berakhir dengan saman dibatalkan...

 ..Soalannya mengapa semua ini berlaku? Mengapa begitu ramai orang yang sakit? Adakah disebabkan oleh pengambilan vaksin seperti yang digembar gemburkan oleh ramai orang? Atau pun disebabkan orang ramai bertumpu mendapatkan rawatan dari fasiliti kerajaan kerana kurang kemampuan untuk ke klinik atau hospital swasta dek kekangan ekonomi yang kian menekan...

...Saya pernah ke hospital swasta membawa almarhumah ibu untuk mendapatkan ujian X ray, kononya bagi mengelak dari lama menunggu, hampir dua jam baru lah tiba giliran dipanggil untuk menjalani procedure...Maka untuk mengatakan fasiliti swasta kurang pesakit adalah tidak tepat...

...Jelas penduduk Malaysia semakin ramai dan bertolak dari itu pelbagai isu akan turut mengalami tempiasnya dan berbangkit antaranya jalanraya semakin sesak dengan peningkatan pelbagai kenderaan,  orang asing, pendapatan/ekonomi, sosial dan isu pemakanan juga tidak ketinggalan ikut sama terkait...



...Semua ini menjurus kepada isu kesihatan bukan sahaja tubuh badan malah mental dan ia tidak terkesan hanya pada orang tua, jika kata kata saya ini boleh dipertikaikan kamu boleh ke Unit Psycatrist HRPB sebagai contoh, boleh lihat ramainya pesakit dan terdiri dari pelbagai peringkat umur dari warga tua hingga lah ke orang muda dan pelajar sekolah...

..Kepadatan ini jelas juga nyata, dan adakah turut berlaku di Unit Forensik!?

..Semua di atas akibat dari pesatnya pertumbuhan penduduk, pembangunan dan kemajuan juga saya percaya ini adalah isu global..Apa yang diharap kerajaan kita terkini dapat menanganinya dengan cekap dan lebihkan kerja dari banyak bercakap...


Monday, September 11, 2023

Bukan tak move on bukan jugak tidak redha..

 



Bukan tak move on bukan jugak tidak redha..In fact move on tidak bermakna kita perlu lupakan saja apa pun kenangan...Cuma bagi sesetengah orang tak mau segala kenangan itu ilang ditelan masa...

Banyak kenangan pahit yang kini indah untuk dikenang, jugak banyak kenangan manis namun tidak akan mampu untuk diulang, sekadar mengenang mereka antara insan tersayang...
Sesungguhnya kematian mematikan kehidupan tapi tidak pada kenangan...
..


Friday, May 5, 2023

...Kita Dan Sikap Culas...Sampai Bila?

 


...Secara peribadi dari apa yang saya amati puncanya berlakunya kebanyakan kemalangan adalah bermula dari sikap manusia itu sendiri - Lalai, mengantuk, layan talipon, gopoh, tidak beri kerjasama, langgar lampu isyarat malah lebih dari itu banyak yang berlagak samseng...

...Waktu ke kubur lepas subuh beberapa hari lepas pun saya tak pasal2 dihimpit oleh sebuah kereta dari arah sama sedangkan saya sendiri berada di kiri jalan dan memandu dengan perlahan (40kmsj) dan ini bukan baru kali pertama...Di Gerik lama dulu sebuah lori memotong kereta lain disatu selekoh dan garisan berkembar dengan laju, ketika itu dalam pukul 10pm dan syukur bilamana saya sempat mengelak...

...Dalam 5-6 tahun lepas sebuah Wira memotong dengan laju, ketika itu saya dalam perjalanan ke Gerik, dan selepas Pekan Lenggong dari jauh perasan ada kemalangan di hadapan, rupanya Wira tadi telah bertembung dengan sebuah Wira Aeroback, saya dapati ketika itu 2 orang dari kereta Aeroback telah pun meninggal, tak jauh dari tempat kejadian saya berpatah balik kerana tak mampu meneruskan perjalanan (setelah melihat kejadian) lalu semula ditempat berkenaan saya dimaklumkan oleh saorang pemandu lori satu lagi mangsa telah meninggal, ia itu saorang datuk yang ketika kejadian sedang memangku cucunya di seat hadapan sebelah pemandu, cucu beliau telah terlebih dulu meninggal...Sedangkan pemandu Wira yang melanggar hanya cedera sedikit sahaja...

