Total Pageviews

Wednesday, July 20, 2022

...Asal Faham Bahasa & Tujuan...




...Lama dulu semasa baru berhijrah ke Ipoh saya telah ke sebuah Masjid untuk mengerjakan solat Jumaat, Masjid yang terletak di sebelah Sekolah St Michael dan Padang Ipoh itu saya sangkakan adalah Masjid Negeri pada mulanya...Bila khutbah dibaca oleh khatib barulah saya sedar bahawasanya itu adalah Masjid India bilamana khutbah sepenuhnya dalam bahasa Tamil...Tapi itu bukanlah alasan untuk tidak boleh bersolat bersama sama dengan jemaah lainnya, walau berlainan mazhab, bangsa dan bahasa pertuturan...Ia kerana tujuan kita yang sama ia itu beribadat kepada Allah yang satu...


...Jati diri dan maruah bukan hanya pada bahasa...maka usahlah dijadikan satu isu besar tentang bahasa lain yang diguna pakai oleh saorang Menteri hari itu, sedangkan beliau juga tidak ketinggalan memberi ucapan dalam bahasa kebangsaan...Walhal banyak lagi isu lebih penting yang kita alpa atau sambil lewa menanganinya......Bagi saya apa yang perlu ialah utamakan bahasa Kebangsaan, pelihara bahasa daerah, belajar dan kuasai bahasa asing...kerana ia mampu memenangi hati orang keliling dan juga mempengaruhi mereka...

Wednesday, July 13, 2022

Mat Kilau Muncul Semula...Dalam versi baru...

 



...Buat kereta belum pun lagi meluncur atas jalan dah kena kecam kena bahan...Begitu jugalah halnya dengan pembikinan filem tanahair...Cerita sejarah Mahatma Gandhi dari pengeluar antarbangsa tu pun tidak perfect ada jer tokok tambahnya bagi menyedapkan jalan cerita malah turut dikecam, samalah jugak filem sejarah hasil air tangan orang kita sepertimana Bukit Kepong, Lt Adnan, Kanang Anak Langkau, Hang Tuah versi itam puteh dan warna, dan yang terbaru Mat Kilau...Apa pun Mat Kilau on screen ini bukanlah filem sejarah propaganda ala Amerika seperti The Killing Fields yang kononnya mereka juara perang Vietnam menentang VietCong walhal kalah teruk dengan mental askar mereka koyak dan trauma hingga kini walaupun setelah puluhan tahun perang tamat..Begitu jugalah dgn Black Hawk Down yang terang2 'menipu' penonton walhal kisah sebenarnya telah pun diketahui dari mulut bekas tentera MALBAT kita yang terlibat dan berkorban menyelamatkan mereka dari terbunuh di hujung senjata pemberontak Somalia...

...Berkenaan seni persilatan yang dikatakan bukan asli, pengarah serta pelakun kononya tidak terlebih dulu berjumpa dgn waris Mat Kilau utk 'memohon restu' saya rasa bukanlah satu isu besar yang perlu diperdebatkan...Bagi saya yang sebelum ini pernah berguru dulunya apa dilihat bunga tari silat yang diadaptasikan walau bercampur dengan unsur silat dari seberang seperti Pencak Silat Tenaga Dasar, Depowojo ia masih lagi mengekalkan unsur atau ciri nusantara...Jika ada pun kelibat jurus dari lain2 seni pertahanan diri saya berpendapat ia tak lebih dari pengaruh, sama juga seperti seni lagu/muzik, asalkan tidak meniru bulat2 jurus Kalaripayat atau Shaolin Wushu itu dan kemudian mengaku ianya buah pukul asal dari kita ok jer carry on...Seni tu universal...


...Selain dari itu selepas road tour promosi filem ini pula nanti boleh saja diusahakan bukan hanya pelakun utama malah keseluruhan produksi untuk berjumpa dengan waris terdekat Mat Kilau jika itu yang mereka mahu, cuma mushkil jugak jika ada nanti yang mengaku waris2 kepada Dato Bahaman, Tok Janggut, Pawang Nong, Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali (Khatib), Awang (Imam) dan Mat Tahir menuntut perkara sama...Ate jenuh 'kaum' nak melayan nya wehh...😅


...Apa yang signifikan ialah kebanyakan dialog serta scene sarkastiknya yang agak melampau bagi sesetengah kita dengan apa yang saya baca dari kebanyakan tulisan netizen...Namun itu yang saya suka 'tegas dan tepat'....Kita perlu akur ubat banyak yang pahit, telan saja jika kamu mahu 'sembuh'...😒


...Berbalik pada isu filem terbaru arahan Syamsul Yusoff, new comers atau 'pendekar' yang hanya handal mengecam di papan kunci tu bukan saja lipat tanjak malah melipat napkin baby pun belum tentu mereka tahu, dan nanti mesti ada yang menjawab "Kalu dah ada diapers mengapa susahkan diri nak pakai napkin" Maka begitulah seterusnya so on so on komplen dan multi alasan yang dah jadi budaya orang kita sejak dulu...Scene Mat Kilau mandi embun tu pun deme faham ke idak...😏


...Ironinya ketika status ini ditulis, pagi beberapa hari yang lalu melalui Radio Klassik pendengar dimaklumkan bahawa sebelum menerbit filem ini lagi pelbagai kajian, rujukan telah dilakukan termasuklah berjumpa dengan waris terdekat Mat Kilau itu sendiri...Jadi pada mereka yang menuduh sebaliknya, korang patut malu dengan diri sendiri jika tak malu dengan khalayak lainnya....


P/S:-Tentang isu ini saya masih menunggu komentar dari seorang pengkritik filem yang lantang tapi masih belum pernah mengeluarkan sebarang filem...Ada kot sesiapa yang sama menunggu...😎


Saturday, July 9, 2022

Idul Adha 2022



...Pakai kurta dilabel Bangla, pakai jubah dikata nak jadi Arab...Pakai cheongsam pulak diperli macam dah tkde baju lain nak dipakai...

...Sedangkan influence dah memang senonim dengan masyarakat majmuk kita samada dalam hal berpakaian, muzik juga pemakanan... Sebenarnya ini semua soal citarasa dan selera kita yang berbeza...Apa kita suka munkin tidak bagi mereka...jadi terpulanglah masing2...

...Saya pakai kurta pun sejak zaman sekolah lagi dan bila2 masa tak payah tunggu hari Raya sama gak macam pakai jeans & tshirt hitam...Sebabnya ia selesa...Itu saja...Bagi saya nak pakai apa pun pakailah dan percaya ianya tak membuatkan kita hilang jati diri...

...Kalau Melayu kita tetap Melayu dan begitu jugalah yang lainnya...Itulah uniknya masyarakat Malaysia dengan 'multi influence'....So pagi Idul Adha nanti buka almari pakai saja apa yang korang rasa sesuai dan selesa pedulikan apa orang nak kata...Cuma jangan le komer ke masjid pun nak bertanjak, riso bila rukuk nanti nyucuk bontot orang di depan plak...😅

...Ok arini saya ke outstation lagi bagi melunaskan tanggungjawab sebagai ketua keluarga..Esok dah nak Idul Adha ramai yang balik kampung...

...Moga semua yang memandu termasuk saya selamat sampai ke destinasi..Aamiinn...

                                                      ...Maaf zahir batin....😉