Total Pageviews

Wednesday, April 22, 2015

...Teacher's Pet..di Mana Kamu?...






...Munculnya mereka ketika arus muzik Malaysia ketika itu diharungi oleh muzik Rock Leleh tahap nazak!! Namun itulah realitinya...Tanpa dapat dibantu...Namun ketika ini jugalah Teacher's Pet telah mengambil langkah berani tampil dengan sebuah naskah yang jauh dari unsur2 klise band2 Rock Mee Cintan berkenaan...Di celah celah muzik Grunge yang juga mula mencari tapak untuk bahan escapism golongan yang juga digelar sebagai 'Generasi Bundle' Maman bersama sama rakan menghasilkan debut album mereka...


...Berasal dari seberang tambak selatan tanah air...Temasek...Terdiri dari anak muda yang sebenarnya amat muda namun bukan mentah...Jaybon - Bass, Eddie 'Cradle' Rasidi - Gitar & Backing Vocal, Maman - Vocal & Gitar dan Salleh - Drums & Backing Vocal....Maman merupakan saorang front man yang boleh dibanggakan dengan bakat semulajadi beliau di samping kebolehan bermain muzik serta mencipta lagu...Gaya serta vocal beliau mampu membuat telinga yang mendengar cair (especially saya sendiri) Pernah terbaca di dalam satu artikel di mana sebuah band Pop/Funk Singapura ketika itu (tahun 80an) yang menyatakan terpaksa mengembangkan sayap ke luar dek kekangan birokrasi di negara sendiri...tapi saya berasakan faktor market yang kecil berbanding negara kita apatah lagi Indonesia dan usaha untuk survive yang menjadi alasan banyak artis mereka yang berhijrah ke sini...



                            


...Kebanyakan band  (boleh dikira dengan jari) ketika itu tidak kedekut dengan memuatkan banyak lagu lagu yang bagus hingga melahirkan 'Killer Album' (bergantung pada recording company jugak) begitu juga dengan band ini yang mana keseluruhan album debut berjudul 'Eh! Keras tu' memang terbaik dari segi kualiti rakaman, lirik, pemuzik serta penghasilan lagu lagu...pada tahun 1994 (ketika ini saya masih bekerja dengan Deli's Paris di Ipoh) menyenaraikan sejumlah lagu2 yang menarik dan agak payah untuk memilih lagu yang paling bagus kerana setiap satu mempunyai kelebihan tersendiri...Saya tidak ingat akan senarai lagu lagu mereka di dalam album ini (keset kepunyaan saya hilang)...Lagu yang sering disiarkan oleh stesen Radio ketika itu adalah 'Warisan Wanita Terakhir' (Satu satunya lagu yang saya tidak minat munkin kerana overated) selain dari itu Seringkali, Malas, Dakapan Ku Ke Syurga, Ku Buktikan Segala dan lain lain....Menampilkan Addy 'Cradle' Rasidi sebagai lead guitarist yang ketika merakamkan album ini baru melangkau umur 16 tahun namun skill beliau amat baik serta matang...(mengingatkan saya kepada Vivian Campbell yang berumur 15 tahun ketika bersama Sweet Savage)


...Berani saya katakan muzik mereka sebenarnaya terkedepan dan jauh meninggalkan band lain yang seangkatan ketika itu...melodi, vocal yang unik serta lirik yang matured dan bukan hanya menceritakan cinta picisan malah sebenarnya lebih dari itu dengan tema ketuhanan yang penuh puitis dan abstrak...Maman vocalist yang mempunyai suara lunak dan unik pernah menghasilkan beberapa solo album juga album kolobrasi bersama lain lain artis antaranya 'Tribute To Led Zeppelin'...Beliau juga banyak mencipta lagu lagu untuk filem selain turut berlakun dalam filem 'Layar Lara'...



                              



...Bermula dan berakhir dengan satu album itulah Teacher's Pet...pengakhiran band ini amat dikesalkan ketika ruang seni di sini masih lompong dengan bakat anak muda Melayu yang cerdik serta matang dalam berkarya...Ketika banyak band band lama yang membuat come back apa yang menjadi tanda tanya apakah mereka juga akan turut begitu atau setidak tidaknya membuat show case untuk peminat...memandang keadaan sekarang yang kurang mengizinkan artis untuk berkarya atau menjual product fizikal seperti mana dulu sebelum era maya di mana kini membeli muzik cukup dengan hanya memetik keyboard sahaja...