...Pada beberapa hari lalu ketika dalam perjalanan untuk beraya kereta bisan saya telah
dilanggar secara berdepan dan telah memberi kesan kerosakan yang teruk, oleh pemandu yang dimaklumkan oleh anaknya merupakan saorang pesakit sawan dan memang telah dilarang sebelum ini oleh Doktor daripada memandu, kes ini sama seperti apa yang berlaku beberapa tahun lepas kepada kenderaan kawan yang diparkir di tepi rumah saya..ia dilanggar oleh saorang anggota TUDM yang diserang sawan ketika memandu...

...Amat malang bagi mereka yang terlibat kerana kesalahan nyata dari orang lain lebih lagi jika ia mengorbankan nyawa mereka yang tak bersalah...dan ini jugalah yang sering berlaku di mana2 pun...

...Sungguh pun begitu kita tidak boleh menolak selain dari sikap manusia, banyak lagi lain lain faktor yang perlu diambil kira...antaranya kondisi kenderaan, cuaca, permukaan jalan yang dah dikira 'nazak' serta papan tanda yang adakalanya mengelirukan, ini juga antara sebab sebab serta penyumbang berlakunya kemalangan...

...Banyak sebenarnya yang perlu 'diperbaiki' terhadap sikap manusia itu sendiri selain dari penambahbaikan prasarana sediada...Tak cukup itu semua kita dari setiap peringkat perlu mengambil tanggungjawab ini dan mesti dilakukan secara cluster tidak boleh dilaksanakan secara separuh, sedikit atau pun berkelas...Moga dengan itu ia mampu mengubah keadaan kepada lebih baik...
Apa pun better late than never! 

                                                                    ...Wallahu a’lam...


P/s: Lama dulu saya ada terbaca satu artikel di mana Menteri Kerja Raya (ketika itu) memaklumkan bahawa jalanraya di Malaysia adalah yang terbaik berbanding negara AsiaTenggara lainnya..Cuma soalan saya.. terbaik dari segi apa ye?..

Monday, April 10, 2023

Self Reminder...

 


...Dah lazimnya medsocs ni platformnya, untuk kita share itu ini berupa info, tazkirah, personal opinion bagai samada dalam group atau di mana mana medium pun dan ia bukan sebab kita bagus, warak atau pun baik...Sedia maklum komunikasi tanpa intonasi dan eye contact/face to face ni mampu mengundang pelbagai persepsi malah konfrontasi...Itu terpulang pada penerimaan masing masing, niat kita hanya yang baik2, take it or leave it..

In fact kita tak tau mana satu amalan kita yang diterima dan diberi pahala oleh Allah, solat ke, sedekah ke, bagi kucing/anjing makan, alih halangan di jalan, doa untuk org lain ke, jaga silaturahim, ukwah, yang wajib atau yang sunat...So selagi diberi kesempatan oleh Allah jangan pernah merasa penat atau bosan dalam melakukan kebaikan untuk diri sendiri dan jugak orang lain...

Just carry on dude...🌷🌻🌹


P/S: Selain sharing is caring ia considered as my own self reminder jugak tuh..😎

Wednesday, November 30, 2022

Lawan Untuk Hidup!

 



...air mata merupakan satu pernyataan akan perasaan dari dalam, samada marah, suka atau duka...terus berduka itu bukannya satu jalan keluar apatah lagi penyelesaian...namun bagi sesetengah orang ianya satu permulaan untuk bangkit dan terus melaksanakan tanggungjawab dalam melunaskan kelangsungan hidup...


...Lawan Untuk Hidup...😎πŸ’₯πŸ’ͺ

Wednesday, November 9, 2022

...Menongkah Arus Hidup...

 



...Orang yang hidupnya 'melawan arus' dengan mengamalkan falsafah hidup berbeza di samping memiliki sikap introvert sering dipandang serong dalam masyarakat kebanyakan...Takde masa depan, tak matured, tak beriman, pelek, tak keruan, sampah masyarakat ini semua label2 yang sering ditampalkan ke dahi mereka oleh orang yang berasakan sudah cukup sempurna walhal mereka itu sendiri yang sebenarnya mempunyai 'narrow minded'...


