...Secara peribadi dari apa yang saya amati puncanya berlakunya kebanyakan kemalangan adalah bermula dari sikap manusia itu sendiri - Lalai, mengantuk, layan talipon, gopoh, tidak beri kerjasama, langgar lampu isyarat malah lebih dari itu banyak yang berlagak samseng...
...Waktu ke kubur lepas subuh beberapa hari lepas pun saya tak pasal2 dihimpit oleh sebuah kereta dari arah sama sedangkan saya sendiri berada di kiri jalan dan memandu dengan perlahan (40kmsj) dan ini bukan baru kali pertama...Di Gerik lama dulu sebuah lori memotong kereta lain disatu selekoh dan garisan berkembar dengan laju, ketika itu dalam pukul 10pm dan syukur bilamana saya sempat mengelak...
...Dalam 5-6 tahun lepas sebuah Wira memotong dengan laju, ketika itu saya dalam perjalanan ke Gerik, dan selepas Pekan Lenggong dari jauh perasan ada kemalangan di hadapan, rupanya Wira tadi telah bertembung dengan sebuah Wira Aeroback, saya dapati ketika itu 2 orang dari kereta Aeroback telah pun meninggal, tak jauh dari tempat kejadian saya berpatah balik kerana tak mampu meneruskan perjalanan (setelah melihat kejadian) lalu semula ditempat berkenaan saya dimaklumkan oleh saorang pemandu lori satu lagi mangsa telah meninggal, ia itu saorang datuk yang ketika kejadian sedang memangku cucunya di seat hadapan sebelah pemandu, cucu beliau telah terlebih dulu meninggal...Sedangkan pemandu Wira yang melanggar hanya cedera sedikit sahaja...
...Pada beberapa hari lalu ketika dalam perjalanan untuk beraya kereta bisan saya telah
dilanggar secara berdepan dan telah memberi kesan kerosakan yang teruk, oleh pemandu yang dimaklumkan oleh anaknya merupakan saorang pesakit sawan dan memang telah dilarang sebelum ini oleh Doktor daripada memandu, kes ini sama seperti apa yang berlaku beberapa tahun lepas kepada kenderaan kawan yang diparkir di tepi rumah saya..ia dilanggar oleh saorang anggota TUDM yang diserang sawan ketika memandu...
...Amat malang bagi mereka yang terlibat kerana kesalahan nyata dari orang lain lebih lagi jika ia mengorbankan nyawa mereka yang tak bersalah...dan ini jugalah yang sering berlaku di mana2 pun...
...Sungguh pun begitu kita tidak boleh menolak selain dari sikap manusia, banyak lagi lain lain faktor yang perlu diambil kira...antaranya kondisi kenderaan, cuaca, permukaan jalan yang dah dikira 'nazak' serta papan tanda yang adakalanya mengelirukan, ini juga antara sebab sebab serta penyumbang berlakunya kemalangan...
...Banyak sebenarnya yang perlu 'diperbaiki' terhadap sikap manusia itu sendiri selain dari penambahbaikan prasarana sediada...Tak cukup itu semua kita dari setiap peringkat perlu mengambil tanggungjawab ini dan mesti dilakukan secara cluster tidak boleh dilaksanakan secara separuh, sedikit atau pun berkelas...Moga dengan itu ia mampu mengubah keadaan kepada lebih baik...
Apa pun better late than never!
...Wallahu a’lam...
P/s: Lama dulu saya ada terbaca satu artikel di mana Menteri Kerja Raya (ketika itu) memaklumkan bahawa jalanraya di Malaysia adalah yang terbaik berbanding negara AsiaTenggara lainnya..Cuma soalan saya.. terbaik dari segi apa ye?..
No comments:
Post a Comment