...Tahun 80an dulu di tempat kerja lama, saya sering melihat saorang arkitek di mata kasar kita saorang yang lonely, anti sosial, selekeh, ganjil, warna dan pakaian dia tiap hari hanyalah 2, seluar hitam dan kemeja puteh...minum di kantin solo, datang kerja naik basikal racing (sekarang orang lebih faham roadbike), main pingpong sesorang dengan menjadikan dinding opis sebagai opponent nya, dan saya tak pernah mendengar suaranya apatah lagi melihat dia bercakap dengan sesiapa....Sungguh pun begitu dengan jawatan sebagai arkitek sudah cukup membuktikan akan kelebihan yang dimiliki beliau...




...Begitu juga dengan seorang Technical Assistant (tempat kerja yang sama) Suhaili...Berperwatakan Rocker di samping menjadi vocalist bagi band 'Block Accoustic' di Kampung Manjoi, Ipoh ketika itu, di tempat kerja ada yang melabel dia 'gila', ye lah datang kerja dengan jeans bell bottom lusuh, jaket jeans bersama capal, rambut panjang serabai...Roadtax kereta Volkswagon biru beliau tu cukup dengan hanya DIY (lukis sendiri)πŸ˜‚ walaupun masa tu kita masih kekurangan teknologi dengan ketiadaan komputer dan segala kemudahan printer apatah lagi internet, tapi hasilnya perfect!...Apa pun label diberikan orang, dia tetap dengan style bersama senyum memanjang setiap kali berhadapan dengan mereka...Lost contact bila dia sambung study di ITM (UITM) Last sekali terbaca 'personal technical' opinion dia dalam sebuah akhbar Inggeris tentang Highland Tower yang baru runtuh ketika itu, dah jadi arkitek dan mempunyai firma sendiri rupanya beliau...


...En Zainal saorang Jurutera Awam yang datang kerja naik beskal buruk dari Manjoi, pernah ditahan Polis kerana basikal tiada lampu di siang hari (agak2 la Polis punnπŸ™„)...Dia asalnya anak pasangan China diberikan kepada ibu bapa angkat Melayu semasa kecil kerana berwajah 'down syndrome', diketawakan oleh Polis yang menahannya setelah memberitahu beliau bekerja sebagai saorang Jurutera, bila ditunjukkan kad kerja terus Polis yang pudar wajahnya itu meminta maaf dan melepaskan beliau...(kisah ini diceritakan sendiri Encik Zainal kepada kami) Putus hubungan bila beliau bertukar ke tempat asalnya di Selatan tanah air... 


...Aku percaya 'label' negative pada perenggan awal di atas pernah dan ada yang masih lekat dengan kebanyakan dari kita...Bukan saja dari masyarakat keliling malah dari dalam keluarga sendiri pun ada...dan kita sebenarnya tak perlu amik pot akan semua tu, at least kita still di sini standing on our own, walau pun tidak 100% tapi 97% target dalam hidup telah pun tercapai...Just proud to be ourself, tak perlu jadi orang lain biarkan saja mereka berkata2 dan kita dalam diam tetap menjana pahala...Alhamdullilah😊🌻


...Last but not least, (reminder untuk diri sendiri jugak) jom kita lihat manusia keliling dengan mata lalat buah bukannya dengan mata lalat sampah...Perlu diingat berbeza munkin dari segi prinsip, ideology,warna kulit, pakaian sedangkan warna darah kita tetap sama beb...Langit dan matahari pun kita kongsi bersama.. πŸ™ŒπŸ’›πŸ™

...Begitu juga bukan permulaan tapi pengakhirannya...😊



P/s: Merepek sesorang atas katil sbb frust dah 4 ari takleh ride sbb fud poisoning...😫

Friday, October 7, 2022

..Jika Tiada Simpati Tampilkanlah Sedikit Empati...


...Semalam baru dapat tahu dari saorang kawan, salah saorang kenalan kami telah beberapa bulan kematian isteri, dulu jemaah tetap masjid, tapi tidak lagi sebab kawan jemaah  lainnya ada yang suka menyindir/push dia lekas2 cari ganti...Sedangkan sikap beliau telah jauh berubah dari saorang yang ceria, selalu bergurau menjadi murung...Besar sungguh dugaan yang perlu beliau hadapi ketika meniti usia senja (72 tahun) ini...


...Dalam hal ini kawan keliling sepatutnya menjadi tempat bersandar pada yang memerlukan bukan menjadikan kita bahan senda gurauan...Bab perasaan jangan dijadikan mainan...Bila macam nih kita boleh kenal siapa kawan siapa sahabat siapa musibat...


...Serious bagi yang tak faham semakin meningkat usia kita akan semakin cepat terasa...Tak caya? Komer yang belum, tunggu jerlah masanya...

Monday, August 22, 2022

...Just another potong mood...



...Aritu aku ke outstation sekali lagi untuk membuat delivery kepada klinik yang maukan Weighing Scale & Height...Jam dah pukul sepuluh klinik dah lama buka tapi Doktor belum sampai lagi, begitu yang dimaklumkan oleh staff klinik kepada aku..Makanya aku buat keputusan ke food court berhampiran untuk sarapan...Masuk terus cari tempat duduk yang agak ok walau sebenarnya tak selesa langsung sebab dapat meja dikelilingi orang ramai...Tengok kiri kanan masing2 dengan hal sendiri termasuk pelayan kedai yang ala ala sibuk...Aku panggil untuk buat order dia plak panggil orang sebelah dan tunjuk ke arah kami...Lepas 10 minit baru dia datng bertanya nak apa...Aku dah takde mood wife saja yang order untuk makan dan minum...Tunggu lagi sepuluh minit hanya kopi O saja yang datang..Akhirnya wife aku pun kansel order tadi...Dek kasihan kan dia aku bawa saja dia ke Marry's Brown...Hanya dia yang order makanan, tidak bagi aku yang dah langsung putus selera dari tadi...


...Abis meneman wife aku makan terus ke klinik lain yang berhampiran dan jumpa Doktor sebelum collect outstanding payment...Alhamdullilah mujur Doktor ni bagus tak macam sesetengah yang liat untuk buat payment...Dipendekkan cerita tenghari abis keje terus kami ke majlis kenduri kahwin dan di situ baru selera aku terbuka semula...Haa apa lagik perut dah lapor kita layan jer lahh...

Wednesday, August 3, 2022

...Merdeka 2022...Kita Dengan Chaos Politik Kini...





...Melayu makin berpecah...Ideology, pegangan, tafsiran..PRU makin dekat dan ramai kita yang kecewa dengan ekonomi dan politik yang dilemahkan oleh politician sendiri...tamak dan.gelojoh dengan kuasa ada pada mereka dan orang lain...Dengan ekonomi yang sedia lemah ditambah dengan kesan pendemik yang baru berlalu semua ini memberi peluang kepada sesetengah pihak untuk mengatur strategi berupa provokasi, dan mana mana negara sekali pun jika politik dan ekonominya lemah tunggu saja lah masa kejatuhan pemimpinnya...Rasuah, salah guna dan gila kuasa, back stabbing menjadi budaya anak bangsa kita dengan mengenepikan larangan dan suruhan agama...

...Pendapat yang mengatakan tukar tampuk pemerintahan akan menjanjikan corak pemerintahan yang lebih baik, sebenarnya itu hanyalah anganan kosong setelah sering dijanjikan dengan pelbagai ungkapan berupa rangsangan dari mereka yang berkepentingan...

...Saorang Timbalan Mufti pernah berkata, jika tiada pemimpin yang elok kita perlu memilih  pemimpin yang sedikit elok dari kalangan mereka...Merujuk kepada situasi yang ada di Malaysia sekarang...

...Dengan itu adakah saya akan keluar mengundi pada next coming PRU nanti?! Tiada jawaban buat masa ini...Namun saya perlu peka jika langsung tidak memilih, munkin hanya dengan ketiadaan satu undi dari saya sekalipun akan menyebabkan kemenangan berpihak kepada mereka yang paling tidak elok?!...

...Bagi generasi 'boomers II' atau veteran seperti kami tiada apa lagi yang dimahukan, cuma terpanggil untuk memikirkan nasib anak bangsa, cucu cicit yang akan mewarisi kehidupan mendatang...


...Tahun ini genap 65 tahun laungan Merdeka! Merdeka! Merdeka! Ye, kita telah bebas dari penjajahan...Soalannya benarkah kita sudah Merdeka sedangkan negara masih lagi berserabut dengan kemelut politik kini?!...






Saturday, July 9, 2022

Idul Adha 2022



...Pakai kurta dilabel Bangla, pakai jubah dikata nak jadi Arab...Pakai cheongsam pulak diperli macam dah tkde baju lain nak dipakai...

...Sedangkan influence dah memang senonim dengan masyarakat majmuk kita samada dalam hal berpakaian, muzik juga pemakanan... Sebenarnya ini semua soal citarasa dan selera kita yang berbeza...Apa kita suka munkin tidak bagi mereka...jadi terpulanglah masing2...

...Saya pakai kurta pun sejak zaman sekolah lagi dan bila2 masa tak payah tunggu hari Raya sama gak macam pakai jeans & tshirt hitam...Sebabnya ia selesa...Itu saja...Bagi saya nak pakai apa pun pakailah dan percaya ianya tak membuatkan kita hilang jati diri...

...Kalau Melayu kita tetap Melayu dan begitu jugalah yang lainnya...Itulah uniknya masyarakat Malaysia dengan 'multi influence'....So pagi Idul Adha nanti buka almari pakai saja apa yang korang rasa sesuai dan selesa pedulikan apa orang nak kata...Cuma jangan le komer ke masjid pun nak bertanjak, riso bila rukuk nanti nyucuk bontot orang di depan plak...πŸ˜…

...Ok arini saya ke outstation lagi bagi melunaskan tanggungjawab sebagai ketua keluarga..Esok dah nak Idul Adha ramai yang balik kampung...

...Moga semua yang memandu termasuk saya selamat sampai ke destinasi..Aamiinn...

                                                      ...Maaf zahir batin....πŸ˜‰

Monday, December 20, 2021

...Sakit Mental Di Mana2!?..

 


...Rasanya semua kita perasan dan berpendapat yang sebenarnya manusia berperawatakan seperti 'joker' ada ramai sekeliling kita, berselindung di sebalik topeng yang senantiasa menampilkan wajah senyum ceria namun terselindung lain2 watak sadis yang pelbagai...Ketika saya menghadiri satu sessi 'talk' sebelum PKP 1.0 dulu seorang ahli panel menjelaskan terdapat sebanyak 297 jenis penyakit mental/jiwa di kalangan manusia, maka adakah sikap suka mempersenda akan individu dan membuli ini salah satu darinya?!


 
...Siapa pun kita OKU atau normal berhak untuk hidup tenang, selesa dan dilayan dengan adil saksama...Siapa kita untuk memperolok makhluk Allah?! Sebagai insan paling 'sempurna' yang membezakan kita hanyalah amalan serta attitude... 

Wallahu A'llam...

Tuesday, November 30, 2021

...Hidup Mati...Itu Pasti...



...Pada suatu pagi baru baru ni saya terima panggilan dari ipar yang tinggal di Batu Gajah...Ye, berita tentang kematian saudara sebelah isteri saya...Pak Lang telah lama sakit dan 'bed ridden' tapi sangkaan saya melesit sebab bukan Pak Lang tapi Pak Ngah yang meninggal...Pak Ngah dan Pak Lang dua beradik yang tinggal sekampung dan tidak jauh dari rumah masing2..Pak Ngah asalnya bekerja dengan kapal korek bijih timah dan Pak Lang pula bekas tukang kebun sekolah berhampiran...

...Saya dan isteri bergegas ke Kampung Baru, Changkat Tin dua belas kilometer dari Pekan Tanjung Tualang, sampai di rumah keadaan agak sepi hanya satu, dua kelibat yang kelihatan...saya bertanya kepada saorang muda yang sedang duduk di bawah rumah Pak Ngah, kata nya jenazah dah dibawa ke Masjid untuk solat jenazah...Rupanya di masjid pun tiada kerana telah dibawa ke perkuburan yang tak jauh dari situ di atas sebuah bukit yang curam, dalam lima minit kami pun sampai ketika Imam sedang membaca Talqin...

...Selesai di perkuburan kami terus ke rumah Pak Lang pula yang tak jauh dari situ untuk menziarah beliau dan ahli keluarga lainnya yang dah lama tak jumpa sejak sebelum PKP tahun 2020 lagi...Keadaan beliau nampak pada mata kasar ok jer...Saya terus keluar rumah dan lepak di halaman bila makin ramai yang berkunjung, sedangkan SOP masih ada yang ke laut...Tak lama pun di situ lebih kurang 30 minit saya mengajak isteri untuk terus pulang...



...Beberapa ketika setelah sampai di rumah dan berehat kami terima berita melalui group wassap keluarga yang memaklumkan Pak Lang pula menyusul setelah Pak Ngah...Ironinya mereka berdua lahir pada tahun yang sama, 1939 dan beza umur mereka pula hanya lah beberapa bulan saja...Pak Ngah Rasit lahir pada bulan Januari manakala Pak Lang Arip pula pada bulan 8 tahun 1939...Namun ketetapan Allah tak siapa yang tahu dan tarikh lahir juga mati bukan kita menetukan...secara kebetulan dalam hal dua beradik ini mereka seakan berjanji sehidup dan semati....Innalillahiwainailaihirojiun...

...Wallahu a'lam... 

 

Wednesday, October 20, 2021

Jangan Aniaya Sesama Kita...

 

...Pergi keje naik beskal pun dikata mengada2 walau dah ada kereta, walhal sebelumnya aku dah memang jenuh berbasikal merata Ipoh, dan ulang alik kerja, sebab itu jer yang ada...Serious beb nikmat kayuh beskal ni lain macam ehh...Hanya yang ada passion jer faham semua tu hehe...

...Kali ni aku just nak mengimbau kisah lama...Ye lah bila dah makin berumur nih kadangkala semua tu datang balik dalam fikiran, rasanya orang lain pun sama kot...Teringat masa umur 18 pernah kena tahan dengan Polis depan Anglo Chinese School, Medan Kidd waktu tengahari rembang sebab beskal takde lampu (ko rasa!?) kemudian aku disuruh pulak tolak beskal hingga hilang dari penglihatan mereka jika tak mau disaman...Tapi yang paling takleh lupa bila kena tahan di tepi jalan Pasir Pinji sebab tak gantung 'L' pada kapcai aku, masa tu dah kawin...Polis tu cuba pau tapi kali ni aku tak kasi chance, aku berdiri tepi jalan tu pekak kan jer telinga dari ayat sarkastik@pau mereka lebih dari setengah jam, sudahnya mereka lepaskan aku tapi itu pun dengan syarat aku kena beli dan gantung L tu dan datang semula untuk tunjuk pada mereka..aku ya kan jer dan terus belah balik rumah mertua di Batu Gajah ikut jalan lain, takde bodoh aku nak ikut cakap mereka...Tak lama dari hari itu aku ziarah Pak Teh (adik abah) yang sakit di HRPB (Hospital Ipoh) masa tu anaknya Kak Misah yang dok di Taman SPPK tu pun ada menjaganya...Di ujung kaki katilnya pulak ada sorang pesakit muda yang bila diamati rupanya salah saorang dari Polis yang cuba pau aku aritu, kedua belah kakinya bengkak dan membesar rupanya dia ada masaalah buah pinggang...Aku perhati kan jer dia yang terbaring atas katil wad sambil dia merenung ke atas siling dengan mata tidak berkedip...Pak Teh bagitau takde siapa pun warisnya yang ziarah Polis tu sebab isteri dan keluarganya jauh di Selangor...



...Selepas itu pernah jugak kena tahan masa naik kapcai bertiga dengan anak sulung yang masa tu kecik lagi,Polis tu sengaja tunggu bawah tangga dalam gelap di tepi Super Kinta (Pasar Besar) Ye aku mengaku memang salah sebab naik bertiga, lesen L mati dan tak gantung L tapi dengan alasan yang aku beri sepatutnya mereka boleh saja memaafkan jika terselit rasa simpati dan timbang rasa di hati mereka, dan sekali lagi seperti kes sebelumnya mereka jugak mintak disuap, dan aku tetap dengan pendirian tak mahu memberikan walau sesen pun, yang berkesudahan aku diberi surat untuk hadir ke mahkamah...

...Dipendekan cerita setelah dibicara bersama beberapa orang lagi pesalah traffik aku terpaksa membayar denda dan lesen pula digantung selama setahun...Mujur duit kutu bulan tu gilirannya diberi kepada aku oleh member lain yang simpati, dan dengan duit itu ler aku bayar denda Mahkamah...
 

 ...Sebenarnya banyak lagi kes seumpama yang berlaku pada aku tapi malas dah nak tekan2 key hand phone nih, letih beb..jari besaw screen plak kecik hehe...Cuma bila tiap kali 'terkena' tu dalam hati aku selalu berkata apa untungnya mereka aniaya aku/orang macam tu sume, puas? Tiap ,orang ada jer strugglenya...Takde ke komer rasa bersalah? Mana timbang rasa? Jika tiada simpati sekurang2nya adalah rasa impati, tapi jika itu pun tiada nak kata apa lagi....


Firman Allah swt dalam surah Al-Baqarah:

"Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)." (2:188)